You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG,

BRINCHANG 39100, CAMERON HIGHLANDS,


PAHANG DARUL MAKMUR

PERTANDINGAN POSTER
ANTI BULI
SECARA ATAS TALIAN

TARIKH
02 – 03 November 2021

TEMPAT
Kediaman masing-masing

ANJURAN

Unit Disiplin Sk Brinchang


1.0 NAMA PROGRAM
PERTANDINGAN POSTER ANTI BULI SECARA ATAS TALIAN

2.0 ANJURAN
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) - Disiplin

3.0 RASIONAL
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di
dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak
individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini
perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan
dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan
beberapa aspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan
diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli,
mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong
berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara
membuat aduan berkaitan kes buli disekolah. Justeru, kempen amalan mulia turut
diselitkan bagi mengatasi gejala buli ini.

4.0 MATLAMAT
Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja
kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak
pentabir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar
yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran,
keluarga atau emosi. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian
akademik pelajar malah pelbagai karenah di dalam bilik darjah mengundang kepada
ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping
menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir. Oleh yang demikian, dengan adanya
program ini dengan harapan agar murid yang mendengar dapat memahami serta
dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi.

5.0 OBJEKTIF
1. Mengetahui jenis-jenis buli di sekolah.
2. Tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli.
3. Mengetahui cara-cara mengelak daripada dibuli.
4. Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan.
5. Menerapkan amalan personaliti mulia di kalangan murid-murid.

6.0 TARIKH
02 – 03 November 2021 (Selasa – Rabu)

7.0 TEMPAT
Kediaman masing-masing

8.0 SASARAN
Murid tahun 4,5,6 Sk brinchang
9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Norazila Bt Saad (Guru Besar)


Pengerusi : En. Wan Mat Bin Wan Mustafa (GPK HEM)
Naib Pengeruas i: En. Shaifollah Bin Soid (GPK 1)
En. Faizul Bin Shahardin (GPK KOKU)
Setiausaha : En. Mohd Amiru Idham Bin Johari
Pen. Setiausaha : En. Mohd Azlisham Bin Dollah

JAWATANKUASA KERJA

Hakim Pertandingan Pendaftaran Peserta


En. Rahazlin Bin Abdul Rahman En. Rozarulaidil Bin Rosli
Pn. Syahirah Bt Mohamad Yusof Pn. Jean Chan Chin Chian
En. Mohamad Hazwan Bin Ariffin
Pn. Norliana Bt A Ghani
En. Mohd Azlisham Bin Dollah

Dokumentasi / Jurufoto Sijil


Pn. Siti Norhayati Bt Hassan Pn Norhafizah Bt Zainal Abidin

Hadiah & Cenderahati


Pn. Rosmawati Bt Abdul Kadir @ Ismail
Pn. Parames A/P Karuppannan
Pn. Wan Rohani Bt Wan Abdullah

10.0 PENGISIAN AKTIVITI


1. Hebahan kepada semua murid (Sehari sebelum pertandngan)
2. Aktiviti dalam kelas
a. Pertandingan melukis poster & cipta logo Anti Buli

11.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN RM SUMBER


1 HADIAH PEMENANG 15 ORANG X 150 PCG
KEMPEN ANTI BULI RM 10.00 KAUNSELING

JUMLAH 150

12.0 SUMBER KEWANGAN


.1. PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling - RM 150.00
13.0 PENILAIAN
Bagi menilai kekuatan dan kelemahan program ini, pemantauan dan pemerhatian
terhadap murid akan dibuat dengan melihat penglibatan dan salahlaku murid
terhadap aktiviti membuli.

14.0 PENUTUP
Buli merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian semua
pihak. Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak
bersedia menghulur tangan member bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti
segera di atasi dengan apa cara sekalipun bagi memastikan pelajar dapat menikmat
suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara
akan tercapai.

Disediakan oleh:

……………………………………………
(En Mohd Amiru Idham Bin Johari)
Guru Disiplin

Disemak Oleh:

………………………………..
(En Wan Mat Bin Wan Mustafa)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Disahkan oleh :

…………………………………………
(Pn Noarazila Bt Saad)
Guru Besar

You might also like