You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH

BLOK KLUSTER

KOLEJ DPAH ABDILLAH

2020

1.0 Pengenalan

Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa 3K, Kolej DPAH Abdillah. Kertas kerja ini sedapat
mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga
sekolah. Di masa yang sama menanam semanga cintakan sekolah disamping menceriakan lagi
kawasan sekolah. Oleh itu Jawatankuasa 3K memohon agar kerjasama dari semua pihak sekolah
untuk menjayakan projek ini untuk kebaikan bersama.

2.0 Nama Projek

Projek Keceriaan Sekolah Blok Kluster

3.0 Matlamat

Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar dan indah seterusnya
menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah.

4.0 Objektif

4.1 Meningkatkan peratus keceriaan sekolah

4.2 Memberi impak keceriaan dan keindahan kepada kawasan untuk menarik minat pelajar hadir ke

sekolah.

4.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.

4.4 Menunjukkan inisiatif kearah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan

5.0 Pelaksanaan

Tempoh : Mei hingga November 2020

Tempat : Blok Kluster

6.0 Aktiviti Cadangan Yang Akan Dijalankan

6.1 Mengecat semula Blok Kluster

6.2 Mural dan dinding bermaklumat di kawasan tangga


7.0 Anggaran Perbelanjaan

1. Cat 20L x 10 tong x RM350 =RM3500.00


2. Undercoat 20L x 10 tong x RM200 =RM2000.00
3. Cat mural =RM500.00
4. Peralatan mengecat =RM1000.00
5. Upah = RM5000.00
Jumlah =RM12000.00

8.0 AJK Pelaksanaan

Pengerusi : Abg Othman bin Abg Masagus (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Hasmah binti Abg Omar (Penolong Kanan HEM)

Penyelaras 3K : Ustazah Dayang Rubiah binti Awg Dahlan

Ahli-ahli Jawatankuasa : Fatimah binti Suhaili (Penolong Kanan Pentadbiran)

Jemre bin Sinkim (Penolong Kanan Kokurikulum)

Noraini binti Maairat (Guru Penyelaras Kebersihan)

Syazwani binti Karim (Guru Penyelaras Keceriaan dan Kawasan Permata)

Mostapha bin Rahmat (Guru Penyelaras Kesihatan)

Royson ak Tagas (Guru Penyelaras Keselamatan)

Png Pin Hin (Guru Penyelaras Zon Permata Topaz)

Mohd. Mahadzir bin Marzuki (Ketua Keceriaan Lanskap)

Semua Guru Kanan

Siti Zaharah binti Sahamat (Setiausaha & Dokumentasi)

9.0 Penutup

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan berjalan seperti yang telah
dirancang. Semoga projek ini dapat memberi keceriaan dan manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SYAZWANI BINTI KARIM) (ABG OTHMAN BIN ABG MASAGUS)

Guru Penyelaras Keceriaan dan Kawasan Permata Pengetua Kolej DPAH Abdillah

You might also like