You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROJEK KOKURIKULUM GURU PELATIH


SEKOLAH KEBANGSAAN
PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

TARIKH

30 OKTOBER 2020

TEMPAT

DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH


PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

ANJURAN
GURU PELATIH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA

UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH PUTRAJAYAPRESINT 9(2)


1.0 PENGENALAN
Rancangan projek ini adalah bertujuan untuk urusan penyeliaan kokurikulum kami.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dijalankan di seluruh Malaysia, tidak
terkecuali dengan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan beberapa panduan pada sesi
pengajaran guru di sekolah. Misalnya, susun atur bilik darjah yang dimestikan untuk
diadakan penjarakan satu meter. Pada aktiviti kokurikulum, mereka melarang untuk
mengadakan pengumpulan murid pada sesi kokurikulum. Oleh hal yang demikian,
program ini mengatur satu kaedah lain yang boleh dikategorikan sebagai kokurikulum.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak sekolah, Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 9(2) untuk:

1.1 Mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Tuan Guru Besar berhubung
dengan projek yang bakal dijalankan oleh para guru pelatih IPGKPI.

1.2 Memohon peruntukan daripada pihak sekolah untuk menyempurnakan projek


ini seperti yang dirancang.

3.0 OBJEKTIF
1.1 Bagi menceriakan kawasan di persekitaran pusat sumber sekolah.
1.2 Mencantikkan laluan pintu masuk pusat sumber supaya kelihatan menarik.
1.3 Menarik minat murid untuk sentiasa datang ke pusat sumber.
1.4 Menanamkan unsur kecintaan dalam kalangan murid terhadap seni khat.
1.5 Memartabatkan unsur seni khat di sekitar pusat sumber sekolah.
1.6 Memaksimumkan penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid dan guru
pada masa akan datang.
1.7 Memperkasakan semangat perpaduan dalam diri guru dan murid terhadap tulisan
Jawi.
4.0 JENIS PROGRAM / AKTIVITI
Rancangan projek kokurikulum guru-guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam.

5.0 TARIKH DAN HARI


Tarikh: 5 Oktober – 30 Oktober 2020.

6.0 ANJURAN
Guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

7.0 TEMPAT
Dataran Perhimpunan Sekolah Putrajaya Presint 9(2)

8.0 SENARAI NAMA GURU PELATIH YANG TERLIBAT

BIL NAMA NOMBOR TELEFON

1 PG. MOHD MUIZZUDDIN BIN AG OMAR 010-3694479

2 WAN AHMAD SYAHIR BIN WAN MOHAMAD 012-7059230

3 INTAN SUHAILI BINTI SANIP 013-7044346

4 NUR SHAFIQAH ATIRAH BINTI ANUAR 012-3496903

5 NOR AIN ATILA BINTI IBRAHIM 012-9225812

6 FATIN HAZIERAH BINTI NORDIN 019-6491224


9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PERBELANJAAN DAN PERALATAN PROJEK “GALERI LAMAN SENI KHAT”


ANJURAN GURU PELATIH

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH KOS SUMBER/RM


Peruntukan
1 BAHAN MASAKAN RM 50.00 x 5 RM100.00
Sekolah /PPI
Peruntukan
2 PISAU MASAKAN RM 9.90 x 2 set RM 19.80
sekolah/PPI
Peruntukan
3 BERUS CAT RM12.90 x 3 set RM 38.70
Sekolah/PPI
Peruntukan Sekolah/
4 PEMBARIS PANJANG RM 4.50 x 1 RM 4.50
PPI
Peruntukan Sekolah/
5 ROLLER RM 12.00 x 2 RM 24.00
PPI
Peruntukan
6 COLOUR PAINT RM 80.00 x 1 RM 80.00
Sekolah/PPI
Peruntukan
7 COLOUR CHALK RM 10.00 x 1 RM 10.00
Sekolah/PPI
Peruntukan
8 MASKING TAPE RM 1.60 x 3 RM 4.80
Sekolah/PPI
JUMLAH KOS RM 281.80

9.1 Peruntukan Sekolah :


9.2 Ulasan Pihak Sekolah :

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek guru pratikum ini akan memberi impak yang positif kepada
warga sekolah SK Putrajaya Presint 9(2) secara tidak langsung sebagai tanda ingatan
tulus ikhlas daripada kami kepada warga sekolah.

11.0 TANDATANGAN

11.1 Disediakan oleh :

……………………………..

(NOR AIN ATILA BINTI IBRAHIM)

Guru Pelatih,
IPG Kampus Pendidikan Islam.

11.2 Disemak oleh :

………………………………… ……………………………....
(ROKIAH BINTI ABDULLAH) (SUHAINAH BINTI ABAS)
Guru Pembimbing, Guru Perpustakaan dan Media,
SK Putrajaya Presint 9(2), SK Putrajaya Presint 9(2),
Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Berprestasi Tinggi.

11.3 Disahkan oleh :

……………………………….
(HAJI MOHD AMIN BIN HAJI HAMZAH)
Guru Besar,
SK Putrajaya Presint 9(2),
Sekolah Berprestasi Tinggi.

You might also like