You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK
KECERIAAN
BILIK SPBT
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Kebangsaan Api Api
1.0 PENDAHULUAN

Bilik SPBT Sekolah Kebangsaan Api Api telah beroperasi sejak tahun 2016. Pada
asalnya, ia merupakan tempat menyimpan dan pelupusan buku teks sahaja.
Kewujudan Bilik Operasi SPBT adalah untuk memastikan penjagaan buku teks dan
dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. Bersesuaian dengan
perubahan semasa, bilik SPBT perlu dinaiktaraf dan diceriakan agar menjadi sebuah
bilik pengurusan buku teks yang lebih kondusif dan selesa khususnya kepada AJK
Unit SPBT dan pelanggan SPBT yang terdiri daripada murid dan ibubapa. Selain itu,
ianya juga penting ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap dan
sistematik.

2.0 OBJEKTIF

1. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus, berinisiatif,
kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat.
2. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku stok dengan
kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.
3. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan
pengurusan SPBT di sekolah.

3.0 MATLAMAT

1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam pengurusan SPBT
serta mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus membaca dan
menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dalam pelajaran.
3. Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain dalam mencapai
kecemerlangan yang sama.

4.0 SASARAN

1. Bilik Operasi SPBT Sekolah

2. Bilik Pelupusan Buku Teks


5.0 TARIKH PELAKSANAAN

APRIL- APRIL 2022

6.0 PENGLIBATAN

Ahli Jawatankuasa Unit SPBT

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT KOS ANGGARAN


(RM) (RM)
1. PERKHIDMATAN
PEMBERSIHAN KARPET
2. SOFA 3 SEATER 1 buah
3. MEJA KOPI 1 buah
4. RAK SUDUT 1 buah
5. PERMAIDANI 1 bidang
6. KERTAS WARNA 3 RIM
7. KERTAS PUTIH A4 80gsm 1 RIM
8. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(MERAH)
9. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(PUTIH)
10. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(PINK)
11. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(HIJAU)
12. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(KUNING)
13. FLOURESCENT LABEL 3 pek 3.20 9.60
(BIRU)
14. DOUBLE TAPE 5 pek
15. WINDOW SCREEN SHIELD 2 gulung
16. RAK KERTAS 4-TIER 1buah
17. FAIL PUTIH 5 buah
PENUTUP

Projek Keceriaan Bilik SPBT ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamatnya. Selain
itu, diharapkan semua kemudahan dan keceriaan yang disediakan dapat menjadikan
pengurusan bilik SPBT Sekolah Api Api lebih berkualiti dan efisien serta menjadi contoh
kepada sekolah-sekolah lain di Kota Kinabalu.

Disediakan oleh,

NORELA BINTI MOHAMMED


Penyelaras SPBT

Disemak oleh,

ANIJOSFINA BINTI MUSA


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh,

MOHD HAFIZ ZURAIMY BIN DAMSAH


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Api Api

You might also like