You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAMANSARA ALIFF

JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA PROGRAM PERANGI BULI DALAM


KALANGAN MURID

TARIKH
17 OGOS 2022

HARI
RABU

TEMPAT
DEWAN IBNU KHALDUN,
SK TAMAN DAMANSARA ALIFF

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN

Kes buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi. Pelbagai jenayah remaja dilaporkan di
dada-dada akhbar serta telah menular di laman-laman sosial dan keadaan ini amat
membimbangkan bukan sahaja pihak individu malah ibu bapa dan sekolah. Oleh yang
demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam
keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan
beberapa aspek berkaitan dengan masalah buli yang berlaku di sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang buli kepada semua murid.
2.2 Memastikan murid dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam pembulian.
2.3 Murid dapat memahami keburukan buli serta akibat kepada pembuli atau mangsa buli.
2.4 Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan.

3.0 MATLAMAT

Masalah buli yang dilakukan oleh para murid selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada
mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunseor dan pihak pentadbir sekolah.
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa murid yang melakukan kes ini
mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran, keluarga atau emosi. Masalah ini bukan
sahaja boleh menjejaskan pencapaian akademik murid malah pelbagai karenah di dalam bilik
darjah mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di
samping menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir. Oleh yang demikian, dengan adanya
program ini dengan harapan agar murid yang mendengar dapat memahami serta dapat
berubah ke arah yang lebih baik lagi.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid perempuan yang terlibat dengan ko-kurikulum pada hari tersebut.

5.0 TARIKH
17 Ogos 2022 (Rabu)

6.0 TEMPAT
Dewan Ibnu Khaldun, Sk Taman Damansara Aliff
7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Norpisah Binti Ibrahim


Guru Besar SK Taman Damansara Aliff
Timbalan pengerusi : Pn. Marsila Binti Abdul Karim
GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Damansara Aliff
Naib Pengerusi 1 : En. Samsuri Bin Mat Noh
GPK Pentadbiran SK Taman Damansara Aliff
Naib Pengerusi 2 : En. Yazid Bin Saupian
GPK Ko Kurikulum SK Taman Damansara Aliff
Penyelaras` : En. Mohd Asahar Bin Hamidon @ Hamdon
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Setiausaha : Cik Amatullah Afifah Binti Mohd Saidi
Guru Bimbingan dan Kaunseling

AJK Pelaksana

Teknikal dan Siaraya Cenderamata dan sijil


En. Muhammad Zahhar Mohd Hatta Cik Suhada Wahid
En. Muhammad Nur Ariff Zainuri
Kawalan Murid
Makanan Cik Mas Zuriyana Janudin
Pn. Fathiyah Abd Rahman Semua guru pandu puteri dan puteri islam

8.0 TENTATIF

Masa Perkara
11.30 a.m – 12.00 p.m Murid berkumpul di dewan
12.00 p.m – 01.00 p.m Slot ceramah
01.00 p.m – 01.30 p.m Murid bersurai

9.0 SUMBER KEWANGAN

9.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH


1. Bayaran penceramah Rm 300.00 x 1 Rm 300.00
2. Makanan penceramah Rm 50.00 Rm 50.00
JUMLAH KESELURUHAN Rm 350.00
11.0 PENUTUP

Diharap Program Perangi Buli dalam kalangan Murid ini mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T. dan semoga anak-anak didik SK Taman Damansara Aliff akan mendapat
kesedaran bahawa perbuatan buli akan merosakkan peribadi seseorang insan. Buli juga akan
mengakibatkan masyarakat kita hilang rasa kasih sayang dan kesepaduan antara satu sama
lain.

Disediakan :

……………………............................
(AMATULLAH AFIFAH MOHD SAIDI )
Setiausaha Program

Disemak :

………………………………...
(MARSILA BINTI ABDUL KARIM)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Taman Damansara Aliff

Disahkan :

………………………….....
(NORPISAH BINTI IBRAHIM)
Guru Besar
SK Taman Damansara Aliff

You might also like