You are on page 1of 5

[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KABINET BAHAN PANITIA] 2020

KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN PEMASANGAN KABINET UNTUK PENYIMPANAN

BAHAN PANITIA MATA PELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU KENAS SESI 2020

1.0 PENDAHULUAN

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah
amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh murid dengan lebih baik. Guru
yang cekap menguruskan aktiviti PdP dalam bilik darjah akan melahirkan murid yang berketrampilan,
berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan guru menjadi kesan kepada
pencapaian pelajar. Bahan-bahan pembelajaran yang dimaksudkan seperti alatan pembelajaran
berbentuk bahan maujud seperti penimbang,radas,alat-alat pengukur,pertukangan,carta-carta dan
peralatan pelbagai guna yang lain yang dibekalkan untuk setiap panitia mata pelajaran.

2.0 LATAR BELAKANG

Bahan pembelajaran perlu disimpan di tempat yang bersesuaian dan selamat, sesuai dengan
kemudahan untuk mengambil dan menggunakan bahan secara maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Tempat yang terhad dengan prasarana yang amat minimum di
kawasan sekolah amat menyukarkan penyimpanan bahan-bahan panitia mata pelajaran ini.Bahan
yang tidak dapat dikumpulkan setempat amat menyukarkan guru-guru menggunakan bahan-bahan
tersebut untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

3.0 RASIONAL

Kos perbelanjaan untuk memasang kabinet memerlukan peruntukan yang amat besar. Tiada
peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan menyebabkan berlaku kesukaran untuk menyimpan
bahan-bahan pembelajaran mengikut panitia berkenaan.

4.0 MATLAMAT

Memberi peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas untuk menggunakan
bahan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam PdP tanpa batasan dan secara maksimum
seterusnya dapat meningkatkan lagi kefahaman murid memahami kemahiran yang telah dipelajari.

1
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KABINET BAHAN PANITIA] 2020

5.0 OBJEKTIF

 Dapat menyimpan bahan pembelajaran secara berpusat dan mudah diperoleh dan digunakan.
 Keselamatan bahan telah terjamin dengan adanya kunci bagi setiap ruang kabinet.
 Memaksimumkan penggunaan bahan dan peralatan panitia.
 Sebagai alat bantuan kepada murid-murid yang lemah bagi meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam bidang akademik.
 Mudah diselenggara dan sentiasa dikemaskini kerana akan diagihkan mengikut panitia.
 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk kegunaan guru

6.0 SASARAN

Pemasangan kabinet sepanjang 20” x 1.5” di belakang Kelas Tahun 4.

7.0 PERANCANGAN

 Menyediakan tempat iaitu di bahagian belakang Kelas Tahun 4 Dedikasi.


 Pemasangan kabinet dua tingkat dengan mempunyai 4 ruang di bahagian bawah dan 6 ruang
di bahagian atas.
 Penyimpanan bahan mengikut ruang panitia teras dan elektif.
 Pemasangan kabinet berkunci bagi setiap ruang.

8.0 JAWATANKUASA PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMASANGAN KABINET.

PENGERUSI : Pn Salina Binti Ahmad Ahilaldin (Guru Besar SK Ulu Kenas)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn Zamzanariah Binti Mohamed Ali (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1 : Pn Noor Rashidah Binti Sulaiman Najib (PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 2 : En Abdul Rahman Bin Jamali (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Pn Maslina Binti Misiran

BENDAHARI : Pn Norsilawati Binti Pilus

AHLI JAWATANKUASA : Pn Surana Binti Abu Zarin

En Rohiszad Bin Ishak

Pn Chin Nyet Kee

En Azizul Rahman Bin Ismail

2
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KABINET BAHAN PANITIA] 2020

9.0 GAMBARAN KABINET YANG HENDAK DIPASANG.

25 kaki

32 inci

Gambaran Sebelum

Gambaran Selepas

3
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KABINET BAHAN PANITIA] 2020

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI ALATAN KUANTITI JUMLAH


L

1 Pemasangan Kabinet 1 buah RM3000.00

(Rujuk Sebut Harga)

Jumlah Keseluruhan RM 3000.00

11.0 PENUTUP

Diharap permohonan peruntukan perbelanjaan pemasangan kabinet untuk penyimpanan bahan


pengajaran dan pembelajaran ini diambil maklum dan diluluskan demi kecemerlangan anak-anak
didik di Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas.

Disediakan oleh:

.......................................................

( MASLINA BINTI MISIRAN)


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Ulu Kenas

Disahkan oleh:

..........................................................
(SALINA BINTI AHMAD AHILALDIN)
Guru Besar,
SK Ulu Kenas.

4
[KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KABINET BAHAN PANITIA] 2020

You might also like