You are on page 1of 10

1

LAPORAN MINGGU AMALAN


SEKOLAH PENYAYANG
PEMIMPIN SEKOLAH 2023
SMK DATUK HAJI AHMAD SAID

1.0 PENGENALAN:

Pada 20-21 Mac 2023, SMK Datu Haji Ahmad Said telah mengadakan
Program Amalan Sekolah Penyayang sempena minggu pertama pembukaan
sekolah. Majlis ini merupakan salah satu daripada program anjuran Unit Hal
Ehwal Murid (HEM) SMK Datuk Haji Ahmad Said yang julung kalinya
diadakan. Setiap tahun sekolah akan mengadakan Majlis ini adalah bertujuan
agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2.0 RASIONAL:

Membudayakan amalan penyayang merupakan alat profesional guru


dalam perhubungan dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3.0 OBJEKTIF:

3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

2
4.0 ATURCARA MAJLIS

07:35 pagi : Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan

07.45 pagi : Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku

Lagu Negeri Pulau Pinang

Lagu Sekolah

Ice Breaking

08.00 pagi : Pertunjukkan silap mata


09.00 pagi : Rehat
9.30 pagi : Permainan Tradisional
10.30 pagi : Pertunjukkan Bakat (My Talent)
11.00-1.30 pagi : Projek Stem/ Matematik

3
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM:

Program Amalan Sekolah Penyayang, diadakan pada 20 Mac 2023(Rabu).


Program ini dijalankan di tapak Perhimpunan, Balai Ilmu dan Arena Ihsasan.
Majlis pada hari tersebut diacarakan oleh Pn. Norrasyidah Binti Suib.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara
Mohammad Chairil Adzlan B Shuaib dari badan Pengawas sekolah dan
seterusnya dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri dan
lagu Sekolah.
Majlis dimulakan dengan Ice Breaking yang disampaikan oleh Pn.
Norrasyidah Binti Suib. Murid membuat bulatan yang besar dan diikuti oleh para guru. Murid
kemudian dikehendaki menyanyikan Lagu Sekolah secara beramai-ramai.
Majlis diteruskan lagi, dengan pertunjukkan silap mata yang dikendalikan
oleh jemputan, Yuyu The Clown. Jemputan mengajar murid membuat belon dan
membuat aksi silap mata.
Majlis diteruskan permainan tradisional. Lokasi permainan adalah di Arena
Ihsan, Balai Ilmu dan di Tapak Perhimpunan. Permainan termasuklah congkak,
teng teng, Batu seremban.
Program yang terakhir ialah Projek Stem dan Matematik yang dikendalikan
oleh Pn Nasibah Binti Daud.
Majlis bersurai pada jam 01:30 petang.

4
5.0 JAWATANKUASA MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN 2022:

5
6.0 KEKUATAN

6.1 Semua Ajk yang terlibat dengan majlis tersebut telah memberi
kerjasamayangbaik dan telah melaksanakan tugas yang diberi dengan jayanya.

6.2 Keadaan disiplin murid yang baik dan terkawal telah melancarkan perjalanan
majlis tersebut.

7.0 KELEMAHAN:

7.1 Sesetengan program hanya melibatkan segelintir murid seperti My Talent yang
hanya melibatkan murid perempuan.

8.0 CADANGAN

8.1 Setiap program perlu melibatkan semua murid.

8.2 Menambah bilangan Ajk perjalanan majlis lebih lancar.

8.3 Persediaan tempat duduk guru dan VIP perlu lebih teliti.

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Amalan Sekolah Penyayang Tahun 2023 ini telah
berjalan dengan lancar dan baik hasil usaha dan kerjasama yang diberikan oleh
semua Ajk yang dilantik dan semua guru. Semoga majlis seumpama ini dapat
dijalankan dengan lebih baik lagi untuk kecemerlangan dan kegemilangan SMK
Datuk Haji Ahmad Said.
Sekian, terima kasih.

6
Disediakan oleh:

………………………………........
(PN. KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID)

Disemak oleh,

..................................................
( Pn. Zarina Binti Zakaria)
PK Hal Ehwal Murid

7
LAPORAN BERGAMBAR

8
9
1
0

You might also like