You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PESTA TAMIL VIZHA PERINGKAT NEGERI


PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukkan kewangan sebagai


penjana sumber kewangan melaksanakan Pertandingan Peringkat Sekolah
Rendah sempena sambutan Pesta Tamil 2010 peringkat daerah Klang.

2. LATAR BELAKANG

Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang merupakan badan NGO yang


sudah 27 tahun berkhidmat di daerah Klang. Sumbangan pertubuhan ini
terhadap masyarakat merangkumi bidang pendidikan, sosial, kebajikan, sukan ,
ekonomi , kerohanian dan kepimpinan.Sepanjang perjalanan aktiviti , pertubuhan
ini telah melahirkan lebih 50 ribu belia yang pernah mengikuti dan memanfaat
program yang dilaksanakan .Kematangan pemimpin dan pengorbanan
sukarelawan telah membuka ruang kepada pertubuhan ini meraih Anugerah
Perdana Pertubuhan Belia Negara 2009 di mana memenangi tempat naib
Johan Peringkat Kebangsaan dan Johan Peringkat Negeri Selangor.

3. PENGENALAN

Pesta Tamil Vizha merupakan salah satu aktiviti tahunan pertubuhan kami
yang sudah melangkah ke tahun 27. Setiap tahun pesta ini diadakan sewaktu
cuti sekolah penggal pertama . Seramai 5000 orang peserta menyertai dalam
segala aktiviti yang dijadualkan . Program terbuka kepada semua struktur
masyarakat daripada umur 4 hinggalah ke 60 tahun . Pesta ini berlangsung
selama satu bulan. Salah satu program dalam pesta ini ialah Pertandingan
Peringkat Sekolah Rendah.
4. OBJEKTIF

a. Mewujudkan kesedaran terhadap keistimewaan dan kekayaan


bahasa , budaya, kesusasteraan dan kesenian tradisional.
b. Memberi latihan kepimpinan kepada belia.
c. Mewujudkan hubungan baik dan perpaduan dengan masyarakat
setempat

5. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid sekolah Rendah negeri Selangor. Anggaran penyertaan lebih


kurang 1500 peserta.

6. TARIKH

Program akan berlangsung pada 10 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu


mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

7. TEMPAT

SJK ( T ) Simpang Lima . Taman Sri Andalas , Klang.

8. PIHAK PENGANJUR

Pesta ini dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang


dengan kerjasama badan-badan NGO tempatan.

Cadangan – Berusaha menganjur bersama Majlis Guru Besar Negeri


Selangor
9. AKTIVITI

Dalam pertandingan ini banyak aktiviti dijalankan seperti :

 Pertandingan Menulis Karangan


Bahasa Malaysia
Bahasa Tamil

 Pertandingan Syarahan
Bahasa Malaysia
Bahasa Tamil

 Bercerita
Bahasa Inggeris

 Mewarna

 Melafaz Sajak

 Menulis dan Melafaz Thirukural

 Menyanyi

 Menguji Gaya perwatakan

 Pertandingan Grafik

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

PESTA TAMIL VIZHA 2010


ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
ACARA SEKOLAH RENDAH

PENDAPATAN PERBELANJAAN
BUTIR RM BUTIR RM
Yuran peserta 1 800.00 Sarapan pagi 3 000.00
(RM 2.00 × 18 × 50) (Peserta- RM1.50 ×
2000)

Sumbangan 16 120.00 Sarapan pagi


(Fasilitator- RM2.00 × 120.00
60)

Makanan tengah hari


(Pelajar- RM4.00 × 8 000.00
2000)

Makanan tengah hari


(Fasilitator- RM4.00 × 240.00
60)

Cenderahati (Pelajar) 1000.00

Cenderahati (VIP) 300.00

Hadiah 2 000.00

Sistem siaraya 600.00

Persembahan silap mata 600.00

Khemah 560.00
(RM 80 × 7)

Alat tulis 1 200.00

Penggunaan sekolah & 300.00


kantin

17 920.00 17 920.00
PESTA TAMIL VIZHA

PERTANDINGAN
ANTARA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2010
PADA
10 JULAI 2010 ( SABTU )

MASA
8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

TEMPAT
SJK ( T ) SIMPANG LIMA, KLANG

DIANJURKAN OLEH :

HINDU YOUTH ORGANISATION


No 17-C, Solok Seri Sarawak 36,
Taman Sri Andalas, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
TEL/EMAIL/WEB

You might also like