You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG HILIRAN

20050 KUALA TERENGGANU

KERTAS CADANGAN PEMBELAJARAN (PdPc)


KELAS ABAD KE 21 ( FASA 3)
__________________________________________________

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS 25)

Sentiasa Ke Arah Kecemerlangan Insan

1.0 Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Menjelang abad ke 21 murid perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara
meluas. Ciri-ciri murid untuk abad ke 21 ialah murid perlu memiliki beberapa aspek
tertentu.  Di mana, murid abad ke 21 merupakan murid yang celik dari segala-galanya tidak
kira dalam teknologi maklumat juga akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih
kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad
ke 21 amat mencabar.

2.0 Matlamat

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan
teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat
dan corridor raya multimedia  seperti 'Internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua
murid. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada murid.

3.0 Objektif

3.1 Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.

3.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.

3.3 Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.

3.4 Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian Internet.

4.0 Sasaran

4.1 Semua guru SK Padang Hiliran.


4.2 Semua murid SK Padang Hiliran
4.3 Komuniti setempat / ibu bapa dan penjaga.

5.0 Pelaksanaan
Pembelajaran kelas abad ke 21 di SK Padang Hiliran ini meliputi 2 aspek utama iaitu
pelaksanaan PdPc berteraskan kelas abad ke 21 serta keceriaan kelas dan juga
memperkasakan penggunaan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah.

5.1 Pelaksanaan PdPc Abad 21 dan Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang
selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. 
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran (parking lot, sudut pencapaian, sudut ganjaran, sudut hasil kerja
murid, sudut mata pelajaran), ruang pada dinding (jadual waktu, jadual tugasan,
peraturan kelas, visi dan misi, pelan lantai), pencahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan.  Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas
yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susun
atur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan murid terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental.

5.2 Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke
arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014.
Fokus di dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir
melalui penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan
penyoalan pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk
membantu merangsang pemikiran murid.

6.0 Anggaran Perbelanjaan


Sila rujuk Lampiran.

7.0 Penutup

Diharapkan pembelajaran abad ke 21 ini dapat dilaksanakan di dalam kelas walaupun


terdapat kekangan seperti prasarana, kelengkapan dan bilangan murid yang ramai dalam
sesetengah kelas. Walau bagaimanapun sebagai permulaan guru-guru haruslah
memulakan PdPc ini sedikit demi sedikit agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua
murid. Sokongan dan dana daripada PIBG dan semua pihak secara langsung dan tidak
langsung diperlukan bagi merealisasikan pembelajaran kelas abad ke 21 ini demi
kecemerlangan bersama di samping menyerlahkan kreativiti murid dalam mengaplikasikan
pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian serta membentuk keyakinan diri murid-
murid secara keseluruhannya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

FAKHIRAH NAJWA M RAZALI ROSLAN BIN MOHAMAD


Penyelaras Sekolah Transformasi Penolong Kanan
SK Padang Hiliran SK Padang Hiliran

Disahkan oleh,

NORLELA BINTI YUSOFF


Guru Besar
SK Padang Hiliran
ANGGARAN PERBELANJAAN BAHAN/ALATAN UNTUK

PEMBELAJARAN PDPC ABAD 21

(FASA 3)

BIL PROGRAM PESERTA BAHAN KUANTITI HARGA


(RM)
PP WHITE 110 PCS
BOARD (A3) 550.00
MARKER PEN 43 PCS 200.00
WHITEBOARD
KERTAS 2 SHEET 18 RIM
1. PEMBELAJARAN 620
CARD 150.00
ABAD 21 ORANG BINDING/TAPE 68 PCS
TAHUN 1-6 CLOTH 250.00
KERTAS 9 GULUNG
MANJONG BESAR 280.00
PLASTIK
LAMINATING 5 RIM 150.00
FOLDER SIJIL 50 150.00

PLAK 40 PCS 600.00

KERTAS 20 RIM 500.00


WARNA
MINI BOARD 110 165.00
ERASER
STICKER NOTE 255.00

JUMLAH 3,250.00

6.0 JAWATANKUASA PROJEK


Pengerusi : Puan Norlela binti Yusoff ( Guru besar)

Timblan Pengerusi : En. Roslan bin Mohamad ( PK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Haslina bt Husain ( PK Hem)

Naib Pengerusi 2 : En. Shamshul Bahari bin Muhamad ( PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : En. Norhisham bin Abd Razak ( PK PPKI)

Penyelaras : Pn. Fakhirah Najwa bt Mohamad Razali

Setiausaha : En. Mohd Rizulman bin Ghaffar

Bendahari : Pn. Julaiha bt Ibrahim

AJK : Semua Ketua Panitia

7.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Program Sekolah Transformasi

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN KUANTITI / HARGA JUMLAH (RM)


1 CAT JALAN ( KUNING, HITAM, PUTIH 5 TIN x RM96.00 480.00
2 BULU ROLLER CAT 10 x RM1.60 16.00
3 BEKAS CAT 4 X RM2.60 10.40
4 TINER 1BOTOL X RM4.00 4.00
5 TALI NYLON PUTIH 1 KG X RM16.00 16.00
6 BATANG ROLLER CAT 4” 10 X RM2.50 25.00
JUMLAH RM551.40

LAMPIRAN

You might also like