You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

KERTAS KERJA / PELAN TINDAKAN


KEM BESTARI SOLAT
SIRI 2.0

TARIKH : 16. JANUARI. 2023


TEMPAT: SK. MATU BARU
MASA : 12.00 PM – 5.00 pm

TEMA :

“SOLAT YANG SEMPURNA”

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SIRI 2.0
SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang
sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.
Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu
modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF. Oleh itu, pihak Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Matu Baru Kuching telah mengambil inisiatif merancang untuk
menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada
program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya,
program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat
untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain.
Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan
lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara
berterusan.

A} TAJUK

KEM BESTARI SOLAT (SOLAT YANG SEMPURNA)

B) TARIKH & TEMPAT

TARIKH : 16 Januari 2023


HARI : Isnin
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Matu Baru

C) KUMPULAN SASARAN

1. Murid Sekolah Rendah Tahap 2

D) OBJEKTIF

1. Murid boleh melaksanakan solat dengan betul dan sempurna


KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SIRI 2.0
SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

2. Murid boleh melakukan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan
lancar 
3. Murid boleh mengetahui bilangan rakaat dalam setiap solat
4. Murid boleh melakukan solat dengan sempurna samada secara jemaah atau
bersendirian
5. Merialisasikan matlamat BPI untuk melahir generasi yang berilmu, beriman dan baik
akhlanya.

E) KPI (INDIKATOR, OUTPUT dan OUTCOME )

Indikator Output Outcome

Aktiviti KBS melibatkan semua Sinergi Pintar terhasil Murid akan dapat
warga Sekolah, Murid dan melalui pebagai aktiviti melaksanakan ibadah solat
PIBG. KBS dengan baik dan
sempurna.

F) IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA ANGGARAN HARGA JUMLAH CATATAN


SEUNIT
1 Makanan 230 orang RM5.00 RM1150.00
- Nasi campur
(Sebelum KBS bermula) RM1089.00
2 Minum petang 230 orang RM1.00 RM230.00
(Selepas KBS berakhir) RM858.75
3 Air kotak 13 kotak = RM25.00 RM325.00
1 kotak = 18 pcs 234 pcs RM533.75
4 Air Mineral 10 kotak = RM15.00 RM150.00
1 kotak = 24 botol 240 botol RM383.75
5 Cenderahati 10 RM5.00 RM150.00
1 Kumpulan (3 orang terbaik) kumpulan
= 30 orang RM233.75
6 Banner KBS 1 unit RM70.00 RM70.00 RM163.75
7 Kertas Sijil 3 pack RM25.00 RM75.00 RM88.75
8 Fail 10 pcs RM3.00 RM30.00 RM58.75
9 Alat tulis (pen) 195 pcs RM0.30 RM58.50 RM0.25
BAKI RM0.00
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SIRI 2.0
SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

G) JAWATANKUASA PROGRAM KBS

Pengerusi : En. Mohtar Bin Hj. Mohamad Ali (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi 1 : En. Naim Bin Drahman (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2 : Pn. Nur Rahiyah Binti Zakaria (PK Hem)
Timbalan Pengerusi 3 : En Ellis Bin Amit (PK KO-Kurikulum)
Penyelaras Program : Ustaz. Muhammad Nurul Fazlan Bin Ali
Setiausaha : Ustazah Siti Rahmah Binti Setapa
Bendahari : Pn. Rohana Binti Hj. Ahmad (Kerani Kewangan)
AJK Pelaksana : GPI ,Guru Kafa dan Semua Guru SK. Matu Baru

H) AKTIVITI KBS

Bil Masa Aktiviti Catatan

12.00 pm - 12.10 pm PENDAFTARAN PESERTA AJK Pendaftaran

1 Murid berkumpul di
Lobi Sekolah

12.10 pm – 01.00 pm Rehat Semua Guru dan


Murid
2 ( Makan tengah Hari & Solat Zohor )

01.00 pm - 2.00 pm  Ceramah Ringkas Semua Guru dan


“ Solatku Yang Sempurna” Murid
3
 Solat Zohor

02.00 pm – 03..00 pm LDK 1 (Rukun Solat) Semua Guru dan
Murid
4.

03.00 pm – 05.00 pm LDK 2 (Amali solat) Semua Guru dan


Murid
5 5.00 pm Bersurai
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SIRI 2.0
SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

I) Pengurusan Risiko
Dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD.

J) Kaedah Pelaksanaan

i. Borang pelaporan program

PENUTUP

Model Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib
dilaksanakan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa diharap dapat memberi kerjasama
dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi
kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa
tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka.
Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan
keberkatan Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

( ) ( )

MUHAMMAD NURUL FAZLAN BIN ALI EN.MOHTAR BIN HJ. MOHAMAD ALI
Penyelaras Kem Bestari Solat Guru Besar
SK MATU BARU SK MATU BARU

Tarikh: 11.01.2023

You might also like