You are on page 1of 4

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan
Tan Sri Dato’ Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah PelajaranMalaysia waktu itu. Sekolah bestari ini mempunyai
objektif yang tersendiri iaitu  bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, membangunkan tenaga kerja untuk
Zaman Maklumat, menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi, membangunkan intelek, rohani, emosi dan
jasmani pelajar, mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu, meningkatkan penglibatan pihak
berkepentingan dan mendemokrasikan pendidikan.

Definisi Sekolah Bestari


Menurut Kamus Dewan, hlm. 1415 edisi keempat, sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima
dan memberi pelajaran, manakala perkataan bestari menerusi halaman 175 memberi maksud cerdas, pandai, berpendidikan,
berpegetahuan, berbudi pekerti yang baik, beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya.
Menerusi penggabungan dua frasa ini sekolah bestari boleh dikatakan sebagai penggunanan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di insitutusi pembelajaran, ia ini sekolah.

Konsep Sekolah Bestari


Secara mudahnya sekolah bestari Malaysia boleh dikatakan sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik, ia itu sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak
(pelajar) menghadapi Zaman Teknologi Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:

 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
 Polisi
 Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
 Teknologi
 Proses
Pembestarian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pembestarian dalam pengajaran dan pembalajaran membolehkan seorang guru memahami ciri-ciri pelajarnya dan
menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan berkesan.
Jesteru itu, guru sekolah bestari perlu memahami ciri-ciri pelajar menerusi gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn :
Model VAK), kecerdasan pelbagai pelajar dan kompentensi kecerdasan emosi pelajar. Bagi memastikan perkembangan
kemahiran generik pelajar beberapa pendekatan pembelajaran sesuai digunakan antaranya:

 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)


 Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning):
 Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)
 Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning)
 Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning)
 Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning)
 Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning)
 Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning)
 Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning)
 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
Manakala strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar ini
berterusan antaranya:

 Direktif (Directive)
 Pemerhatian (Observation)
 Mediatif (Mediative)
 Generatif (Generative)
 Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative)
 Konteks Luar (Outside-Context)
 Metakognitif (Metacognitive)
 Konteksual (Contextual)
 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pedagogi membawa maksud proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pengetahuan dari segi teori yang berkaitan dengan pendidikan dan kemahiran pedagogi (Glenn, 2003). Komponen
teorikal dan praktikal tentang pedagogi meliputi pengetahuan tentang teori pembelajaran dan reka bentuk, strategi pengukuran
dan penilaian, serta perancangan dan reka bentuk rancangan pengajaran. Kemahiran dari segi pemilihan persembahan
pengajaran boleh dimasukkan dalam pedagogi. Ciri-ciri pedagogi antaranya:

 Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar


 Participatif- menggalakkan penglibatan secara aktif
 Kolaboratif- maklumat dikongsi secara bersama
 Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai.
 Berasaskan guru, rangkaian dan perisian – pendekatan, strategi, teknik yang pelbagai.
 Budaya kaya ilmu
 Berfikiran Kritis dan kreatif
 Berpusatkan pelajar:Pembelajaran Masteri, Akses kendiri, Kadar kendiri, Terarah kendiri
 Konteks global
 Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen,bersifat individu,berfikrah, inkuiri,kontekstual dan
sebagainya.
Kesimpulan
Sekolah bestari adalah gagasan dari pihak kerajaan yang mahu rakyat khususnya pelajar untuk berlajar sepanjang hayat dan
berterusan dan melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, berfikiran kritis dan kreatif. Penggunaan ICT atau Teknologi
Maklumat menjadi pemangkin ke arah pembentukan pelajar yang berfikiran begini, Justeru itu bukan sahaja guru berperanan
sebagai pengantara bahkan para murid sendiri harus mempunyai minat untuk terus belajar bagi merealisasikan hasrat negara
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Hasrat pihak kerjaan ini direalasikan dengan penubuhan schoolnet yang
berperanan untuk Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-
sekolah di Malaysia, merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar, memoden dan
mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara dan mewujudkan suasana pendidikan interaktif. sebagai serampang
dua mata bukan sahaja menyediakan pelajar celik IT malahan pembagunan rohani, jasmani dan sahsiah.

Sekolah bestari dan pengaruh dalam sistem pembelajaran hari ini.

Sekolah bestari merupakan suatu program pembangunan pendidikan di bawah projek Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1996. Projek sekolah bestari ini diilhamkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada
waktu itu iaitu Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed. Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di
Malaysia selain daripada sekolah Kluster yang mempunyai konsep yang hampir sama. Konsep ini akan membawa
kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Dalam sistem sekolah Bestari ini terdapat
beberapa komponen utama iaitu pengajaran dan pembelajaran ( P& P), sistem pengurusan sekolah Bestari,
polisi atau sesuatu peraturan, sumber manusia yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran dan
sikap. Komponen yang seterusnya pula dan yang paling dalam merealisasikan program ini ialah teknologi yang
baru dan proses- proses yang tersusun dan bersistematik.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,
akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian
yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah
yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari
yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari
di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak
dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya
dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing
apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 
Berdasarkan petikan teks falsafah di atas membuktikan bahawa falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat
untuk melahirkan produk atau insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu
segala pendekatan dan strategi yang dijalankan oleh sistem sekolah Bestari ini bertepatan dengan falsafah
pendidikan kebangsaan. Sistem sekolah Bestari telah memberikan satu impak yang telah membawa kepada
satu zaman pendidikan yang lebih terbuka dan berdaya saing. Namun apa yang kita dapat pada hari ini, sistem
ini telah memberikan pelbagai kesan dan paradigma kepada sistem persekolahan. Kesan- kesan ini boleh kita
pecahkan kepada dua bahagian iaitu kesan baik dan sebaliknya. Namun apa yang menjadi persoalan ialah
bagaimana sistem ini dapat seiring dengan falsafaha pendidikan kebangsaan yang sudah kita maklum ingin
melahirkan insan yang cemerlang dari segala aspek yakni jasmani, emosi, rohani, dan intelek. 
Sudah umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut
pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata-
mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan
pemikiran mereka. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal
demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak
yang lain . 
Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang
lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sekolah
Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga
sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur
panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan
waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari
maklumat. Dengan ini proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik lagi kerana pelajar
sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat memudahkan tugas guru dalam
menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran ( P& P) akan berpusatkan kepada
pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator. 
Selain daripada menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru, kesan kebaikan lain dalam
proses P& P dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari
pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana apabila pelajar
sudah bersedia untuk memulakan pelajaran, motivasi guru semakin meningkat dan menjadikan P&P berjalan
dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk
memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum
memulakan pengajaran. Dengan ini guru mungkin hanya perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan
pelajar sekolah Bestari untuk berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses P& P akan menjadi
lebih tersusun dan menarik. 

Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah memfokuskan proses
P&P. Hal ini adalah kerana tugas atau kerja yang melebihi bebanan seseorang guru akan memberikan kesan
kepada had tugasan guru mereka. Sebagai contoh terdapat guru yang ditugaskan untuk menjadi kerani
sementara di sekolah harian biasa atau menjaga kelas ganti yang menyebabkan masa guru untuk mencari
bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam
kelas nanti. Oleh itu pengurusan yangt tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber
tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses P&P ini. Dengan ini pelajar juga
akan mudah menerima masuk input- input daripada guru dengan berkesan. ” Mod ” guru juga akan sentiasa
pada tahap terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjamin kredit tambahan
bagi menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik. 
Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid berupaya belajar mengikut
keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Setiap murid mempunyai kecedasan yang
berbeza seperti yang dibuktikan oleh howard gardner ialah terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu logik-
matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis, eksistensialis.
Hal ini memudahkan guru untuk mengenapasti keupayaan dan kebolehan setiap murid. Sebagai contoh
sekiranya murid tersebut cenderung ke arah sukan atau yang melibatkan fizikal murid tersebut mempunyai
kecerdasan kinestatik. Jadi hal ini tugas guru adalah untuk mencungkil bakat atau kemahiran yang sedia ada
bagi menggilap bakat tersebut mengikut kemampuan dan kebolehan selain minat yang terdapat dalam murid
tersebut. 
Sistem pendidikan yang berpandukan tekonologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju
dan lebih menggalakan penguasaan dan kegunaan tekonologi. Hal ini dapat memberi satu impak baru bagi
merevolusikan sistem pembelajaran yang sedia ada iaitu berpandukan papan tulis dan kapur atau buku tulis.
Sebagai contoh penggunaan LCD dan komputer riba dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan lebih sistematik. Dalam merungkaikan hal ini , berbalik kepada papan tulis, sekiranya
sistem menulis di papan tulis masih ada, ia akan mengambil masa untuk menulis, memadam dan masa untuk
pelajar menyalin nota atau bahan yang ditulis di papan hitam, namun sebaliknya jika penggunaan LCD dan
komputer riba, pelajar boleh menaip terus bahan yang disampaikan oleh guru dan sekaligus memudahkan guru
untuk menyediakan bahan tersebut tanpa risiko kehilangan atau keciciran maklumat. Tidak semua maklumat
yang ditulis di papan hitam dapat dismapaikan kepada pelajar. Selain itu penggunaan komputer riba juga
menarik perhatian pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem sekolah
bestari dapat mempengaruhi sistem pembelajaran sekolah dengan cemerlang dan fleksibel.
Selain itu jugat tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Hal ini dapat
meningkatkan motivasi pelajar kerana pelajar mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang. Hal ini seterusnya mengurangkan beban guru untuk merancang program
kecemerlangan kepada anak- anak mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini menjadi lebih
bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan lebih baik. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam
menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang
memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil
belajar.
Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan
murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Berbanding sekolah harian biasa, kaedah pengajaran guru
biasanya hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Perkara ini boleh menyempitkan kebebasan pelajar untuk
memberikan idea atau pendapat masing- masing. Sudah sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang menghuni
sekolah Bestari adalah sekompok pelajar yang mempunyai pandangan serta pengalaman yang mereka lalui
sebelum ini. Sebagai contoh mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau
alatan seperti komputer riba. Dalam menjelaskan hal ini kita sudah jangkakan bahawa semua pelajar tahu
menggunakan komputer. Jadi tidak perlulah guru mengajar mereka bagaimana untuk menghidupkan dan
mematikan komputer. Pelajar zaman sekarang adalah pelajar yang celik it dan sudah tau mencari maklumat
dan input dengan menggunakan internet. Malah lagi hebat dari guru.

You might also like