You are on page 1of 16

HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN


730809015042

1.0 Pengenalan
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan kompentesi guru. Program Pembestarian sekolah juga memberi maksud
mengaplikasikan konsep sekolah bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah
ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru
kemahiran wang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).

1.1 Sekolah Bestari


Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi
amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan
kanak-kanak zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh
belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman
maklumat. Dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan
institusi pembelajaran yang direka secara sistematik daripada segi amalan
Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk
membntu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua
perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta
kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 1


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
Maksud amalan P&P dibuka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen
Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P&P serta
gaya pembelajaran dan ICT dalam P&P. Integrasi ke semua elemen ini adalah
.bertujuan untuk menjadikan P&P lebih menarik, mencabar, berkesan dan
seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu
seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 Konsep Sekolah Bestari
Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(2001-2010), setiap tenaga
kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai
kualiti berikut:
 Berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang
tinggi.
 Berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta
menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan.
 Mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian
kemahiran dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif.
1.3 Objektif Sekolah Bestari.
 Membangunkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.
 Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.
 Mendemokrasikan pendidikan.
 Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
 Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan.
1.4 Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
 Mempunyai falsafah bahawa semua pelajar boleh belajar.
 Mempunyai kurikulum dan mengambil kira keupayaan dan keperluan semua
pelajar.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 2


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
 Mempunyai persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran.
 Mempunyai sistem pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran
dan pembelajaran.
 Pengetua dan guru yang profesional
 Penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa dan komuniti.

Pembestarian sekolah adalah proses yang dijalankan untuk mewujudkan sesebuah


sekolah yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Ciri-ciri ini melibatkan proses
pembestarian yang Cuma dapat dijayakan dengan kerjasama semua pihak yang
berkepentingan iaitu guru, pengetua, dan guru besar, staf sokongan, pelajar, ibu
bapa dan komuniti. Di antara langkah-langkah proses pembestarian adalah:

a) Mewujudkan visi dan misi sekolah.


b) Menilai semula situasi sekolah.
c) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah.
d) Mewujudkan pelan pembestarian sekolah: dan
e) Menilai semula kemajuan pembestarian dan mengambil tindakan yang
bersesuaian.

Pencapaian pelaksanaan pembestarian boleh diukur dengan melihat ciri-ciri


pelajar yang dihasilkan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
dan pentadbiran sekolah, kemahiran guru, dan penglibatan komuniti.

Hasil pelaksanaan pembestarian sekolah boleh diukur melalui elemen-elemen


utama seperti berikut:

 Pelajar yang aktif


 Guru sebagai pemudah cara dalam pembelajaran
 Pentadbir sebagai pengurus berkesan
 Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 3


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
 Penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
Pelbagai strategi pembelajaran digunakan untuk memastikan penguasaan
(masteri) kemahiran asas dan perkembangan murid secara menyeluruh. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
a) Direktif/ arahan
b) Pemerhatian
c) Mediatif
d) Generatif
e) Koperatif/Kolaboratif
f) Konteks Luar
g) Metakognitif
h) Kontekstual
i) Kajian Masa Depan

2.0 Strategi Pembelajaran Bestari Yang Menjadi Amalan Guru-Guru Bahasa Melayu
SK Ulu Kenas,33800 Manong, Perak.

Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas merupakan sekolah yang terletak di daerah Kuala
Kangsar dan sekolah yang berstatus luar bandar. SK Ulu Kenas ini mempunyai 10 orang
guru Bahasa Melayu dan terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman. Strategi
pembelajaran bestari yang menjadi amalan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini ialah
Strategi Direktif dan Strategi Koperatif.

2.1 Strategi Direktif


Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan
tentang konsep/ kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 4


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
yang dibuat dengan bimbingan guru. Di antara contoh strategi-strategi pengajaran
yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih tubi.
Strategi direktif berperanan untuk membantu murid memperoleh maklumat,
pengetahuan serta kemahiran. Murid diarah untuk mematuhi langkah-langkah
tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Melalui
strategi ini murid menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan
tentang sesuatu kemahiran atau konsep daripada guru melalui tunjuk cara,
bimbingan serta latihan diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh murid adalah replika kepada apa yang
disampaikan oleh guru.

2.1.1 Prinsip Asas Strategi Direktif

Strategi direktif berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional,


iaitu guru berperanan sebagai penyampai maklumat. Prinsip asas strategi direktif
ialah:

 Penstrukturan informasi
 Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai
 Penyediaan perancangan
 Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan
 Membuat peneguhan

2.1.2 Model Robert Slavin

Model yang sering digunakan untuk pengajaran secara direktif ialah Model
Robert Slavin. Langkah-langkah dalam pembelajaran direktif Model Robert
Slavin adalah seperti yang berikut:

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 5


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
 Menetapkan objektif pembelajaran. Pastikan pelajar diberi penerangan tentang
bahan baru yang akan dipelajarinya. Kaitkan dengan pelajaran yang telah
dipelajari
 Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada. Pastikan setiap pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk bahan baru yang
akan diajar
 Menyampaikan bahan baru. Sampaikan bahan baru secara teratur dan jelas
menggunakan contoh-contoh dan demonstrasi yang sesuai
 Meneliti tahap pembelajaran. : Ajukan soalan yang sesuai dengan tahap
pembelajaran
 Memberi latihan kendiri. Pastikan pelajar diberi bimbingan dan tunjuk ajar
sebelum diberi latihan kendiri
 Menilai prestasi dan memberi maklum balas. Pastikan pelajar diberi penilaian
dan maklum balas yang sesuai. Jika perlu, ulang kaji semula apa yang telah
diajar
 Pastikan latihan tambahan yang diberikan memerlukan pelajar menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza.

2.2 Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu
pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi kandungan
mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran
koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan
mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran)
secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik
darjah.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 6


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran
dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi
kandungan seperti yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili
oleh hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50


contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan
isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut
2.2.1 Ciri-ciri Utama Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.
Slavin(1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila
ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab
individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
Johnson& Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran
kpreratif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli,
interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.
Ganjaran kumpulan
Pelajara akan diberi ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu
kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan.
Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.
Tanggungjawab Individu
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli dalam kumpulan
bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 7


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
memdorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli
bertanggungjawab menguasai pelajaran.
Peluang Yang Sama Untuk Berjaya
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan
prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan
pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-
masing.
Matlamat Kumpulan
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan
tidak dapat mencapai matlamat tersebut.
Peranan Ahli
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah
kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu
bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.
Interaktif
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-
baiknya secara bersemuka. Proses melakukan kerja secara bersama
melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan
antara satu sama lain.
Kemahiran Berkumpulan
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk
bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi
membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya
kemahiran menguruskan konflik yang timbul di dalam kumpulan.
Penilaian Kumpulan
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis
setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 8


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkahlaku yang perlu diperbaiki
atau dihentikan.
2.2.2 Konsep Utama Pembelajaran Koperatif

2.2.3 Prinsip Utama Pembelajaran Koperatif


2.2.4 Model Johnson&Johnson Menggunakan 4 Prinsip Pembelajaran
Koperatif.

3.0 Pemerhatian Pengajaran dan Pembelajaran Guru Bahasa Melayu SK Ulu Kenas
Pemerhatian telah dilakukan terhadap dua orang guru Bahasa Melayu iaitu Encik Shahrul
Nizam b Zainal Abidin yang telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk
murid-murid Tahun 6 Perdana. Topik yang diajar pada hari itu ialah Penulisan dan tajuk
Keperihalan. Pengajaran dilaksanakan selama 60 minit dan strategi yang dilaksanakan
menggunakan strategi direktif. Pemerhatian yang kedua dijalankan terhadap guru bahasa
Melayu Tahun 3 Wira iaitu Pn Surana bt Abu Zarin. Tema yang diajar pada hari itu ialah
Keperluan Asas dan bertajuk Air dan Udara. Strategi yang dilaksanakan oleh Pn Surana
adalah strategi koperatif. Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan saya dapat
berbincang sedikit bersama guru tersebut mengenai strategi pembelajaran bestari yang
digunakan oleh mereka. Guru tersebut memilih strategi tersebut kerana bersesuaian
dengan tahap murid Tahun 6 Perdana dan juga amat bersesuaian dengan topik penulisan
yang hendak diajar. Begitu juga dengan strategi Koperatif iaitu amat bersesuaian dengan
pembelajaran murid-murid Tahun 3 Wira. Berikut adalah Rancangan Pelajaran Harian
yang telah disediakan oleh En Shahrul Nizam b Zainal Abidin.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 9


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042

3.1 Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Perdana


3.2 Refleksi berdasarkan strategi yang digunakan oleh guru semasa P&P
dilaksanakan.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, secara keseluruhannya pembelajaran
berjaya mencapai objektifnya dan strategi direktif yang digunakan bersesuaian
dengan tahap murid. Namun, terdapat kekuatan dan kelemahan yang diperhatikan
sepanjang pembelajaran berlangsung.
Set induksi yang dijalankan dapat merangsang minat murid untuk memulakan
pembelajaran dengan lebih bersemangat kerana guru memaparkan gambar-
gambar yang menarik dan amat bersesuaian dengan tahap murid.
Langkah pertama di mana guru mempamerkan soalan-soalan menggunakan slaid
Power Point. Soalan-soalan yang dikemukakan pada Slaid power Point amat
merangsang minda murid untuk berfikir. Murid diminta membuat sumbangsaran
tentang perkara yang dilakukan sebelum memulakan percutian, guru dapat
menjurus pelajar untuk membincangkan pilihan mengikut konteks tertentu.
Soalan-soalan ini dapat mengaitkan dengan prinsip direktif iaitu mengimbas
kembali pengetahuan sedia ada murid. Cara ini juga dapat mencetuskan idea yang
mungkin tidak wujud sekiranya dibuat secara perseorangan. Namun begitu
terdapat juga kelemahan yang dilakukan oleh guru pada langkah pertama ini.
Guru kurang menggalakkan murid, sepatutnya guru patut menggalakkan murid
mengeluarkan pelbagai idea dan jika murid menghadapi masalah, guru patut
membantu pelajar dengan menanyakan soalan-soalan yang dapat membantu
murid mencetuskan idea baru.
Seterusnya untuk langkah ke tiga di mana guru dapat membimbing murid dengan
baik semasa membetulkan ayat-ayat yang dibina oleh murid serta memberi tips-
tips hasil dari karangan yang ditulis oleh murid. Namun begitu terdapat
kelemahan yang saya rasa boleh diperbaiki di mana semasa aktiviti dilaksanakan

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 10


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
murid kurang memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa guru
membaca hasil kerja murid. Kelemahan ini mungkin dapat diatasi dengan guru
menggunakan pengurusan grafik untuk menjelaskan isi-isi karangan agar lebih
menarik perhatian murid. Pengurusan grafik akan dapat menggalakkan pelajar
berfikir dengan lebih luas.

Guru telah memilih beberapa karangan yang baik dan dibacakan kepada semua
murid untuk sesi penutup. Guru sepatutnya menilai prestasi dan memberi maklum
balas dengan lebih jelas dan terang agar dapat difahami oleh murid dengan lebih
berkesan. Pastikan pelajar diberi penilaian dan maklum balas yang sesuai. Jika
perlu, ulang kaji semula apa yang telah diajar. Nampaknya guru tidak memberi
latihan tambahan selepas sesi pembelajaran tamat.

3.3 Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 3 Wira.


3.4 Refleksi berdasarkan strategi yang digunakan oleh guru semasa P&P
dilaksanakan.
Pengajaran dan pembelajaran oleh Pn Surana bt Abu Zarin pada 11 Februari 2011
untuk tema Keperluan Asas dan bertajuk Air dan Udara amat menarik perhatian
saya. Pembelajaran amat menarik dan murid amat aktif semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Objektif dapat dicapai dengan jayanya dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan yang penuh ceria serta strategi
koperatif dapat dijalankan dengan sempurna. Namun begitu, mengikut refleksi
saya terdapat juga kekuatan dan sedikit kelemahan pada penggunaan strategi ini.
Set induksi dapat dijalankan dengan baik sekali. Slaid yang menarik memberi
rangsangan kepada murid. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
dengan bersemangat. Murid-murid kelihatan aktif untuk memulakan pembelajaran
dengan ceria.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 11


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
Aktiviti yang dijalankan pada langkah 1 terus merangsang minat murid untuk
meneruskan pembelajaran. Murid membaca petikan dengan baik dan dapat
menggunakan peralatan ICT dengan cekap. Ini kerana pendedahan kepada murid
telah selalu menggunakan kaedah ICT di dalam kelas. Murid juga dapat meneliti
bahagian kecil petikan dan keseluruhan iaitu keupayaan melihat dan memahami
perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahan-bahan kecil
dengan keseluruhan sesuatu objek dan perkara dengan lebih jelas. Seterusnya
murid dapat mengaitkan petikan yang dibaca dengan menjawab soalan
pemahaman yang diberi. Namun begitu, semasa aktiviti ini kelas agak tidak
terkawal dan rakaman yang dijalankan tidak berfokus kepada suara murid
berkenaan.
Prinsip pembelajaran koperatif digunakan pada aktiviti di langkah ke dua iaitu
menggunakan prinsip PIES iaitu (P)-Positive Interdepence (Saling bergantungan
secara positif). Pelajar dari pelbagai kecerdasan dan kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Seterusnya untuk langkah ke tiga dan ke empat strategi koperatif jelas digunakan
dan menggalakkan interaksi murid melakukan kerja bersama-sama melalui
perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu
sama lain. Matlamat kumpulan dapat dicapai. Kerjasama antara ahli kumpulan
yang bertanggungjawab dapat dapat menentukan kejayaan kumpulan mencapai
matlamat. Di antara kelemahan pada langkah ini ialah semasa aktiviti kumpulan
dijalankan , guru kurang menjelaskan kepada murid tentang kemahiran sosial
kepada pelajar. Contohnya mengingatkan pelajar tentang kemahiran kepimpinan,
membina kepercayaan, komunikasi berkesan dan pengurusan konflik dalam
kumpulan. Secara keseluruhannya pengurusan masa amat baik dan berkesan.
Strategi koperatif dan projek multimedia biasanya memerlukan masa yang
panjang namun dapat diuruskan dengan baik oleh guru berkenaan.

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 12


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
4.0 Penambahbaikan Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang
Dilaksanakan Oleh Guru Bahasa Melayu.
4.1 Strategi Direktif Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 Perdana.
Strategi direktif yang digunakan oleh guru ini dapat dijalankan dengan baik.
Beberapa penambahbaikan pada pengajaran dan pembelajaran menggunakan
strategi ini sepatutnya dapat dilaksanakan bagi memastikan pengajaran lebih
menarik. Semasa menyampaikan bahan baru, guru sepatutnya boleh
menggunakan grafik peta minta yang menarik untuk memaparkan isi-isi karangan
supaya lebih menarik minat murid menghadapi pembelajaran dengan lebih ceria.
Guru boleh melukis pengurusan grafik di papan tulis. Cara yang paling sesuai
adalah penggunaan pengurusan grafik yang menarik dengan corak dan reka
bentuk yang kreatif agar dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih luas.
Guru perlu menulis butiran-butiran pada pengurusan grafik agar pelajar dapat
melihat hasilnya.
Guru meneliti tahap pembelajaran murid dengan memilih karangan yang terbaik
dan dibaca pada semua murid. Adalah lebih baik jika contoh-contoh karangan
yang baik boleh dipaparkan melalui slaid atau sistem atas talian contohnya di
dalam program ‘eduweb tv’ dan guru menerangkan satu persatu bagaimana cara
menulis karangan yang baik supaya murid dapat dirangsang dengan bahan yang
lebih menarik. Selain itu dapat juga merangsang murid mengakses kendiri bahan-
bahan tersebut di luar waktu pembelajaran. Guru juga secara keseluruhannya
kurang dan tidak jelas dalam menilai prestasi murid dan memberi maklum balas.
Guru sepatutnya memberi latihan tambahan yang memerlukan murid
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalm situasi
berbeza apabila membuat latihan di luar waktu pembelajaran. Ini bersesuaian
dengan salah satu ciri pembelajaran direktif. Faktor yang menjamin kejayaan
adalah tugasan yang dilakukan pada masa antara

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 13


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
Pelajaran. Latihan-latihan perlu dianggap menarik oleh murid yang dapat
membantu murid memberikan sumbangan dalam pelajaran akan datang sebagai
cabaran.
Sekiranya penambahbaikan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti pembelajaran
yang menggunakan strategi direktif ini menjadi pembelajaran yang amat
menyeronokkan.

4.2 Strategi Koperatif Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Wira.
Strategi koperatif yang dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu Tahun 3 amat
merangsang pembelajaran murid. Murid menjalankan aktiviti dengan baik dan
menyeronokkan. Objektif pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Bebarapa penambahbaikan boleh ditambah agar pembelajaran menggunakan
strategi koperatif dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Penambahbaikan dapat dijalankan pada langkah 2 di mana guru membuat aktiviti
mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan
pencatat. Bagi saya pada langkah ini, struktur Round Robin boleh dilakukan.
Dalam struktur ini setiap murid di dalam kumpulan dikehendaki memberi idea
setiap kali sampai giliran di dalam kumpulan tersebut. Murid dapat dilatih
mengeluarkan idea-idea untuk mereka berfikir dan menjana idea. Murid juga
menjadi lebih berani dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Semua
murid berperanan aktif semasa aktiviti ini.
Pada pemelajaran pada langkah ke empat, struktur pembelajaran koperatif tidak
digunakan. Adalah lebih baik struktur pebelajaran koperatif jenis ‘Think-Pair-
Share’ sesuai dilakukan. Secara berpasangan, murid dapat membincangkan
tentang kata sinonim dan antonom bagi kosa kata yang ditunjukkan . Murid diberi
masa untuk memikirkan jawapan secara bersendirian untuk jangka masa yang
tertentu. Murid juga boleh membincangkan secara berpasangan untuk membuat

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 14


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042
ayat-ayat mudah daripada perkataan sinonim dan antonim yang telah
dibincangkan terlebih dahulu.
Ganjaran kumpulan boleh diberi oleh guru kepada kumpulan yang terbaik atau
setiap kumpulan yang mencapai sesuatu kriteria tertentu. Ganjaran boleh diberi
dalam bentuk point, bintang, barangan atau sebagainya bersesuaian dengan tahap
murid Tahun 3. Ganjaran ini akan menjadikan murid lebih bermotivasi untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan aktif dan menarik.
Guru sebagai fasilitator, adalah lebih baik jika dapat menggalakkan murid dengan
memberi penjelasan tentang peranan murid setiap kumpulan agar murid lebih
jelas dengan peranan mereka dalam kumpulan tersebut. Aspek sosialisasi juga
perlu dijelaskan . Murid perlu mengetahui apakah kriteria yang diharapkan dalam
kumpulan dan aspek sosial yang mesti mereka ikuti. Pelajar diberi galakan
bekerjasama tidak kira mereka dari kumpulan yang sama atau tidak. Mereka juga
memahami aspek-aspek perpaduan, kepimpinan, membina kepercayaan dan yang
paling penting pengurusan konflik semasa aktiviti kumpulan sedang dijalankan.
Pelajar juga akan dapat mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu
diperbaiki atau dihentikan.
Walau bagaimanapun, pembelajaran koperatif ini dapat dijalankan dengan baik
dan efektif dan jelas sekali murid dapat menjalankan pembelajaran pada hari itu
dengan ceria dan kreatif.

5.0 Kesimpulan

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 15


HBML 2203:Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu
MASLINA BINTI MISIRAN@BAKUN
730809015042

HBML2203: Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 16

You might also like