You are on page 1of 1

Analisis soal selidik

Seramai 34 respondens telah menjalani soal selidik. Berdasarkan dapatan tersebut, seramai 26
respondens(76%) pernah terlibat atau menyertai aktiviti kitar semula. Antaranya seramai 20
respondens ( 59%) berminat mengamalkan aktiviti kitar semula. Keputusan ini amatlah
membanggakan kerana aktiviti ini kitar semula telah melahirkan minat pelajar tentang aktiviti kitar
semula. Sebelum aktiviti kitar semula diadakan , hanya terdapat 13 respondens (38%) pernah
terlibat atau menyertai aktiviti kitar semula.
Selain itu, terdapat seramai 26 respondens (76%) mengetahui bahan-bahan persekitaran dan 19
respondens (56%) pernah menggunakan produk bahan-bahan persekitaran. Selepas aktiviti kitar
semula diperkenalkan, seramai 24 respondens (71%)berjaya menghasilkan produk daripada bahanbahan persekitaran. Dapatan ini adalah lebih tinggi daripada sebelumnya, iaitu hanya terdapat 18
respondens (53%) sahaja menghasilkan produk daripada bahan-bahan persekitaran.
Aktiviti menghasilkan produk daripada bahan-bahan persekitaran telah meningkat minat pelajar. Ini
dapat dibuktikan bahawa seramai 28 respondens (82%) berminat menghasilkan produk bahan
persekitaran.Selain itu, terdapat seramai 27 respondens (79%) mengetahui faedah reka bentuk
daripada bahan-bahan persekitaran berbanding dengan sebelumnya,hanya terdapat 12 respondens
(35%) sahaja.
Terdapat 27 respondens (79%) mengetahui plastik boleh digunakan untuk reka bentuk, manakala 29
respondens (85%) mengetahui kain boleh digunakan untuk reka bentuk, ini adalah sama dengan
seramai 29 respondens (85%) mengetahui kertas boleh digunakan untuk reka bentuk.
Kesimpulannya, aktiviti menghasilkan produk daripada bahan-bahan persekitaran amatlah dihargai.

You might also like