You are on page 1of 8

,

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

JALAN BANGKUNG, 59100 BANGSAR

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM 3K
( KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN )

TARIKH:

Januari – Disember 2022

ANJURAN :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK BUKIT BANDARAYA

DENGAN KERJASAMA

UNIT 3K HEM

DISEDIAKAN OLEH :

SUHAILA BINTI HJ OMAR


KERTAS KERJA

PELANCARAN PROGRAM 3K

1.0 LATAR BELAKANG/ PENGENALAN


1.1 Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan,kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya,
mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga
program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Inisiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Inisiatif 3K meliputi
Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program
Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk
mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya
iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu
didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
1.2 Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) memberi peluang kepada semua sekolah merasai hakikat bahawa keceriaan itu
sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran,
program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang
menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program
tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di
pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih
penting ia juga mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang
akademik.
1.3 Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama
pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta
masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Sehubungan itu, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian
daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan


amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
 Komitmen komuniti yang padu

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan
program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
2.2 Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan
dan keselamatan.
2.3 Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
2.4 Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan
kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan Program 3K.
2.5 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik dan
2.6 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.

3.0 TARIKH
3.1 Sepanjang Tahun 2022
4.0 TEMPAT SASARAN
4.1 KECERIAAN DAN a. Menukar Sistem Pam
KEBERSIHAN TANDAS b. Membaiki Sistem Saliran Air
c. Memperbaiki tandas tersumbat
d. Mengeluarkan sisa kotoran di dalam Sistem
Saliran
4.2 KESELAMATAN a. Menaikkan semula rantai pada palang –
palang yang telah di sediakan.
b. Memasang palang di kawasan membeli
makanan dan minuman di kantin sekolah

5.0 PESERTA/SASARAN
5.1 Semua guru serta murid

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Rosmawati Binti Md Ali


Pengerusi YM Engku Zulkifli bin Engku Ibrahim
Timbalan Pengerusi : Pn. Suhaila binti Omar
Naib Pengerusi : En. Gunalan a.l Ganesan
Naib Pengerusi Bersama : En. Azmi bin Salleh
: En. Mohd Asrul Bin Abdullah
Penyelaras Program : En. Shahrul Nizam bin Ariffin
Setiausaha : Pn. Anitha a.p. Rajan
Bendahari : Pn. Nailiwahida binti Masiron
AJK : Semua Guru Kelas

AJK Unit Keselamatan

AJK PIBG ( Ibu Bapa )


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Catatan


Tandas Blok B
1 Tingkat Bawah ( Lelaki dan Perempuan )
Cistern High Level to Change anda Fix 6 RM 60.00
Flush and Pipe
1 Unit 10 feet long 4 inches PVC Pipe ( to RM 900.00 RM 960.00
cut, clear inside pipe rubbiush and fix )
2 Tingkat 1 ( perempuan )
Chistern Low Level Flush and Pipe 1 RM 140.00 RM 140.00 CS LIM
Pump PLUMBING
Basin Pipe ( broken / change and fix socket 4 RM 90.00 RM 360.00 RM 1 760.00 WORKS
pipe and waste pipe )
Blok F
1 Tingkat Bawah ( Lelaki dan Perempuan )
Toilet Blockage to Clean Rubbish 3 RM 180.00 RM 540.00
2 Tingkat 1
Chistern High Level Pump and Pipe 4 RM 140.00 RM 560.00
3 Tingkat 2
Toilet to dig floor and clear pipe rubbish 2 RM 350.00 RM 700.00
and cemen
4 Tingkat 3 CS LIM
Toilet to dig floor and clear pipe rubbish 2 RM 700.00 RM 2 500.00 PLUMBING
and cemen WORKS
KESELAMATAN
1 Rantai Plastik 10 ( 20 meter ) RM 40.00 RM 400.00
2. Tiang pembahagi ( pole divider ) 15 RM 20.00 RM 300.00 RM 700.00
Jumlah Keseluruhan RM 4 960.00
7.1 SUMBER KEWANGAN :

A. Peruntukan PIBG SK Bukit Bandaraya, KL


8.0 PENUTUP:
Pihak urusetia mengharapkan agar Program 3K, (Selenggaraan Bilik Kelas dan Kawasan Sekolah )
dapat berjalan dengan jayanya. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak- pihak yang terlibat di
dalam menjayakan program ini didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh

------------------------------------- ----------------------------------------
(SUHAILA BINTI OMAR) ( YM ENGKU ZULKIFLI BIN YM ENGKU IBRAHIM )
PK HEM SKBB KL Yang DiPertua PIBG, SKBB KL

Disokong oleh ,

…………………………………..
( ROSMAWATI BINTI MD ALI )
Guru Besar, SK Bukit Bandaraya
Lampiran
Plastik Sampah

You might also like