You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ANTI BULI


DALAM KALANGAN
PELAJAR KAFAI AL-
HIJRAH KOTA KEMUNING

TARIKH : 8 MEI 2023


HARI : ISNIN
MASA : 2.30 PETANG – 4.00 PETANG
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN ALHIJRAH

ANJURAN :
UNIT DISIPLIN& PENGAWAS KAFAI ALHIJRAH
1.0 NAMA PROGRAM
Program Anti Buli Dalam Kalangan Pelajar Kafai Al-Hijrah Kota Kemuning.

2.0 ANJURAN
Unit Disiplin Dan Pengawas Sekolah

3.0 RASIONAL
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada
akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa,
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian
Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah
yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis
untuk menjelaskan beberapa aspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek
yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli,
mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya
kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan
kes buli disekolah.

4.0 MATLAMAT
Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada
mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentabir sekolah. Beberapa
kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini mempunyai
masalah terutama dari segi persekitaran, keluarga atau emosi. Masalah ini bukan sahaja boleh
menjejaskan pencapaian akademik pelajar malah pelbagai karenah di dalam bilik darjah
mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping
menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir. Oleh yang demikian, dengan adanya program
ini dengan harapan agar murid yang mendengar dapat memahami serta dapat berubah ke arah
yang lebih baik lagi.

5.0 OBJEKTIF

1. Mengetahui jenis-jenis buli di sekolah.


2. Tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli.
3. Mengetahui cara-cara mengelak daripada dibuli.
4. Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan.

6.0 TARIKH
8 Mac 2023 (Isnin)

7.0 TEMPAT
Tapak Perhimpunan Kafai Al-Hijrah Kota Kemuning

8.0 SASARAN
Semua murid tahun 4, tahun dan tahun 6.

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Nor Azizah Bt Aspan (Ketua Guru)


Pengerusi : Pn. Noor Fadzlina Bt Md Radzi (GPK 1)
Naib Pengerusi: Pn. NorhalawatiBt Ismail (GPK HEM)
Pn. Syamsyathul Mardiah Binti Akbar Ali ( Guru Disiplin)
Setiausaha : Pn. Ainaa Anis Bt Azahari

JAWATANKUASA KERJA

Menyediakan murid untuk bacaan doa


En Abdul Muhaimin B Abd yang bersesuaian dengan program henti
AJK Bacaan Doa Rahmn buli

Menghubungi pihak polis dan


Puan Siti Nursaffiyah Bt menyediakan cenderamata dari pihak
AJK Jemputan Adznan Shahidi sekolah

Menyediakan murid untuk bertindak


AJK Juruacara Puan Basharah Bt Zakaria selaku juruacara

Puan Nurul Shuhada Bt Abu Menyediakan teks ikrar untuk dibaca oleh
AJK Ikrar Bakar ketua pengawas

AJK Buku Menyediakan buku program


Program Puan Siti Zarina Bt Ayeop
AJK Kawalan Menjaga disiplin murid dalam
Disiplin En Azizan Bin perhimpunan

AJK Jurugambar Mengambil gambar dan meletakkan dalam


Puan Rosminah Bt Mohd Ela bentuk kolaj untuk dokumentasi

10.0 PERBELANJAAN
Plak saguhati penceramah RM 50.00

11.0 SEUMBER KEWANGAN


Unit Hal Ehwal Murid.

12.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AGENDA
2.30 ptg - Semua murid Tahun 4 – 6 berkumpul di tapak perhimpunan

2.45 ptg - Nyanyian lagu patriotik dan lagu sekolah

3.00 ptg - Ucapan Ketua Guru

3.15 ptg - Ceramah “BULI”


Oleh : Pegawai Polis
Ibu Pejabat Polis Kota Kemuning

- Bacaan Doa
- Bacaan ikrar murid

4.00 ptg - Bersurai (murid masuk ke kelas


13.0 PENILAIAN
Bagi menilai kekuatan dan kelemahan program ini, pemantauan dan pemerhatian terhadap
murid akan dibuat dengan melihat penglibatan dan salahlaku murid terhadap aktiviti membuli.

14.0 PENUTUP
Buli merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian semua pihak.
Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia menghulur
tangan member bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera di atasi dengan apa cara
sekalipun yang pelajar dapat menikmat suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya
matlamat pendidikan negara akan tercapai.

Disediakan oleh: Disemak Oleh: Disahkan oleh :

…………………………………………… ……………………………….. …………………………………………


(SYAMSYATHUL MARDIAH BT AKBAR ALI) (NORHALAWATI BT ISMAIL) (Nor Azizah Bt Aspan)
Guru DISIPLIN GPK HEM Ketua Guru KAFAI AL-HIJRAH

You might also like