You are on page 1of 3

CADANGAN KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN
HARI RAYA AIDILFITRI
PERINGKAT SEKOLAH
2017M/1438H

ANJURAN:

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TRIANG 3,

28300 TRIANG PAHANG


KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

PENGENALAN

Program ini adalah salah satu program tahunan menyambut Hari Kebesaran Islam bagi semua warga
Sekolah Kebangsaan (FELDA) Triang 3. Program ini dikendalikan oleh 'Panitia Pendidikan Islam' dan
dianjurkan bersama dengan Unit Bina Insan sekolah. Sarana PIBG juga dilibatkan dengan menjemput
ketua-ketua agensi tempatan dan AJK PIBG bagi memantapkan lagi objektif dan rasional program ini.

OBJEKTIF

i) Menghayati dan menghargai Hari Kebesaran Islam anugerah dari Ilahi.


ii) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru dan seluruh
warga sekolah.
iii) Mengeratkan hubungan silaturrahim pihak sekolah dengan masyarakat tempatan.

SASARAN PESERTA

Warga Sekolah Kebangsaan (FELDA) Triang 3.

AJK PIBG

KETUA AGENSI TEMPATAN

LOKASI

Kantin Sekolah dan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (Felda) Triang 3.

TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh : 14 Julai 2017

Hari : Jumaat

Masa : 9.45 pagi - 12.15 Tengah hari

TENTATIF PROGRAM

Atur cara majlis

9.45 pagi Murid berkumpul di dewan

9.50 pagi Bacaan doa

10.00 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

10.05 pagi Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (Felda) Triang 3

10.15 pagi Persembahan murid


10.45 pagi Jamuan

12.15 tgh hari Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Jamuan murid 256xRM6=RM1536

SUMBER PENDAPATAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Kewangan SUWA (Kantin) RM1200
2. Kewangan Kegiatan Agama Islam RM336
Jumlah RM 1536

PENUTUP

Dari program ini, diharap pelajar-pelajar akan menghayati Hari Kebesaran Islam dan menghargai
anugerah Ilahi iaitu Aidilfitri seterusnya memperolehi Kerhedhaan dan Hidayah dari Ilahi dalam
mengeratkan Sillaturahim semasa menyambut program ini. Semua pelajar akan saling bermaaf-
maafan sesama mereka dan semua guru serta warga sekolah. Seterusnya juga dapat mengeratkan
hubungan pihak sekolah dengan masyarakat tempatan melalui program Sarana PIBG dengan
penglibatan mereka bersama. Dan kami selaku penganjur Majlis Sambutan Aidilfitri pada tahun ini
mengharapkan agar usaha yang kami lakukan ini akan memberikan impak yang positif kepada
seluruh warga sekolah terutamanya kepada pelajar.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

. .
Puan Nurul Adilla Bt Che Kamanordin Encik Ahmad Zaini Bin Ismail
Penyelaras Sambutan Hari Raya Guru Besar
Sk (Felda) Triang 3 Sk (Felda) Triang 3
28300 Triang 28300 Triang

You might also like