You are on page 1of 5

SKEMA OBJEKTIF

BAB 2 JAWAPAN HALAMAN


1 D 22
2 B 22
3 D 24
4 C 24
5 C 24
6 A 25
7 A 27
8 C 30-31 K
9 B 30
10 A 30-31
SKEMA STRUKTUR

BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA

SOALAN JAWAPAN
S1 a. Terangkan ciri sebuah negara berdaulat dari aspek pemerintahan.

F1 Menjaga kestabilan politik/ keamanan negara/ pertahankan negara/


kemakmuran ekonomi
F2 Pentadbiran dijalankan secara teratur
F3 Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
F4 Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara
F5 Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan

b. Senaraikan kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.

F1 Keberkesanan pentadbiran
F2 Kemakmuran ekonomi
F3 Kesejateraan sosial
F4 Kecemerlangan hubungan luar

c. Generasi muda pada hari ini perlu mempertahankan kedaulatan negara


kita.Ulaskan.

No PERKARA PERINCIAN

1. ISI Generasi muda pada hari ini perlu mempertahankan


kedaulatan negara kita dengan memelihara
keharmonian negara.

2. HURAIAN Hal ini kerana generasi muda adalah bakal pemimpin


negara.

3. HURAIAN Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk memelihara


LANJUTAN perpaduan kaum.

4. CONTOH Contohnya, berkawan tanpa mengira bangsa dan


agama.

5. INFERENS Kesimpulannya, generasi muda yang memelihara


keharmonian negara dapat mempertahankan kedaulatan
negara.
SOALAN JAWAPAN
E1 a. Terangkan ciri-ciri negara berdaulat daripada aspek pemerintah dan rakyat.

Pemerintah
F1 Menjaga kestabilan politik/ keamanan negara/ pertahankan negara/
kemakmuran ekonomi
F2 Pentadbiran dijalankan secara teratur
F3 Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
F4 Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara
F5 Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan

Perundangan
F6 Asas peraturan negara
F7 Memelihara kesejahteraan
F8 Asas kepada sistem perundangan
F9 Berpandukan Perlembagaan Persekutuan

b. Nyatakan peranan yang dilakukan oleh pemerintah dan rakyat bagi mewujudkan
kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

F1 Mewujudkan pentadbiran cekap


F2 Mengelakkan amalan rasuah
F3 Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua
kaum
F4 Melaksanakan undang- undang negara secara berkesan
F5 Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara
F6 Menyokong segala usaha kerajaan
F7 Memupuk kerjasama dengan semua kaum
F8 Mematuhi undang-undang negara

c. Sebagai rakyat Malaysia, apakah peranan kita dalam memastikan generasi akan
datang terus mempertahankan kedaulatan negara?
BIL PERKARA PERINCIAN

1. ISI Peranan kita dalam memastikan generasi akan datang


terus mempertahankan kedaulatan negara ialah dengan
menerapkan semangat patriotik.

2. HURAIAN Hal ini kerana generasi muda dapat mempertahankan


negara daripada musuh.

3. HURAIAN Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan anasir luar.


LANJUTAN

4. CONTOH Contohnya, generasi muda tidak terpengaruh dengan


budaya Barat.

5. INFERENS Kesimpulannya, semangat patriotik dapat memastikan


generasi muda mempertahankan kedaulatan negara.

BAB 2: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

SOALAN JAWAPAN
S1 a. Namakan dua undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu
Melaka.

F1 Hukum Kanun Melaka


F2 Undang-undang Laut Melaka

b. Nyatakan dua undang-undang yang mewarisi undang-undang Kesultanan Melayu


Melaka.

F1 Hukum Kanun Pahang


F2 Undang-undang Kedah
F3 Undang-undang Johor
F4 Undang-undang 99 Perak

c. Jelaskan tentang Chartes of Justice

F1 Undang-undang Inggeris yang pertama di negara


F2 Diambil daripada undang-undang yang digubal di England
F3 Diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (NNS)
F4 Charter of Justice I/ Charter of Justice II/ Charter of Justice III
F5 Bermatlamatkan untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan
dan ketidakadilan

d. Mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara?


No PERKARA PERINCIAN

1. ISI Kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara


adalah mewujudkan kestabilan politik

2. HURAIAN Pematuhan kepada undang-undang

3. HURAIAN Mengelakkan huru-hara dalam negara


LANJUTAN

4. CONTOH Contohnya, undang-undang berkaitan isu sensitif tidak


boleh dijadikan pencetus ketegangan dalam negara

5. INFERENS Kesimpulannya, undang-undang sesebuah negara


menjamin kedaulatan negara

You might also like