You are on page 1of 8

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI )

SK (1) TAMAN SELAYANG,


JALAN SUNGAI TUA, 68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI LAHIR DAN HARI KELUARGA
MURID-MURID PPKI

TEMPAT
DEWAN SK 1 TAMAN SELAYANG

TARIKH
10 NOVEMBER 2018 ( SABTU )

MASA
07.30 PAGI
1.0 Pengenalan
Bermula hampir tujuh tahun yang lalu SK (1) Taman Selayang telah menjalankan Program
Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) atas permintaan penduduk sekitar Taman Selayang. Kini bilangan murid
yang belajar di PPKI telah mencecah seramai 49 orang yang merangkumi pelbagai kategori masalah
pembelajaran seperti Dyslexia, Slow Learner, Austisme, Cereberal Palsy, ADHD dan Mental Rentardation.
Selaras dengan misi pendidikan khas negara iaitu, menyediakan pendidikan yang berkualiti, bermutu,
kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya
dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara diharap PPKI sekolah ini
dapat merealisasikannya.

Setelah melalui pelbagai aktiviti sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah, banyak kemahiran
pengurusan diri dan kemahiran kehidupan bagi seseorang murid berkeperluan khas telah diperolehi.
Kini mereka akan menamatkan pendidikan di peringkat sekolah rendah. Untuk memberikan pengiktirafan
kepada mereka, PPKI akan mengadakan Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga yang dijalankan secara
serentak pada hari tersebut. Bertujuan mengeratkan tali silaturrahim antara guru, Pembantu Pengurusan
Murid ( PPM ), ibu bapa / penjaga dan juga murid-murid serta meraikan mereka yang akan menamatkan
tempoh persekolahan peringkat rendah seterusnya menempuh alam sekolah menengah.

2.0 Rasional
Program Pendidikan Khas Integrasi SK (1) Taman Selayang mementingkan kemenjadian murid
dalam akademik dan juga ko-akademik yang memerlukan MBK menguasai kemahiran asas kehidupan
dan mencapai keputusan yang baik dalam akademik dan ianya perlu dihargai.

3.0 Matlamat
Mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bagi yang
terlibat sama ada murid, guru, Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) mahupun ibubapa kerana setiap
individu mempunyai peranan masing-masing di dalam menjayakan program ini nanti.

1
4.0 Objektif
4.1 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja sepasukan yang terdiri daripada pentadbir,
guru, kakitangan, murid-murid dan ibubapa.
4.2 Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan ibubapa.
4.3 Murid-murid dapat mengucapkan ucapan bertatasusila seperti “Terima Kasih Cikgu dan
Selamat Hari Jadi Kawan-kawan”.
4.4 Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada murid-murid dan ibubapa.

5.0 Perlaksanaan
Tarikh / Hari 10 November 2018 ( Sabtu )
Tempat Dewan SK 1 Taman Selayang
Masa 7.30 pagi-1.00 petang

6.0 Sasaran
6.1 Pihak pengurusan dan pentadbiran SK (1) Taman Selayang
6.2 Semua murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) SK (1) Taman Selayang
6.3 Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) PPKI SK (1) Taman Selayang
6.4 Ibubapa dan penjaga murid-murid PPKI SK (1) Taman Selayang

7.0 Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Azman bin Mohd Aris ( Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Herliana bt. Husin ( Pen. Kanan Pendidikan Khas )
Naib Pengerusi : Sapinah bt Omar ( Pen. Kanan Pentadbiran )
Siti Zubaidah bt Abd Rahim ( Pen. Kanan Hal Ehwal Murid )
Zalatef bin Mustafa ( Pen. Kanan Kokurikulum )
Um Jamilah bt Salleh ( Pen. Kanan Petang )
Setiausaha : Ainu Suhana binti Yakob
Bendahari : Mohammad Azman bin Zanudin

2
8.0 Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : Azman bin Mohd Aris ( Guru Besar )
Pengerusi : Herliana bt Husin ( Pen. Kanan Pendidikan Khas )
Timbalan Pengerusi : Yusri bin Ahmad ( Pengerusi Badan Pewaris PPKI )
Penyelaras Program : Nur Halimatun Saadiah bt Mat Saad
Setiausaha : Nur Halimatun Saadiah bt Mat Saad
Bendahari : Mohammad Azman Bin Zanudin
Pendaftaran : Marini Bt Mustapa
Siti Rohani bt Jamil
Teknik : Mohammad Azman bin Zanudin
Noor Amiruddin bin Abu Bakar
Juruacara : Nurulwahidah bt Othman
Amiza bt Abu Bakar
Bacaan Doa : Ahmad Khalil Husaril bin Md Yusof
Cenderahati : Siti Nuraida binti Jaffar
Aidatul Amiza bt Mohd Asri
Juliana bt Mohamed Nor
Humairq bt Che Ibrahim
Siti Nadiah bt Zainal Abidin
Persiapan tempat : Salihatun bin Shahadan(Dewan)
Md. Redzuan bin Mohammad Nor(Dewan)
Muazam bin Mohd Yunus(Dewan)
Hasnizah Binti Abu Hassan (Pentas)
Norfahahim Binti Abdul Rahman(Pentas)
Semua guru dan PPM

Sukaneka/Senamrobik : Mohd Dzulhafiz bin Samsudin


Aizuddin bin Ahmad
Persembahan : Mohd Dzulhafiz bin Samsudin
Zailida Nuriyah Binti Zainal Ariffin
Che’ Zalina Binti Talib
Noriati binti Ahmad Ghazali
Jamuan : Norhaslina Binti Hassan
Siti Noraishah Binti Hisham
Shamanil Qamar bt A. Halim
Siti Aslinda bt Meor Ahmad
Norzana bt Hussin

Fotografi : Aidatul Amiza bt Mohd Asri


Siti Rohani bt Jamil
Dokumentasi : Salihatun bin Shahadan
Kebersihan : Semua guru dan PPM

3
9.0 Tentatif program

MASA AKTIVITI

07.45 – 08.15 pagi  Pendaftaran ibu bapa dan penjaga

08.15 – 10.00 pagi  Bacaan Doa


 Taklimat Program
 Sukaneka murid dan ibubapa

10.00 – 11.30 pagi  Persembahan murid


 Majlis perasmian penutup dan penyampaian cenderahati

11.30 – 01.00 tengah hari  Sambutan Hari Lahir


 Jamuan
 Bersurai

4
10.0 Anggaran Perbelanjaan
10.1 Pendapatan ( A )

10.1.1 Sumbangan PIBG RM 1200.00

10.1.2 Peruntukan PCG RM 650.00

10.1.3 Sumbangan luar / perseorangan RM 0.00

JUMLAH PENDAPATAN RM 1850.00

10.2 Perbelanjaan ( B = i + ii +iii)


i. Sumbangan PIBG
BIL BUTIRAN CATATAN BAYARAN PERBELANJAAN
1. Sewa kerusi meja 10 set X RM 50.00 RM 500.00
2. Meja lauk 5 set X RM 30.00 RM 150.00

JUMLAH RM 750.00

ii. Peruntukan PCG ( Kaunseling )


BIL BUTIRAN CATATAN BAYARAN PERBELANJAAN
1. Banner 1 set X RM 100.00 RM 100.00
2. Air Mineral 05 kotak X RM 10.00 RM 50.00
3. Tisu 10 kotak X RM 2.00 RM 20.00
4. Pembalut Hadiah 30 helai X RM 1.00 RM 30.00
5. Hadiah kecemerlangan 49 unit X RM 10.00 RM 490.00
murid ( ……………. )
6. Belon ( backdrop ) 03 bungkus X RM 10.00 RM 30.00
JUMLAH RM 720.00

iii. Sumbangan ibu bapa / penjaga


BIL BUTIRAN CATATAN BAYARAN PERBELANJAAN
1. Aksesori / Topi Hari Lahir 49 orang X RM 5.00 RM 245.00
2. Kek ( biji ) 49 orang X RM 5.00 RM 245.00

3. Jamuan(Nasi Ayam) 150 orang X RM 5.00 RM 750.00

JUMLAH 49 orang X RM RM 1240.00

JUMLAH PERBELANJAAN ( A ) – ( B ) = RM 1850.00 – RM 750.00

= RM 1100.00

5
11.0 Penutup

Semoga Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga ini akan mencapai objektif yang telah
digariskan. Memberikan ruang kepada Murid Berkeperluan Khas ( MBK ) membuat persediaan diri secara
fizikal dan mental untuk meneruskan perjuangan mereka sebagai pelajar di sekolah menengah. Melalui
sambutan hari lahir pula MBK merasakan disayangi dan diraikan. Majlis ini juga diharap dapat menambah
kesatuan dikalangan guru, ibu bapa dan MBK dalam pendidikan Program Pendidikan Khas Intergrasi.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( NUR HALIMATUN SAADIAH BT.MAT SAAD ) ( HERLIANA BT. HUSIN )


Setiausaha Program, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK (1) Taman Selayang. SK (1) Taman Selayang.

Disahkan oleh :

( AZMAN BIN MOHD ARIS )


Guru Besar
SK (1) Taman Selayang

6
Yang ni tak tahu nak letak mana

Bilangan Menu Kuantiti Anggaran


Perbelanjaan
1 Car ko teaw 150 x Rm2.50 Rm375.00
2 aiskrim 200 x Rm0.70 Rm140.00
3 cendol 100x Rm1.50 Rm150.00
4 Rojak 100 x Rm1.00 Rm100.00
Jumlah Rm765.00

You might also like