You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI
GURU
SJK TAMIL LADANG
BEE YONG

ANJURAN
PANITIA MORAL SJKT LADANG BEE
YONG
TARIKH
SELASA
16 MEI 2023

1.0 PENGENALAN
Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi,
maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara
Malaysia yang berjaya. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak
dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun.
Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Panitia Moral SJK(T) Ladang Bee
Yong turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2023 adalah untuk meraikan dan
membalas jasa guru-guru SJK(T) Ladang Bee Yong di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di antara guru-guru dan murid-murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SJK(T) Ladang Bee Yong sempena sambutan Hari Guru pada 16
Mei 2023
3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik pelajar-
pelajar
3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan pelajar SJK(T)
Ldg Bee Yong.

4.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT


Tarikh :- 20 MEI 2023
Hari :- Jumaat
Masa :- 7.40 pagi
Tempat :- SJK TAMIL Ladang Bee Yong

5.0 ANJURAN
Gabungan Badan Disiplin dan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dibantu oleh
Kelab Guru SJKT Ldg Bee Yong.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Vasantah Nadasan

Pengerusi : Pn. Shantini Morgan

Penyelaras / SU : Pn.Gayathry Amirtharaj

Bendahari : En.Parasaman Silva Rajoo

Buku Program & Jemputan : En.Parasaraman Silva Rajoo

Pengacara Majlis : Pn.Shantini Morgan

Persiapan Tempat : Pn.Gomala Karuppanan

PA Sistem / Kawalan Murid : Pn.Gayathry Amirtharaj

Hadiah / Sijil : Cik.Subah Subramaniam

Juru Kamera : Pn.Kokilavani Manoharan

Gimik Perasmian / Video : Cik Vanitha Raman & Pn.Gomala Karuppanan

Makan & Minuman : Pn.Shantini

Banner : Pn.Subah Subramaniam


7.0 TENTATIF PROGRAM

07.30am : Warga SJK(T) Ldg Bee Yong Berkumpul di Tapak Perhimpunan


07.40am : Bacaan Thevaram
07.45am : Nyanyian Lagu
i. Lagu Negaraku
ii.Lagu Negeri Pahang Pn.A.Gayathry
iii.Lagu Tamil Valthu
iv.Kami Guru Malaysia
08.00am : Bacaan perutusan
Menteri Pelajaran Malaysia ( Guru Besar )
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( PK Pentadbiran ) Pn.Shantini Morgan
Pengarah Pelajaran Pahang ( PK HEM )

08.15am : Pelancaran Hari Guru Peringkat Sekolah ( Guru Besar ) Cik Vanitha Raman
08.30am : Bacaan Ikrar ( semua guru SJKT Ldg Bee Yong)
08.35am : Ucapan wakil pelajar
08.40am : Penyampaian Kad Ucapan dan Cenderamata
Cik.Subah Subramaniam
09.00am : Persembahan Murid
09.30am : Persembahan Guru
10.00am : Rehat / Jamuan
10.30am : Permainan
Pn.Gayathry Amirtharaj
11.30am : Permainan Bowling Klasik
12.00pm : Majlis Penyampaian Hadiah
1.00pm : Bersurai
8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Hadiah untuk guru RM 300.00

2 Bahan dan Alatan Untuk Acara Sukaneka RM 100.00

3 Jamuan Guru RM 200.00


JUMLAH BESAR RM 600.00

9.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2023 SJK(T) Ladang Bee Yong ini
dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga
SJK(T) Ladang Bee Yong. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang
erat dan kerjasama yang padu dari semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ………………………………………….
(GAYATHRY A/P M.AMIRTHARAJ) (SHANTINI A/P MORGAN)

Penyelaras / SU GPK Hem

Program Sambutan Hari Guru


Peringkat Sekolah 2023

Disahkan oleh,

……………………………………………
(PN.VASANTAH A/P NADASAN)
Guru Besar SJKTLBY

You might also like