You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI

06200 KEPALA BATAS, KEDAH DARUL AMAN




KERTAS CADANGAN



MEMURNIKAN SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI











ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA
GURU INTERNSHIP IPG KAMPUS DARULAMAN 2013
KERTAS CADANGAN MEMURNIKAN SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa) SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI

1.0 PENGENALAN

Projek Memurnikan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah satu aktiviti komuniti
yang mempunyai hubung jalin di antara guru Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi (SKBT) dan guru
Internship daripada IPG Kampus Darulaman yang sedang menjalani latihan keguruan di sini. Projek
ini bertujuan bagi memantapkan hubungan sesama guru SKBT dengan guru Internship dan
secara tidak langsung memberi peluang kepada guru Internship menunjukkan kepakaran mereka
di dalam mencipta inovasi baharu di sekolah supaya ia dapat dikongsi bersama dengan murid-
murid setelah mereka menamatkan latihan kelak.

Kertas cadangan ini menggariskan pengisian program yang akan dilaksanakan bagi menjayakan
projek yang mampu mendatangkan banyak manfaat kepada warga SKBT. Penglibatan semua
warga sekolah bagi menjayakan perlaksanaan projek ini juga diambil kira supaya ianya dapat
dilaksanakan dengan terancang dan berjalan lancar. Pada masa yang sama semangat kecintaan
terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping
dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah seiring dengan kehendak pendidikan masa kini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang telah dipersetujui oleh pihak pentadbir
2.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam
melaksanakan tugas masing-masing
2.3 Menjadikan sudut PPDa dan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik
dan indah
2.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah
2.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan


3.0 TEMPAT
Sudut PPDa Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Kepala Batas.

4.0 AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A

5.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN
Rujuk Lampiran B

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C

7.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari Unit Bimbingan & Kaunseling SKBT


8.0 PENUTUP

Menjadi harapan saya agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang
telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak
terutamanya kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

9.0 LAMPIRAN KELULUSAN






Disediakan oleh :


.

Pn. Salawati Bt Hamzah
Guru B&K
Sek. Keb. Bukit Tinggi





LAMPIRAN A


AHLI JAWATANKUASA
PROJEK PEMURNIAN SUDUT PPDa SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI

Penaung : Pn Dyg Fauziah Bt Abg Abdullah
Pengerusi 1 : En. Mat Tahir Bin Mat
Pengerusi 2 : En.Ku Mat Yazid bin Ku Osman
:
Penyelaras Projek : Pn. Salawati Bt Hamzah
Setiausaha : En. Rushdi Bin Jusoh
Bendahari : Noor Azliana Binti Mat Isa

Ahli Jawatankuasa :

Pengumpulan Bahan : Mohd. Irwan Bin Rospi
Muhammad Nazrin Bin Sulaiman

Peralatan : Mohd. Nabil Bin Mohd Yussoff

Dokumentasi : Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin

Kebersihan & Keselamatan : Shaibatul Hamdi Bin Ismail

Keceriaan : Muhammad Aizuddin Bin Ab. Halim

Pengangkutan : Wan Hanisah Bt Meor Abd Aziz
Suhaimi

LAMPIRAN B


AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN

1. Projek tanda nama sudut PPDa.
2. Menghias sudut-sudut PPDa dan kawasan sekitarnya.
3. Mural di sudut PPDa.
4. Mengindahkan laluan PPDa menuju ke kantin sekolah.
5. Memperkasakan program keceriaan sekolah.


Aktiviti

Cadangan Pelaksanaan

1.Projek tanda nama sudut PPDa Membina tanda nama sudut PPDa SKBT
di pintu masuk berdekatan tangga menuju
ke pejabat.

2. Menghias sudut PPDa Mencantikkan dan menghias sudut PPDa
dan meletakkan replika dan gambar-
gambar berkaitan bagi menghidupkan
suasana yang kondusif.

3. Mural PPDa Membuat mural berkaitan dengan PPDa di
kawasan yang dicadangkan.

4. Mengindahkan laluan PPDa menuju ke
kantin sekolah
Mengindahkan dan penambahbaikan info-
info ilmu sebagai pengetahuan murid-
murid sepanjang laluan ke kantin sekolah.

5.Memperkasakan program keceriaan
sekolah
Memperkasakan program keceriaan
sekolah yang sedia ada di sekolah.











LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah
(RM)
1 Projek tanda nama sudut PPDa.
a) Streamer (1.5 x 2.0)

1 x RM 10.00

RM 10.00
2 Menghias sudut-sudut PPDa dan kawasan
sekitarnya.
a) Double tape (tebal)



2 set x RM 5.00



RM 10.00
3 Mural di sudut PPDa.
a) Cat Mural (Merah, Hijau,Biru)
b) Alatan dan bahan
- Berus
- palet
- tinner


3 tin x RM 15.00

2 set x RM 10.00
2 set x RM 10.00
1 tin x RM 15.00

RM 45.00

RM 20.00
RM 20.00
Rm 15.00
4 Mengindahkan laluan PPDa menuju ke
kantin sekolah.
a) Kertas warna A4
b) Plastik laminate
c) Tali pengikat



1 rim x RM 15.00
50 keping x RM 0.50
1 ikat x RM 10.00



RM 15.00
RM 25.00
RM 10.00
5 Memperkasakan program keceriaan
sekolah. (Replika)
a) Kertas Mahjung
b) Musking tape
c) Double tape
d) Gam



1 gulung besar x RM 15.00
2 set x RM 5.00
2 set x RM 5.00
1 botol x RM 10.00



RM 15.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 215.00









LAMPIRAN KELULUSAN
BAHAGIAN A : MENTOR

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

ULASAN:
........................................................................................................
Tarikh : ............................................
Tandatangan & Cop


BAHAGIAN B : GURU BESAR

ULASAN:
................................................................................................................
................................................................................................................

DILULUSKAN
Tarikh :
Tandatangan & Cop

You might also like