You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNDUNG, PETI SURAT 81, 89208

TUARAN

KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK PEMULIHAN

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP AMBILAN JUN 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


DENGAN KERJASAMA PIHAK SEKOLAH.
1.0 PENGENALAN

Internship merupakan salah satu program latihan lapangan yang

bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru

pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar

bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, kami telah merancang untuk

menambahbaik dan menceriakan sudut-sudut bilik pemulihan. Program

penambahbaikan dan keceriaan kelas pemulihan Sk Bundung, Tuaran

ini adalah cetusan idea daripada guru pelatih dari opsyen pemulihan

sekolah ini. Program ini merupakan program mini yang melaksanakan

kerja-kerja penambahbaikan bagi kelas pemulihan dari segi susun atur

perabot, pembinaan sudut-sudut seperti sudut kinestetik, pengamatan,

Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Program ini juga

merupakan salah satu usaha sekolah bagi mewujudkan bilik pemulihan

yang menepati ciri-ciri seperti yang terdapat dalam Garis Panduan

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia.


2.0 MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK

1. Mewujudkan kelas pemulihan yang menepati ciri-ciri yang

terdapat dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan

Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran

Malaysia.

2. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti

P&P.

3. Mewujudkan keceriaan dalam kelas pemulihan.

3.0 OBJEKTIF

1. Membina sudut-sudut utama seperti sudut kinestetik,sudut

pengamatan,sudut bahasa ,sudut multimedia,sudut pengurusan

diri serta ruang untuk menjalankan aktiviti P&P.

2. Mewujudkan bilik darjah yang bersih,kemas serta ceria dengan

bahan pembelajaran yang menarik.

3. Mewujudkan ruang pengurusan bagi memudahkan guru

PEMULIHAN menguruskan sistem fail.

4.0 WAKTU PELAKSANAAN

05/03/2018 – 16/03/2018
6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Kuantiti
PerkaraPenyapu Harga 2
Kuantiti Kos
Mop
Manila card RM 0.50 1 5 5 x RM 0.50 =
Baldi 1
RM 2.50
Gunting 3
Kerta A4 (warna) RM 13.00 1 Ram 1 x RM 13.00 =
Gam 3
RM 13.00
Mounting Board RM 8.00 1 1 x RM8.00 =
RM8.00
Card Board RM 2.50 3 3 x RM2.50 =
RM 7.50
Hot Glue Gun RM 5.00 1 1 x RM5.00 =
RM5.00
Hot Glue RM 3.00 1 1 x RM 3.00 =
RM 3.00
Double Sided Tape RM1.20 1 1 X 1.20 =
RM1.20
Glitter RM 0.60 1 1 X RM0.60 =
RM0.60
Kain RM 4.00 4 Meter 4 X RM4.00 =
RM 16.00
Laminating Film RM 25.00 1 Ram 1 X RM 25.00 =
RM 25.00

TOTAL RM84.80

7.0 PERALATAN
5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNDUNG TUARAN


GURU BESAR
Cik Muliana Kelo

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Puan Kamsiah @ Norfaezah Binti Kasmin

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Encik Edie Bin Amit

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Encik Walter@Odo Bin Gadur

MENTOR

Pn. Theresa Pedro Sawah

PENYELARAS PROGRAM

Mas Ifariez Za’im Bin Masnon

8.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti
yang telah ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa
warga pendidik yang terlibat.

PERAKUAN :
Disediakan Oleh: Catatan:

___________________________

(MAS IFARIEZ ZA’IM BIN MASNON)

Guru Pelatih Semester 8,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tarikh:

Disemak Oleh: Catatan:

___________________________

(PN. THERESA PEDRO SAWAH)

Mentor / Guru Pembimbing,

Sekolah Kebangsaan Bundung, Tuaran. Tarikh:

Disahkan Oleh: Catatan:

________________________

(CIK Muliana Kelo)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bundung, Tuaran. Tarikh:

You might also like