You are on page 1of 7

SJKT TAMIL LADANG CAIRO,

71700 MANTIN, SEREMBAN, NSDK


தேசிய வகை கெய்ரோ தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி,
71700 மந்தின், சிரம்பான்,நெகிரி செம்பிலான்

LAPORAN
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI

2023 / 2024

TARIKH : 20 MAC 2023


HARI : ISNIN
TEMPAT : PINTU HADAPAN PERKARANGAN SJKT
LADANG CAIRO, MANTIN
DEWAN TAN SRI DATO’SOMA

ANJURAN :

UNIT GURU PENYAYANG


SJKT LDG CAIRO,MANTIN,NS
1.0 Nama Program : Hari Pertama Persekolahan Sesi 2023 / 2024

2.0 Tarikh : 20.03.2023 (Isnin)

3.0 Masa : 7.00 pagi

4.0 Tempat : Pintu Hadapan Sekolah


Dewan Tan Sri Dato’Soma, SJKT Ldg. Cairo,Mantin

5.0 Objektif

:
5.1 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
5.2 Membina hubungan antara murid, ibu bapa dan guru.
5.3 Meningkatkan keyakinan murid ibu bapa dan penjaga membentuk sikap positif dalam
interaksi sosial di sekolah.
5.4 Membina keyakinan yang tinggi untuk menghadirkan diri ke sekolah.
5.5 Menunjukkan bahawa sekolah adalah tempat yang sangat seronok untuk mengikuti pdp.

6.0 Sasaran : Semua Murid SJKT Ldg Cairo,Mantin


7.0 Butiran aktiviti
:
 Guru Besar En.Mohan bersama Pengerusi dan AJK Lembaga Pengurusan Sekolah
(LPS) bersama Guru-Guru mengalukan kedatangan semua murid ibu bapa dan penjaga
ke sekolah dengan hiburan bersama Maskot Mickey dan Minnie
 Guru-guru memberikan gula-gula dan coklat bagi semua murid.
 Murid Tahun 1 dan Tadika dialukan dengan pemberian belon yang berwarna-warni.
 Kemudian, murid dibawake kelas masing-masing oleh Pengawas sekolah.
 Pada pukul 7.40 pagi murid-murid dibawa ke dewan sekolah untuk perhimpunan pagi.
 Semua murid membaca doa, menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan
Tamil Vaalthu seterusnya melafazkan ikrar Rukunegara.
 Selepas itu, Guru Besar memberikan ucapan beliau dengan mengucapakan ribuan terima
kasih dan syabas kepada semua murid kerana menghadirkan diri ke sekolah selepas cuti
sekolah yang panjang.
 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan murid Tadika, Tahun 1 dan murid baru sekolah
ini.
 Selepas ucapan Guru Besar, wakil Alumni sekolah kita iaitu, Cik Yamuna dan
En.Mohan memberikan cenderahati peralatan sekolah kepada semua murid .
 Maskot Mickey dan Minnie juga turut bersama menghiburkan murid-murid di tapak
perhimpunan.
 Semua murid sangat gembira dengan pemberian peralatan sekolah dan hiburan bersama
Mickey dan Minnie.
 Mickey dan minnie juga memberikan gula-gula kepada semua murid.
8.0 Laporan Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Satu Kuantiti Jumlah Harga

1. Belon untuk murid dan hiasan 140 RM38.80


KEPING

3. Coklat untuk semua murid RM53.80

Sarapan untuk AJK LPS dan 7 ORG RM21.00


Bekas murid.

JUMLAH RM113.60

9.0 Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah

1. Unit Guru Penyayang RM113.60

Jumlah RM113.60
10.0 Dokumentasi Bergambar
11.0 Penutup

Program Hari Pertama Persekolahan anjuran Unit Guru Penyayang pada tahun 2023 ini telah
berjalan dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak sekolah. Pihak sekolah berharap semua
ibu bapa dan penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar
di sekolah dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada masa yang ditetapkan tanpa
sebarang alasan. Keadaan ini akan membantu anak didik negara kita mendapat pendidikan awal
secara menyeluruh. Program ini yang dijalankan dalam masa yang singkat diharapkan dapat
memupuk sifat yakin dan berani dalam diri murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 1 dan
Tadika dalam pergaulan seharian.

“ MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

….……………………………….
( MALATHI SELVANADAM )
Penyelaras Tahun 1
SJKT Ladang Cairo,Mantin,NS

Disemak oleh,

….…………………………………………..
( SARASWATHY DEVI A/P PERIASAMY )
GPK Hal Ehwal Murid
SJKT Ladang Cairo,Mantin,NS

Disahkan oleh,

…………………………………………………………
( MOHAN A/L GOVINDASAMY ANS PMC PJK )
Guru Besar
SJKT Ladang Cairo,Mantin,NS

You might also like