You are on page 1of 9

1

LAPORAN PENYAMPAIAN
WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN SEKOLAH 2022
SMK DATUK HAJI AHMAD SAID

1.0 PENGENALAN:

Pada 15 Jun 2022, SMK Datu Haji Ahmad Said telah mengadakan Majlis
Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS),
Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pengawas Asrama dan Ketua
Tingkatan. Majlis ini merupakan salah satu daripada program anjuran Unit
Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Datuk Haji Ahmad Said yang julung kalinya
diadakan. Setiap tahun sekolah akan mengadakan Majlis ini adalah bertujuan
untuk mengiktiraf pelajar sebagai pemimpin sekolah dan dapat memikul
tanggungjawab secara rasmi.

2.0 RASIONAL:

Memberi pengiktirafan secara rasmi kepada pemimpin sekolah dengan


penyerahan watikah agar mereka lebih bersedia memikul tugas secara
rasmi.

3.0 OBJEKTIF:

3.1 Pemimpin sekolah akan berasa lebih berkeyakinan ketika


menjalankna tugas.

2
3.2 Dengan penyerahan watikah perlantikan pelantikan pemimpin, maka
secara rasminya mereka dilantik sebagai pemimpin oleh pihak
sekolah.

3.3 Membantu para guru dalam mendisiplinkan murid-murid yang lain.

4.0 ATURCARA MAJLIS

07:35 pagi : Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan

07.45 pagi : Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku

Lagu Negeri Pulau Pinang

Lagu Sekolah

07.50 pagi : Ikrar Pemimpin


07.55 pagi :Ucapan Pengetua
08.00 pagi : Ucapan dan Perasmian Majlis Pelantikan Pemimpin 2022 oleh
ASP Norfaizal Bin Mohd.
08:15 pagi : Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan
09:00 pagi : Majlis bersurai

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM:

Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah, diadakan pada 15 Jun 2022 (Rabu).


Program ini dijalankan bersama acara Perhimpunan Ko- Kurikulum.

3
Majlis pada hari tersebut diacarakan oleh Pn. Nurhashima binti Hamidun
bergandingan dengan Pn. Khairunniza Binti Abdul Hamid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Faris Bin
Roslan dari badan Pengawas sekolah dan seterusnya dengan nyanyian 3 buah
lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah serta bacaan ikrar. Majlis
diteruskan lagi, dengan ucapan oleh Pn Zarifah Binti Omar, Pengetua SMK Datuk
Haji Ahmad Said. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada guru-guru dan semua murid kerana telah berjaya mengadakan
majlis ini walaupun secara sederhana. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada
murid-murid telah dilantik sebagai pemimpin sekolah. Beliau memaklumkan
bahawa dengan perlantikan yang diberikan ini akan menjadikan semua pemimpin
lebih bersedia dalam menjalankan tugas rasmi.
Majlis diteruskan lagi, dengan ucapan oleh dari ASP Norfaizal Bin
Mohd,Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Seberang Perai Utara. Dalam
ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid telah
dilantik sebagai pemimpin sekolah. Beliau memaklumkan bahawa dengan
perlantikan yang diberikan ini akan menjadikan semua pemimpin lebih
bertanggungjawab dalam memimpin dan menyerlahkan bakat kepimpinan. Beliau
juga turut merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin tahun 2022.

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada semua


pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas skim pinjaman buku
teks, Pengawas Koperasi, Pengawas Asrama dan Ketua Tingkatan. Majlis
diakhiri dengan Penyampaian cenderahati kepada Tuan ASP Norfaizal Bin Mohd.

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan penghargaan, semua pengawas


mengadakan sesi penggambaran. Majlis bersurai pada jam 09:00 pagi.

5.0 JAWATANKUASA MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN 2022:

Pengerusi : Puan Zarifah binti Omar (Pengetua)


Timbalan : Puan Zarina binti Zakaria (PK HEM)
Pengerusi Encik Zulkarnain Hassan bin Sidek (PK Petang)
Naib Pengerusi : Encik Abdul Razak Bin Ahmad (Penolong Kanan)
Encik Mat Jasmin bin Mat Jiran (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Khairunniza binti Abdul Hamid ( Setiausaha Hal Ehwal


Murid)
Ahli : Kain Rentang Puan Khairunniza binti Abdul Hamid

4
Jawatankuasa (tempahan)
Encik Azhar bin Bakar

Kertas kerja Pn Norrasyidah binti Suib

Sambutan Barisan Pentadbir dan Guru Kanan


Jamuan Puan Nur Faizura binti Faisal Mohamed
Puan Azizah bint Ahmad
Disiplin Puan Nor Hanizan binti Abdul Halim
Encik Muhammad Yusri bin Yaakob

Puan Nor Fatimah binti Idris


Encik Mohd Yusfizal bin Mat Yusof

Sijil Watikah Puan Ros Zaisyaheda bt Muhamad Rosdi


Pelantikan Puan Nina Hirnani binti Zinal Abidin

Siaraya Tuan Haji Mohamad Azhar bin Ahmad


Teks Ucapan Puan Nurhashima binti Hamidun
Perasmian
Penyelaras: Pengawas :
Puan Khairunnniza binti Abdul Hamid
Encik Mohd Zamani bin Ghazali

ASRAMA : Roziah binti Mansor

SPBT :Puan Rafidah binti Abdul Rahim


PRS: Puan Norrasyidah binti Suib
Puan Nurhashima binti Hamidun
PSS:
Puan Ros Zaisyaheda bt Muhamad Rosdi
Puan Nina Hirnani binti Zinal Abidin

Koperasi: Puan Che Rodziah binti AB.


Wahab

Ketua Tingkatan: Penyelaras Tingkatan

5
6.0 KEKUATAN

6.1 Semua Ajk yang terlibat dengan majlis tersebut telah memberi
kerjasamayangbaik dan telah melaksanakan tugas yang diberi dengan jayanya.

6.2 Keadaan disiplin murid yang baik dan terkawal telah melancarkan perjalanan
majlis tersebut.

7.0 KELEMAHAN:

7.1 Susunan pengawas dalam bacaan ikrar terdapat lompang kerana terdapat
segelitir pengawas tidak hadir.
7.2 Persiapan tempat duduk guru dan VIP kurang persediaan.

8.0 CADANGAN

8.1 Mengadakan raptai (2 kali) agar pengawas yang dilantik dapat mengetahui
tempat mereka berbaris dan cara menerima watikah.

8.2 Menambah bilangan Ajk perjalanan majlis lebih lancar.

8.3 Persediaan tempat duduk guru dan VIP perlu lebih teliti.

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Tahun 2022


ini telah berjalan dengan lancar dan baik hasil usaha dan kerjasama yang
diberikan oleh semua Ajk yang dilantik dan semua guru. Semoga majlis seumpama
ini dapat dijalankan dengan lebih baik lagi untuk kecemerlangan dan kegemilangan
SMK Datuk Haji Ahmad Said. Sekian, terima kasih.

6
Disediakan oleh:

………………………………........
(PN. KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID)

Disemak oleh,

..................................................
( Pn. Zarina Binti Zakaria)
PK Hal Ehwal Murid

7
LAPORAN BERGAMBAR

8
9

You might also like