You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023


SK LADANG HARVARD, 08100 BEDONG, KEDAH.

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


i) YAB Perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan 2023 : Membangun
Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut,
peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program
gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.
ii) Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan memupuk perpaduan dalam
kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti,
agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan
kemenjadian murid.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif gotong-royong adalah seperti berikut :
i) Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah;
ii) Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui pelibatan agensi
awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO);
iii) Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat;
iv) Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru
dan anggota khidmat pengurusan); dan
v) Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, tanggungjawab,
bertolak ansur dan rajin.

3. TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


9 Ogos 2023 - Rabu

4. KUMPULAN SASARAN
Semua warga SKLH & PIBG
5. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Abdul Aziz bin Saad (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Shahirah binti Kholib (PK Hal Ehwal Murid)
: Pn. Rahimunrizah binti A.Rahman (PK Pentadbiran)
: Pn. Siti Norhaiza binti Omar (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Zainudin bin Zakaria (Penyelaras 3K)
Naib Setiausaha : Pn. Ummuhani binti Johar (Setiausaha HEM)
Bendahari : Pn. Fatimah binti Che Nan
AJK : Semua guru, kakitangan sekolah & PIBG

6. SKOP AKTIVITI
Program gotong-royong berfokuskan kepada aktiviti berikut;
i. Kebersihan dan keceriaan sekolah
ii. Pembaikan kecil di sekolah.

7. JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran 1

8. TENTATIF PROGRAM
Lampiran 2

9. SUMBER KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan keseluruhan ;

Bi Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


l
1 Makan & minum 200
2 Pembaikan kecil - tandas Tandas perempuan, murid 100
3 Cat
4
5
6
7
8

10. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Gotong Royong Madani SK Ladang
Harvard tahun 2023 dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ………………………………
Zainudin bin Zakaria Abdul Aziz bin Saad
Guru Penyelaras 3K Guru Besar
SK Ladang Harvard SK Ladang Harvard
Tarikh : Tarikh :
Lampiran 1
LOKASI & JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL AKTIVITI TEMPAT JK PELAKSANA


1. Mengecat
Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM

7.45 Pagi Murid-murid, AJK PIBG, Ibubapa dan semua guru berkumpul di
Dataran SKLH. (kehadiran)

8.00 Pagi Bacaan Doa Oleh Ustaz Mohd Najib bin

8.30 Pagi Gotong royong bermula

10.15 Pagi Rehat

12.45 Tghri Gotong royong selesai


Tahap 1 – bersurai

1.00 Ptg Tahap 2 – bersurai

You might also like