You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM

35800 SLIM RIVER, PERAK

“KERTAS CADANGAN”

MAJLIS
PEMUAFAKATAN IBU BAPA
& AKU JANJI PELAJAR
PT3 & SPM SERTA HARI
INTERAKSI 2019

ANJURAN :
UNIT KURIKULUM
Dengan Kerjasama
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEK. MEN. KEB SLIM
KERTAS CADANGAN
MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN AKU JANJI SERTA HARI INTERAKSI
CALON PT3 & SPM 2019

1. PENGENALAN

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana yang telah termaktub di dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas mahu menghasilkan generasi bangsa Malaysia
yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi dari aspek emosi, rohani, intelek
dan jasmani (JERI). Justeru pihak sekolah menyahut cabaran dengan melaksanakan
Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Majlis Aku Janji sera Hari Interaksi untuk calon-
calon PT3 dan SPM tahun 2019.

Program ini memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa
untuk merancang pembelajaran anak-anak demi mencapai kecemerlangan akademik
mereka.

2. OBJEKTIF

a) Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kualiti dan kuantiti


b) Memberi peluang ibu bapa, guru dan murid berkongsi target yang ingin dicapai
oleh pelajar dalam peperiksaan PT3 dan SPM
c) Mewujudkan ruang interaksi secara dekat dan bersemuka bersama guru dan
ibu bapa serta murid dalam memantapkan lagi kecemerlangan pendidkan dan
akademik anak-anak.
d) Menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih akrab antara golongan pendidik
dan para ibu bapa.

3. ANJURAN

Program ini adalah anjuran Unit Kurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

a. Tarikh : 28 Jun 2019 (Jumaat)


c. Masa : 9.30 pagi
d. Tempat : Dewan E-Learning

5. TENTATIF

9.30 pg : Pendaftaran ibu bapa


9.45 pg : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
9.50 pg : Bacaan Doa
10.00 pg : Ucapan Pengetua dan Sesi Dialog PT3 dan SPM
10.45 pg : Aku Janji Pelajar
11.00 pg : Interaksi Ibu Bapa bersama guru kelas
12.00 pg : Bersurai
6. KUMPULAN SASARAN

120 orang calon PT3 dan 111 orang calon SPM 2019 serta ibu bapa pelajar

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Pendapatan
Bil Peruntukan Jumlah RM
1. Duit Kecemerlangan PT3 275.00
2. Duit Kecemerlangan SPM 255.00
Jumlah RM 530.00

Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah RM
1. Makan dan Minum ibu bapa dan pelajar 510.00
340 orang x RM1.50
2. Pamplet 20.00
Jumlah RM 530.00

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : En. Nor Azmi bin Murad


(Pengetua)

Pengerusi 1 : Tn. Hj. Aman Shah b. Idris


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Noor Auyon bt Khalid


(Penolong Kanan HEM)

Pengerusi 3 : En. Mohd Faisal bin Kamarulzaman


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Azizah bt Amirullah

AJK Khas : Pn. Kamariah binti Ibrahim


Pn. Rosmah binti Nasir
Pn. Sharizan binti Shafie
En. Mohamad Yusof bin Mohamad Noor
Guru Mata Pelajaran Ting 3 dan Ting 5
Juruacara : Pn. Norita bt Termizi
Siaraya : En. Anizat bin Tarlan
Persiapan Tempat : En. Abd. Lah Azizi b. Abu Bakar
Pn. Efniyulianti bt Syafri
Makanan : Pn. Noor Hasheela bt Zainal Abidin
Pengawas Sekolah/ PSS/Pembimbing Rakan Sebaya
Pendaftaran Ibu bapa/
nombor giliran interaksi : Pembimbing Rakan Sebaya
9. PENUTUP

Semoga dengan program yang diadakan ini membolehkan calon-calon PT3 dan SPM
2019 untuk lebih fokus serta mempunyai wawasan atau matlamat yang ingin dicapai
dalam peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Di samping itu juga, diharap ia memberi
suntikan semangat kepada pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh mencapai
kejayaan dalam bidang akademik.

Disediakan oleh:

..................................................
(Azizah bt Amirullah)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Disahkan oleh:

……………………………..
(Nor Azmi bin Murad)
Pengetua

You might also like