You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT,

KM 3 JALAN SALLEH, 84000 MUAR, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM TERAPI
SOSIAL
PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (P)
SK PARIT SETONGKAT
ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT

1.0 PENGENALAN

Melawat Pasar Tani dan Cafe Muar Traders Hotels merupakan salah satu aktiviti terapi sosial.
Program ini merupakan inisiatif diambil bagi memberikan pengalaman sebenar menggunakan wang
(Matematik) dan mengamalkan adab-adab makan dan minum (Pengurusan Diri) dalam kalangan
murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran supaya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai wadah dalam
akitiviti pemupukan, pengayaan dan pengembangan kendiri dalam diri individu murid khas
berdasarkan penyertaan murid-murid dalam program terapi ini. Aktiviti ini juga merupakan
sebahagian daripada komponen Matematik dan Pengurusan Diri sebagaimana yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah.

2.0 MATLAMAT

Program ini akan memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga mempunyai potensi
menjadi individu atau masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan pada masa hadapan. Mereka
haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam aktiviti luar kerana ia bertujuan untuk mengalami
kehidupan yang sebenar.

3.0 OBJEKTIF

i. Mengetahui cara-cara untuk menggunakan wang dengan cara yang betul ( membeli barang

keperluan harian)

ii. Mengikuti adab dan peraturan yang perlu diikuti semasa makan dan minum
iii. Bersosialisasi dengan masyarakat luar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid - 25 orang
 Guru - 5 orang
 Pembantu Pengurusan Murid - 2 orang
Jumlah - 32 orang

5.0 SENARAI NAMA MURID


- Lampiran A

6.0 BUTIRAN LAWATAN

Tarikh : 21 Ogos 2022


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Pasar Tani Jalan Stadium & Cafe Muar Traders Hotel

7.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Puan Faridah Binti Abidin (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Mastura Binti Rahmat ( GPK I )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Zahidah Binti Yahya (GPK HEM)
Naib Pengerusi 11 : En. Raimi Bin Ma’in (GPKKo-Kurikulum)
Penyelaras : En. Shamsuddin Bin Md.Rasip (Penyelaras PPKI)
Setiausaha : Pn. Norhasidah Binti Daud (Guru PPKI)
Bendahari : En. Mohd Asyraf Bin Md Zani (Guru PPKI)
AJK : Pn. Nur Anis Aqillah Binti Che Johari (Guru PPKI)
Pengangkutan : En. Abdul Mutalib Bin Aris (Guru PPKI)
Kawalan Murid : Pn. MarlinaDermawan Bt Aman Sah (PPM)
Kebajikan : Pn. Siti Raijah Binti Hashim (PPM)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


Sarapan pagi
1 -Guru & PPM (RM18.00 x 7 orang=RM126.00) RM501.00
-Murid (RM15.00 x 25 orang=RM375.00
JUMLAH
RM501.00
9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Sumbangan guru dan ibu bapa RM 501.00
JUMLAH RM 501.00

10.0 TENTATIF PROGRAM

WAKTU AKTIVITI
07.30 pagi Persiapan barang dan keperluan untuk ke destinasi.
07.45 pagi Bertolak dari sekolah ke Pasar Tani Jalan Stadium
08.00 pagi - Tiba di Pasar Tani.
- Taklimat ringkas daripada guru.
- Aktiviti membeli keperluan harian
10.00 pagi Sarapan pagi di Cafe Muar Traders Hotel
12.30 tengahari Bertolak balik ke sekolah.

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mencapai objektif
yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan program ini amatlah bergantung kepada peranan dan
tanggungjawab yang dimainkan oleh semua pihak. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua
peserta yang terlibat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ………………………………
Pn Norhasidah Bt Daud Pn Faridah Bt Abidin
Setiausaha PPKI Guru Besar
SK PARIT SETONGKAT SK PARIT SETONGKAT

“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”


Lampiran A
Senarai Nama Murid dan Guru
BIL NAMA MURID No. S/B No. OKU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32

You might also like