You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MATANG

93050, KUCHING SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR
(AMALAN GURU PENYAYANG)
TAHUN 2019

TEMPAT:
SMK SRI MATANG

TEMPOH PERLAKSANAAN:
SEPANJANG TAHUN

SASARAN:
SEMUA PELAJAR
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR
(AMALAN GURU PENYAYANG)
SMK SRI MATANG

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon peruntukan bagi menjalankan
Program Sambutan Hari Lahir Pelajar Tahun 2019.

2.0 PENGENALAN

Program sambutan meraikan hari lahir pelajar SMK Sri Matang merupakan satu
program yang dirancang oleh Jawatankuasa HEM. Program ini merupakan suatu
aktiviti yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu
inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di
kalangan warga sekolah. Program ini akan diadakan setiap bulan semasa perhimpunan
bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Semoga program sebegini dapat
mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru serta pihak pengurusan sekolah.

Program ini juga bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah selain daripada menghidupkan diharapkan dapat
menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah.
Dengan ini, semua pelajar SMK Sri Matang akan lebih bermotivasi untuk hadir ke
sekolah seterusnya menjayakan proses PDPC dan dapat meningkatkan lagi prestasi
akademik sekolah dalam penilaian peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF.

3.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SMK Sri Matang
3.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang
3.3 Mengeratkan hubungan pelajar dengan para guru
3.4 Supaya pelajar merasakan diri mereka lebih dihargai
3.5 Agar pelajar merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.
3.6 Meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah

4.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Sri Matang bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN.

Sepanjang tahun 2019, bermula Januari hingga November

6.0 AKTIVITI

1. Pemberian hadiah kek

7.0 ANGGARAN KEWANGAN


Sumber Kewangan
Sumbangan PIBG : RM 400.00

Anggaran Perbelanjaan
BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH
1. Kek RM 200.00 x 2 RM 400.00
bulan
JUMLAH RM 400.00

8.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Haji Maseli bin Haji Idi


Pengetua
Timbalan Pengerusi : Pn Maznah bt Najar
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi I : En. Kastamy bin Hj Mudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Pn Suriane bt Nasib
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Aziela bt Sudin
Guru Bimbingan & Kaunseling
Penyelaras : Pn. Noor Madinah bt Hamali
Guru Bimbingan & Kaunseling
AJK : Pn Nurnadia Izzatie bt Alis
(AJK Kebajikan & Tugas-Tugas Khas)
En Mahathir Eduad
(AJK Kebajikan & Tugas-Tugas Khas)
En Saiful Bahrin Abdul Wahab
(AJK Kebajikan & Tugas-Tugas Khas)
Pn Dayang Nur Salda
(Guru Data)
8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke arah
mengeratkan hubungan guru, pelajar dan warga sekolah. Usaha ini dapat mewujudkan
perasaan kasih sayang, selesa dan sejahtera. Program ini secara langsung akan dapat
meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri pelajar seperti yang disasarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, diharapkan peruntukan
sebanyak RM 400.00 seperti yang dinyatakan dapat diluluskan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


..................……………….............. ………………..................................
Pn. Aziela Bt Sudin Pn Maznah bt Najar
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sri Matang SMK Sri Matang

Diluluskan oleh,

………................
Tn Hji Maseli bin Hj Idi
Pengetua
SMK Sri Matang

You might also like