Professional Documents
Culture Documents
BENGKEL PENINGKATAN
PENGURUSAN RANCANGAN
MENGAJAR HARIAN (RPH) TS25
PROGRAM TRANSFORMASI
SEKOLAH (TS 25)
2.0 Matlamat
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan
teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat
dan corridor raya multimedia seperti 'Internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua
murid. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada murid.
3.0 Objektif
3.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3.3 Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
3.4 Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian Internet.
4.0 Sasaran
5.0 Pelaksanaan
Pembelajaran kelas abad ke 21 di SK Padang Hiliran ini meliputi 2 aspek utama iaitu
pelaksanaan PdPc berteraskan kelas abad ke 21 serta keceriaan kelas dan juga
memperkasakan penggunaan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah.
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang
selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran (parking lot, sudut pencapaian, sudut ganjaran, sudut hasil kerja
murid, sudut mata pelajaran), ruang pada dinding (jadual waktu, jadual tugasan,
peraturan kelas, visi dan misi, pelan lantai), pencahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas
yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susun
atur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan murid terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental.
7.0 Penutup
Disahkan oleh,
(FASA 3)
JUMLAH 3,250.00
LAMPIRAN