You are on page 1of 3

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MURABBI & NUQABA’ 2023

SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Nuqaba’ terdiri daripada naqib dan naqibah yang merupakan tenaga penggerak
yang amat penting dalam menggerakkan sesebuah usrah bagi membentuk jati diri
murid di sekolah. Semua nuqaba’ ini perlu diiktiraf dan diberi tauliah pelantikan
supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
komited. Mereka perlu diisytiharkan dan diberi pengiktirafan supaya murid-murid
lain menghormati peranan/tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang
naqib/naqibah.

1.2 Bagi mencapai usrah yang berkesan “Murabbi” ialah insan yang
bertanggungjawab membimbing nuqaba’ bagi memastikan pengisian usrah dapat
disampaikan dengan baik dan tepat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menaikkan semangat para nuqaba’ dan Murabbi untuk bertugas dengan lebih
komited.

2.2 Menimbulkan rasa hormat dalam kalangan murid terhadap tugas para nuqaba’.

2.3 Memberi pengiktirafan pelantikan sebagai nuqaba’.

2.4 Memberi pengiktirafan pelantikan sebagai Murabbi.

3.0 SASARAN

3.1 Nuqaba’(116 orang murid) & Murabbi (16 orang guru) SMKASAF 2023.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 25 Mei 2023 (KHAMIS)


4.2 Masa : 7.45 - 9.00 Malam.
4.3 Tempat : Surau Al-Falah, SMKA Syeikh Abdullah Fahim.
5.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penaung : Pn. Fazilah bt Mat


Penasihat : Ustaz Zulhazmi bin Anwar
Setiausaha : Nurul ‘Amirah Binti Abdul Rahman
Ahli Jawatan Kuasa:
 Luqman bin Saleh
 Mohd Syazwan Bin Sahidan
 Mashitoh Binti Nordin
 Najma Binti Abd Wahab

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan Perbelanjaan
Harga Jumlah
Bil Sumber RM Bil Deskripsi Kuantiti
seunit (RM)

1 PIBG 200.00 1 Button Badge 100 RM 2.00 200.00

Jumlah RM 200.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 – 8.00 malam : Solat Maghrib


8.00 – 8.10 malam : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
8.15 – 8.30 malam : Ucapan Dr Ahmad Majdi bin Yusuf
Penolong Kanan Pentadbiran, SMKA Syeikh Abdullah Fahim.
8.30 – 8.50 malam : Pelantikan Murabbi & Nuqaba’ 2023
8.50 – 9.00 malam : Solat Isya’ dan bersurai
8. 0 PENUTUP

Semoga program ini dapat membangunkan potensi diri murid dan sentiasa bermotivasi untuk
menjadi murid yang lebih cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… …………………………………
(NURUL ‘AMIRAH BINTI ABDUL RAHMAN) ( )
Setiausaha SUMUR,
SMKA Syeikh Abdullah Fahim.

Disahkan oleh,

………………………………
( )

You might also like