You are on page 1of 8

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21,

ialah Sekolah Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan


tranformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem
penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi
ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin
Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan
bijaksana mengimbangi keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan
cabaran semasa. Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang
berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan
menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring,
mengadun, mengacu setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak
bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya
menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidik mempunyai
tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:
1. Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan ilmu dengan


perkembangan semasa, seperti:
Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang
untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan
teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan
teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan
harian.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran tinggi dan minda
untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan
mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh
dan luar biasa.
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan
mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina
pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar
pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughful
learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan
semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four
Pillars of Learning iaitu:
Learning to know (Belajar untuk menguasai ilmu)
Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak


Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila
insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini
sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar
Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada
melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang
berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan
perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologis dan
progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2. Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran


yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai
murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup
dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan
kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan
pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk
membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan
kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan
membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini
beberapa perkara mesti diberi perhatian:
Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan
antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan
masyarakat.
Mendorong perkembangan individu dari segi pemikiran, budaya, sosial,
ekonomi, alam sekitar dan teknologi.
Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan
mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu.
Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.
Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan
warna negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan,
mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap
kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri
yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

2.1

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi
matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring
dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru
mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh
cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya
yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan
bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan
perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju
pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara
peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah
dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi
seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam
bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi
dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik.
Sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi
pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan
peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh
dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus
dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri
atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini,
guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan
masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej
latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk
menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea
daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan
guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai
pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai
e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta.
Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang
berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang
kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar
yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar
kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan
grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu
mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini
menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat
mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai
dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan

pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini


merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan
dalam bilik darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam
meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak
transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus
memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan
dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan
datang.

2.2

Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21


Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada
terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan
globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman,
2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.

2.2.1 Cabaran globalisasi


Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega
di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global
educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk
rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai
sifat antarabangsa(international character) yang perlu ada pada guru kerana
ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan
arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang
hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga
ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah
berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali
Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai
ilmu (mualim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (muaddib),pembentuk
ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang
demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya
serta nilai dan keperibadiannya.
2.2.2 Cabaran dalam masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin
masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar
gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada
masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994),
dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad

kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga


penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih
luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang
demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang
penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan
penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan,
kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber
pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyediaan tenaga manusia untuk
alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak (Wan Liz
Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan
Mohd. Zahid, 1994).

2.2.3 Cabaran dalam sistem pendidikan


Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa.
Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan
keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar
impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan
mata pelajaran vokasional (MPV).
2.2.4 Cabaran di sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa
cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang
berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi kearah
membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia
menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi
kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk
mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan
lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana
kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari
tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan
34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami
pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan
tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan bilangan pelajar akan
terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran
kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah
tidak mencukupi.

Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah


menengah yang menampung 57, 581 kelas yang bermakna setiap bilik darjah
adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Dengan kata lain masih wujud kelas terapung. Ini jelas tidak mencukupi dan
boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial
dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin
meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak
36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66%
diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga
kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah
0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah
kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah
pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan
membimbangkan.
Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap
sepenuhnya, sebagai contoh daripada 1645 buah sekolah menengah yang
ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer;
hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452
sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat
sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan
keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak
mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini. Ini memberi cabaran
kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir
dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
2.2.5 Cabaran dalam bilik darjah

2.3

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu
dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera
otak kirinya secara seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan
ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan
sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes);
perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan
secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan
dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) Increasingly, technology is poised to
revolutionize teaching, learning and assessment.
Senario Pendidikan Guru Masa Kini

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah dan ia tidaklah


berlaku sepanjang masa. Senario ini memang disedari dan ditangani oleh
pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA. Pelbagai cara telah dilakukan
termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada
lepasan universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan
pasti menarik minat para lepasan ijazah untuk menceburi dalam bidang
profesion perguruan. Walau bagaimanapun pemilihan bukan berdasarkan
tawaran, minat sahaja dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya ia
berdasarkan penapisan dari segi keputusan cemerlang dalam kursus yang
dipohon, kebijaksanaan menjawab persoalan dalam temuduga dan juga sifatsifat kepimpinan yang terserlah sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Kekurangan guru bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah
nampaknya sering diperkatakan namun semenjak program KPLI diadakan di
maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi sedikit demi sedikit. Antara maktab
perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam program KPLI
mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut
Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun
1999 di Kuala Lumpur. Pusat pembelajaran bahasa yang menggunakan
kurikulum antarabangsa terkini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti
dalam pengajaran bahasa Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Program berkembar dengan universiti-universiti luar
negara untuk pengajian TESL juga diadakan di institut atau pusat lain.
Untuk meningkatkan tahap guru yang lebih berkualiti dan cemerlang
dalam pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru pada masa kini telah
mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:
Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.
Melatih guru sekolah agama rakyat.
Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris.
Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.
Kursus Dalam Perkhidmatan
Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta (PLPS)
Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa diadakan untuk guru-guru yang
sudah berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan
ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Haji Razali
Ismail (Berita Harian, 25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali setahun
semua guru sekolah rendah dan menengah perlu menghadiri kursus jangka
pendek yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya
kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak boleh
dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk mengembangkan profesionalisme
semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa berhadapan dengan keperluan
yang terbaru.
Program PLPS amat berguna kerana kita tahu sebahagian besar
institut pendidikan swasta terdiri daripada guru-guru yang tidak mempunyai

sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui latihan yang diberikan boleh
membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak kerajaan
sebagai seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam
kaedah pengajaran.
Bagi guru-guru yang tidak mempunyai peluang yang baik untuk
menyumbangkan pelajaran, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama
Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan Pendidikan Jarak Jauh.
Bidang pengajian dibuat secara online dan ijazah yang dikeluarkan oleh
Universiti Terbuka Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan
kemudahan yang ada ini lebih ramai guru-guru sekolah rendah khasnya
berpeluang untuk menyumbangkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat
ijazah secara PJJ.
Pada masa kini untuk mencari calon guru-guru yang betul
berkemahiran dalam bidang fizik, Matematik memang susah kerana pelajar
yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat untuk menjadi guru.
Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Untuk mengatasi masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan Guru
telah memperkenalkan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Melalui program
ini pelajar yang cemerlang dalam Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik
ditempatkan di beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam
bidang pendidikan ke luar negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima
tahun lagi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat melahirkan guruguru yang betul-betul pakar dalam bidang-bidang tersebut.

You might also like