You are on page 1of 8

SJKT LDG TEMIANG RENCHONG

84600 PAGOH,JOHOR

KERTAS KERJA

PERANCANGAN PEMBANGUNAN
BILIK FUN LEARNING
”PLAY, LEARN, GROW TOGETHER WITH STRONG”

TARIKH :
PROJEK PEMBANGUNAN BILIK FUN LEARNING
PENGUBAHSUAIAN BERMULA PADA
1 SEPTEMBER 2020

TEMPAT :

BILIK FUN LEARNING


SJKT LDG TEMIANG RENCHONG
84600 PAGOH,JOHOR
1. TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan


kewangan. Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan daripada YAB
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin
merangkap Ahli Parlimen Pagoh bagi memohon sumbangan berbentuk kewangan
untuk menjalankan program.

1.1 Untuk mendapatkan bantuan kewangan :

Projek Pembangunan Bilik Fun Learning di SJKT Ladang Temiang Renchong.

2. PENGENALAN

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Temiang Renchong atau nama


ringkasnya SJKT Ladang Temiang Renchong, merupakan sebuah sekolah jenis
kebangsaan tamil yang terletak di Ldg Temiang Renchong. Pada tahun 2017, Sekolah
ini telah mendapat nafas baru dengan pembinaan sebuah sekolah baru di pekan Bukit
Pasir. Sekolah ini telah beroperasi di tapak baru selama 3 tahun dimana kekuatan
sekolah ini terdiri daripada 11 guru dan 88 pelajar. Oleh yang demikian pihak sekolah
telah membuat satu perancangan untuk program penambahan murid ke sekolah
dengan menyediakan satu program baru Program Fun Learning dan akan membuat
promosi kemasukan murid sekolah. Pada masa yang sama sekolah kami juga telah di
pilih dalam program TS25. Program “Fun Learning” merupakan satu langkah
alternatif dalam melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) selaras dengan
matlamat SJKT Ladang Temiang Renchong ke arah Transformasi Sekolah (TS25).
Program ini menggabungkan 3 elemen yang memfokuskan murid tahap 1 dan 2.
Aktiviti “Fun Learning” berteraskan didik hibur dan PdPc luar bilik darjah yang mana
ianya tidak terhad kepada jadual waktu konvensional.

3. OBJEKTIF

Tujuan Program Pembangunan Bilik Fun Learning adalah bertujuan :

3.1 meningkatkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dikalangan


murid
3.2. disamping menarik minat murid belajar dengan melakukan aktiviti yang
menyeronokkan
3.3 Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid diharap dapat mengaplikasi
dan mengadaptasi dapatan mereka ke dalam pembelajaran seharian
terutamanya pembelajaran tidak formal seperti pembelajaran diluar waktu
sekolah
3.4 untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh .
Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor,
kognitif dan efektif.

4. RASIONAL

Idea melaksanakan program ini tercetus dari hasil penilaian formatif yang
dilaksanakan diperingkat sekolah. Terdapat empat isu utama iaitu

4.1.1 Murid pasif


4.1.2 Murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
4.1.3 Murid tidak mahir mengaplikasi kemahiran

4.2 Melalui masalah ini pihak sekolah dapat mengatasi masalah ini dengan kaedah

4.2.1 Bidang Psikomotor 

i) Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan


dan daya tahan secara maksimum 
ii) Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari
Fun Learning
iii) mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti
kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan
kemahiran berfikir.

4.2.2 Bidang Kognitif 

i) belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu


ii) menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta
peraturan permainan tersebut
iii) membanding beza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan
tradisional yang sebenar
iv) mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yang
dipilih

4.2.3 Bidang Efektif 

i) memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan. 


ii) belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja
dapat diselesaikan teapt pada masanya. 
iii) menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat setia kawan
iv) semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan
memimpin pasukan dalam diri pelajar
v) membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan.
5. TARIKH

Beroperasi pada 1 Oktober 2020

6. JAWATANKUASA KERJA

Seperti di lampiran A

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti di lampiran B

8. PELAN BILIK FUN LEARNING

Seperti di lampiran C

9. Penutup

Adalah menjadi harapan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan sebaik
mungkin dan seterusnya mendapat sumbangan dana daripada YAB Perdana Menteri
Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin merangkap Ahli
Parlimen Pagoh menjayakan program yang telah dirancang. Semoga program yang
telah dirancang ini bakal dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua pihak
terutamanya warga sekolah SJKT Ladang Temiang Renchong. Tanggungjawab dan
harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan
dedikasi agar program yang dirancang dapat dijayakan sepenuhnya demi
menjunjung aspirasi dan matlamat kerajaan dalam membantu masyarakat.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(……………………………………) (………………………………………….)

Guru Besar
Lampiran A

Pengerusi : Pn. Logabal a/p Tendayoudabam


(Guru Besar SJKT Ladang Temiang Renchong)
Timbalan Pengerusi : Pn. Pasamalar
(Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Pn.Sivagami
(Penolang Kanan Hem)
Naib Pengerusi 11 : Cik. Kumutha
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Thennarasi a/p Sabapathy
Pengurus Program :
Setiausaha :
Bendahari :
Keselamatan :
Pengangkutan & Disiplin :
Peralatan :
Aktiviti :
Dokumentasi & Fotografi :
Lampiran B

ANGGARAN BELANJA PROJEK PEMBANGUNAN BILIK FUN LEARNING

KETERANGAN ANGGARAN                   JUMLAH


Keperluan Bilik                    
 
2400 x 1 Unit  
Aircond RM 2400.00
Play mat Lantai RM 12.00 x 240 unit   2880.00
R 1800.00 x 1 Unit  
LCD Projector M 1800.00
Holographic 3D projector RM 1700.00 x 1 Unit   1700.00
Almari RM 500.00 x 1 Unit   500.00
Rak RM 200.00 x 5 Unit 1000.00
Meja Panjang RM 100.00 x 4 Unit   400.00
Langsir RM 1500 x 1 Unit   1500.00
 
 
Alatan Habis Guna  
Cat RM 80.00 x 6 Unit   480.00
3.00 x 10 Unit
Berus RM 30.00

 
 
      12690

KETERANGAN ANGGARAN                   JUMLAH

Peralatan Fun Learning

     

     
                 
Rencam RM 1500.00 1500.00

JUMLAH KESELURUHAN                       48,310.00

You might also like