You are on page 1of 4

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN


PENGAWAS SEKOLAH

TARIKH:

15 Oktober 2017 (Ahad)

TEMPAT:

Hotel Seri Malaysia


Kulim , Kedah.

ANJURAN:

Lembaga Pengawas Sekolah


1.0 Pendahuluan

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah akan diadakan pada 15 Oktober 2017 iaitu pada
hari Ahad. Lokasi majlis ini diadakan pada tahun ini adalah di Hotel Seri Malaysia. Menu yang
disediakan juga adalah bersesuaian dengan bajet yang akan diperuntukkan. Di samping itu,
turut diadakan juga majlis penyerahan tugas AJK Pengawas sesi 2017 kepada AJK Pengawas
2018 dan majlis penyampaian sijil dan cenderahati.

2.0 Objektif

2.1 Menghargai jasa guru disiplin dan pengawas yang berjasa dan memberi sumbangan
tenaga dan fikiran kepada Lembaga Pengawas Sekolah.
2.2 Mengiktiraf pengawas sekolah yang cemerlang dari segi bersikap bertanggungjawab,
kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.
2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas sekolah untuk
melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan
bertanggungjawab.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.
2.5 Melepaskan tekanan dan merehatkan minda.

3.0 Aturcara Program

12.00 Tengah Hari : Kehadiran guru-guru dan pelajar.


12.30 ptg : Majlis bermula
 Kata alu-aluan pengerusi majlis
 Bacaan doa selamat
 Ucapan Ketua Pengawas
 Ucapan Ketua Badan Disiplin dan Pengawas
 Ucapan Pengetua dan perasmian majlis
 Penyerahan tugas AJK Pengawas
 Penyampaian Sijil dan cenderamata
1.00 ptg : Makan
3.30 ptg : Majlis Bersurai

4.0 Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi : En. Mohd.Nazri bin Bahari


Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Zulkifli bin Mohamed
Naib Pengerusi 1 : Pn Zahida binti Musa
Naib Pengerusi 2 : Pn Zunianah binti Deris
Naib Pengerusi 3 : En. Ahmad Shuib bin Deris
Penyelaras : En Mohd Asmadi bin Ismail
Setiausaha : Pn. Noor Aidawati Rashid
Bendahari : Cik Shakinah binti Said

AJK :
Sijil : Nur Azira Bt. Mohd. Jaafar
Persiapan Tempat : Muhammad Faris Dini b. Abdullah
Juruacara : Wan Norizyan Bt. Wan Nazrol
Bacaan Doa : Ahmad Aidil Syukri b. Rosli
Pendaftaran : Nur Syazwani Bt. Mat Taib
Dokumentasi : Nur Fatihah Bt. Mohd.Ali
Persembahan : Noor Shafizah Bt. Abdul Razak
Fotografi : Syafiq Adham Syahmi b. Suhaimi
Siaraya : Muhammad Nur Saiful B. Abd Jamil

5.0 Perbelanjaan Majlis

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Makanan Guru dan Pelajar 70 orang x (RM30.00) RM2100.00

2 Sijil & Cenderahati RM100.00


20 x ( RM5.00)
3. Bas 1 X (RM300) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2500.00

6.0 Sumber Kewangan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Pelajar 50 orang x (RM20.00) RM1000.00

2 Guru 20 orang x (RM20) RM400.00


Tabung Lembaga
3 - RM800.00
Pengawas
4. Sumbangan Guru - RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2500.00

7.0 Penutup

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis perpisahan
kepada pengawas-pengawas sekolah yang akan tamat pengajian pada tahun ini di samping
memberi pengiktirafan kepada guru dan pengawas yang cemerlang pada tahun ini. Segala
usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, 4 Oktober 2017

__________________________
(MOHD.ASMADI BIN ISMAIL)
Guru Pengawas ,
SMK Machang Bubuk
Ulasan Tuan Pengetua ,

_________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

__________________________
(EN. MOHD.NAZRI BIN BAHARI)
Pengetua,
SMK Machang Bubuk

You might also like