You are on page 1of 11

KERTAS KERJA PROGRAM

MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS)


SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
DARJAH 1 TAHUN 2023

PROGRAM MINGGU UKHUWAH SEKOLAH


TARIKH : 12 MAC 2023
MASA : 8.00-12.00 PAGI
TEMPAT : SEK AGAMA TASEK UTARA

TAKLIMAT MINGGU UKHUWAH SEKOLAH


TARIKH : 12 MAC 2023
MASA : 8.00 -12.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI KENCANA
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SEKOLAH AGAMA TASEK UTARA
KERTAS KERJA
MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS)
SEKOLAH AGAMA TASEK UTARA
DAERAH JOHOR BAHRU

DARJAH SATU (1) TAHUN 2023

1.0 PROGRAM
Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS), Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor dan Tadika
Agama Johor (TAJ)

2.0 PENGENALAN
Program Ukhuwah Sekolah (MUS) adalah merupakan program tahunan sekolah yang
dijalankan pada setiap awal tahun. Program ini merupakan agenda tahunan yang dikelolakan
oleh Seksyen Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid yang bertujuan untuk
memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru
di sekolah. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada murid untuk mempelajari
budaya dan nilai baik warga sekolah untuk memenuhi visi dan misi sekolah bagi mencapai
matlamat yang diharapkan. Program ini juga bertujuan menyampaikan maklumat terkini
yang bersesuaian dengan keperluan semasa murid bagi membolehkan mereka bersedia
aktiviti belajar dengan efektif dalam bentuk keterbukaan minda dan peluang belajar selepas
SDEA dan SDKA. Selaian itu juga, memastikan pengurusan Hal ehwal murid dapat berjalan
dengan lancar dimana sekolah akan terus menangani isu keciciran sekolah bagi memastikan
pemurnian pendidikan dapat dijalankan.

3.0 MATLAMAT
Melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan
kehendak Agama, Bangsa dan Negara.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Murid dapat mengetahui misi dan visi sekolah.
4.2 Murid dapat mengenali budaya kehidupan sekolah.
4.3 Menggalakkan murid berinteraksi dan bersosial dengan cara yang betul bagi
mewujudkan suasana harmoni untuk pembelajaran.
4.4 Menanamkan semangat cintakan pelajaran dan sekolah.
4.5 Memberikan maklumat halatuju sekolah kepada Ibu Bapa.

5.0 SASARAN
5.1 Darjah 1 : 64 Orang
6.0 TEMPOH
6.1 4 jam 30 minit

7.0 TARIKH PELAKSANAAN


7.1 12 Mac 2023

8.0 JAWATANKUASA INDUK


8.1 Pengerusi : Ustazah Azlina Binti Abu

8.2 Naib Pengerusi : Ustazah Nor Hayati Binti Abdul Rahman

8.3 Setiausaha : Ustaz Mohd Soffian Bin Khalid

8.4 Bendahari : Ustazah Noor Aisah Binti Ahmad Juini

8.5 Penyelaras Program : Ustazah Nurin Annisa Binti Alimuddin

8.6 Urusetia : Guru-guru darjah 1

8.7 Ahli Jawatankuasa Kerja ( RUJUK LAMPIRAN A )

9.0 PENGISIAN PROGRAM MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS)


(RUJUK LAMPIRAN C)
9.1 Ice Breaking – Kenali Rakan dan Guruku Sayang
9.2 Lawatan prasarana sekolah
9.2.1 Pejabat, Perpustakaan, Bilik BOSS, Surau, Pondok menunggu, kelas-kelas
dan lain-lain.
9.2.2 Kawasan Larangan- Tangki kumbahan najis, tempat pembakaran sampah dan
lain-lain.
9.3 Sayangi Kitab dan Pintar Jawi.
9.4 Taklimat Program MUS – ibu/bapa

10.0 TENTATIF PROGRAM


(RUJUK LAMPIRAN B)
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH

1.1 Air Kotak RM 15.00 x 3 kotak RM 45.00

1.2 Roti RM 2.00 x 64 orang RM 128.00

1.3 Jamuan Ibubapa RM 4.00 x 64 orang RM 256.00

1.4 Sijil RM 1.00 x 64 unit RM 64.00


Cenderahati
1.5 Murid (Poster RM 2.00 x 64 unit RM 120.00
Syoknya Jawi)
1.6 Tag Nama RM 3.00 x 64 unit RM 128.00

1.7 Belon RM 2.00 x 2 unit RM 4.00

1.8 Kertas Warna RM2.00 x 3 unit RM 6.00

JUMLAH 0RM 751.00

12.0 PENILAIAN
Impak yang diperolehi daripada program ini dapat dilihat daripada kebolehan pelajar
menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah seterusnya dapat mengikuti sesi pembelajaran
tanpa menghadapi masalah. Hal ini dapat dipantau melalui maklum balas berupa aduan
mahupun rungutan para pelajar baru, pelajar lama, guru-guru, seterusnya para pentadbir
sekolah.
13.0 PENUTUP
Program Minggu Ukhuwah Sekolah Tahun 1 Tahun 2023 ini diharap akan dapat dijayakan
dengan sempurna dan berkesan. Kejayaan dan keberkesanan program ini amat bergantung
kepada keterlibatan semua pihak iaitu AJK pengelola, penceramah, para pelajar dan
individu-individu yang sedia membantu dengan ikhlas. Rakaman jutaan terima kasih
didahulukan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................
(NURIN ANNISA BINTI ALIMUDDIN) (NOR HAYATI BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Penolong Kanan Akademik,
Sekolah Agama Tasek Utara Sekolah Agama Tasek Utara

Disahkan oleh,

(AZLINA BINTI ABU)


Guru Besar,
Sekolah Agama Tasek Utara
Lampiran A

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM


Bil Tugasan Nama Guru Tindakan & Perlaksanaan
- Menyediakan surat-menyurat yang
berkaitan dengan program.
AJK Surat - Mengedarkan surat jemputan kepada
- Us. Nor Hayati Bt Abdul Rahman
1 Menyurat, ibubapa sewaktu pengesahan murid
- Us. Nurin Annisa Bt Alimuddin
Pemplet darjah 1.
- Menyediakan sijil penyertaan dan
menyampaikannya selepas program.

AJK Penyambut - U. Mohd Soffian B Khalid


2 - Menyambut tetamu yang hadir.
Tetamu VIP - Us. Noor Aisah Bt Ahmad
Juini

- Menyediakan borang kehadiran untuk


ibu bapa
AJK Pendaftaran - Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh
3 - Menyiapkan meja bagi pendaftaran ibu
)Ibubapa( - Us. Nurin Annisa Bt Alimuddin
bapa serta mengemas semula setelah
selesai pendaftaran.

SEBELUM PROGRAM
- Us. Nor Hayati Bt Abdul
- Menyusun serta memastikan kerusi
Rahman disusun secukupnya bersesuaian
- U. Mohd Soffian B Khalid dengan majlis yang diadakan.
AJK - Us. Noor Aisah Bt Ahmad - Menyediakan balai dan kerusi.
4 Persiapan Dewan Juini - Menghias pentas serta menyediakan
- Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh rostrum
- Us. Nurin Annisa Bt - Menyediakan gelas serta air mineral
kepada
Alimuddin
jemputan VIP

- Us. Nor Hayati Bt Abdul SELEPAS PROGRAM


Rahman - Menyimpan semula bunga hiasan di
- U. Mohd Soffian B Khalid tempat yang asal
AJK - Us. Noor Aisah Bt Ahmad - Mengemas semula kerusi serta segala
Persiapan Dewan
Juini peralatan yang digunakan setelah
- Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh majlis berakhir.
- Us. Nurin Annisa Bt - Memastikan kebersihan dewan.
Alimuddin
SEBELUM PROGRAM
Menyediakan dan menggantung
- Us. Nor Hayati Bt Abdul backdrop dan banner di hadapan sekolah
AJK Persiapan Rahman .sebelum majlis
5
Backdrop SELEPAS PROGRAM
- Menyimpan semula di tempat yang
asal setelah digunakan.
-
SEBELUM PROGRAM
- Menyediakan dan mengemas P.A
sistem dan LCD projekter.
- Pastikan diselenggara beberapa hari
sebelum majlis.
AJK P.A Sistem
- U. Mohd Soffian B Khalid - Pastikan microphone berfungsi dengan
6 dan
- Us. Nurin Annisa Bt Alimuddin baik.
LCD projekter
SELEPAS PROGRAM
- Menyimpan semula di tempat yang
asal setelah digunakan.

- Mengambil gambar ketika taklimat &


program MUS berlangsung.
- Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh
AJK - Membuat laporan secara bertulis
7 - Us. Nurin Annisa Bt
Dokumentasi sepanjang taklimat & program.
Alimuddin
- Menyediakan video pelaksanaan
program.

- Us. Noor Aisah Bt Ahmad - Menyediakan Teks Pengacaraan Majlis.


9 Pengacara Majlis Juini - Mengacarakan Majlis mengikut
tentatif.
Pembaca Doa &
- U. Mohd Soffian B Khalid - Membacakan doa sebelum majlis
10 Ikrar penerima
taklimat bermula.
Murid
- Us. Nor Hayati Bt Abdul - Menyediakan slide powerpoint untuk
Rahman (MUS) tayangan pada program MUS.
11 Taklimat MUS
- U. Mohd Soffian B Khalid - Menyampaikan taklimat mengenai
(SPK) MUS & SPK kepada Ibubapa
- Menyediakan name tag untuk murid
- Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh darjah 1
12 AJK Name Tag - Us. Nurin Annisa Bt - Menyediakan senarai penuh nama
Alimuddin murid darjah 1.
(Guru-Guru Darjah 1) - Menyerahkan kepada guru-guru darjah
1 sebelum majlis.
- Membuat salinan fotostat mengikut
jumlah murid.
AJK watikah - Mengedarkannya kepada ibubapa
penyerahan murid semasa pendaftaran.
13 - Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh
& Brosur - Meminta ibubapa menyerahkan
- Us. Nurin Annisa Bt
semula surat watikah penyerahan
Alimuddin
kepada guru kelas masing pada hari
seterusnya.

- Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh - Menyediakan pembaris panjang.


14 AJK Sepanduk - Us. Nurin Annisa Bt - kad warna mengikut kelas.
Kelas Alimuddin Pastikan warna mengikut bilik/kelas.
(Guru-Guru Darjah 1)
- Us. Nurin Annisa Bt - Menyediakan slide powerpoint untuk
15 Alimuddin tayangan pada program MUS
Taklimat Albayen
- Us. Amirah Aliah Bt Ahmad - Menyampaikan taklimat mengenai
Hanif Albayen kepada Ibubapa
- Membuat salinan fotostat mengikut
jumlah murid.
16 AJK sijil & - Us. Siti Zuriah Bt Mat Jusoh - Mengedarkannya kepada ibubapa
Brosur - Us. Nurin Annisa Bt semasa pendaftaran.
Alimuddin - Menyediakan sijil penyertaan dan
menyampaikannya selepas program.
AJK Ikrar
17 - Bersedia untuk Ikrar Penerima Murid
Penerima Murid - U. Mohd Soffian B Khalid
Darjah 1 tahun 2020 di pentas utama
Drjh 1 2022
- Menyediakan plastik sampah
18 AJK Kebersihan - SEMUA GURU - Membersih dan mengemas dewan
setelah digunakan.
Lampiran B

ATURCARA PROGRAM MINGGU UKHUWAH SEKOLAH ( MUS )


SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR ( SAKJ )
SEKOLAH AGAMA TASEK UTARA

12 MAC 2023

7.30 – 8.00 Pagi : Perhimpunan


Asmaul Husna
Lagu Bangsa Johor
Lagu Negaraku
Lagu SAKNJ
Selawat Tafrijiyah
8.00 – 9.00 Pagi : SLOT 1- Ice Breaking
Kenali Rakan Sebaya Dan Guruku Sayang
9.00 – 10.00 Pagi : SLOT 2 - Lawatan Prasarana Sekolah
10.00 – 10.30 Pagi : REHAT
10.30 – 11.30 Pagi : SLOT 3 – Kenali Kitab dan Pintar Jawi
11.30 – 12.00 tengahari Beratur untuk pulang dan bersurai

TAKLIMAT IBUBAPA DARJAH 1

8.00 – 9.00 Pagi : Pendaftaran


9.00 – 11.30 tengah hari : Ucapan Alu-aluan Guru Besar
Ucapan GPK Akademik
Ucapan GPK HEM
Taklimat Skim Pinjaman Kitab (SPK)
Taklimat JPID Albayen
Ikrar Penyerahan Ibu Bapa kepada Guru
Ikrar Penerimaan Murid oleh Guru
Penyampaian Cenderhati/ Sijil
12.00 tengah hari : Bersurai

LAMPIRAN C
MODUL MINGGU UKHUWAH SEKOLAH ( MUS )
ICE BREAKING KELOMPOK BESAR
Modul 1

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Rohani

Tajuk : Sayangi Guru Dan Rakan Sebaya

Objektif : 1. Melahirkan rasa kasih dan hormat anak murid kepada guru.
2. Menanamkan rasa kasih guru kepada anak murid.
3. Murid-murid gembira mendapat ramai kawan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Darjah 1

Bahan : Potongan kad manila nama guru, kuntuman bunga Ros Merah.
Bola

Langkah-langkah : 1. Guru memperkenalkan diri kepada murid.


2. Beberapa orang murid diminta menyebut nama guru dan
menyerahkan kuntuman bunga ros kepada guru.
3. Murid-murid duduk di dalam satu bulatan.
4. Guru meleret bola ke arah murid A yang dipilih dan murid A
dikehendaki menyebut nama. Kemudian murid A meleret bola
kepada murid yang lain. Proses yang sama diulang sehingga
semua murid menyebut nama mereka.

Penilaian : Soal selidik / temu bual

Rumusan : 1. Menanamkan sikap hormat- menghormati dikalangan


murid terhadap guru.
2. Membina rasa kasih dan sayang di antara rakan sebaya.

Modul 2
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Rohani

Tajuk : Sekolahku Syurgaku ( Lawatan prasarana sekolah )

Objektif : 1. Murid mengetahui nama dan kemudahan prasarana


yang terdapat di sekolah.
2. Murid dapat mengetahui peraturan dan larangan
semasa menggunakan infrastruktur di sekolah.

Masa : 1 jam

Sasaran : Darjah 1

Bahan : Kad-kad yang tertulis nama-nama tempat seperti tandas


kantin, surau, pejabat , dan lain-lain

Lawatan Prasarana : Bilik guru, Kelas darjah 1,Tandas murid lelaki dan perempuan,Tandas
guru lelaki dan perempuan, Surau, Perpustakaan, Bilik SPK.

Langkah-Langkah : 1. Murid–murid berkumpul di kelas masing-masing.


2. Guru memberi taklimat tentang “Program Lawatan
Prasarana Sekolah” selama 10 minit.
3. Murid-murid bergerak mengikut kelas ke tempat-tempat
yang ditetapkan.
4. Guru memperkenalkan kemudahan prasarana sekolah.
5. Murid-murid dikumpulkan semula di kelas masing-masing.
6. Murid-murid diuji tentang tempat-tempat yang telah
dilawati tadi.
7. Guru memberi penerangan mengenai peraturan-peraturan
semasa menggunakan kemudahan di sekolah.

Penilaian : Soal selidik / temu bual / kuiz / maklumbalas

Rumusan : 1. Murid-murid mestilah memberi fokus dan mengikut arahan yang


diberikan
2. Murid-murid dilatih agar sentiasa bekerjasama dan saling hormat-
menghormati antara rakan.

Modul 3
Bidang : Akademik

Tajuk : Sayangi Kitab Dan Kenali Jawi

Objektif : 1. Memupuk rasa tanggungjawab kepada kitab yang


dipelajari dan mengetahui cara penjagaan kitab yang betul.
2. Mengenal huruf jawi tunggal dan meyebut huruf jawi
dengan betul.

Masa : 1 jam

Sasaran : Darjah 1

Bahan : 1. Semua kitab darjah satu


2. Kad imbasan yang ditulis dengan huruf jawi tunggal.
3. Lembaran kerja huruf jawi tunggal

Langkah-Langkah : 1. Guru memperkenalkan satu persatu kitab darjah satu.


2. Murid menyebut semula nama-nama kitab dengan betul
3. Guru menunjukkan sebuah kitab dan meminta murid
menyebut huruf di awal kitab tersebut .
4. Guru memainkan rakaman video nyanyian huruf awjad dan
murid-murid menyanyi bersama.
5. Guru menguji murid-murid dengan memaparkan kad imbasan
huruf-huruf jawi tunggal.
6. Guru memberi setiap murid kad imbasan huruf jawi tunggal
7. Guru menyebut huruf jawi yang dipilih secara rawak dan
meminta murid yang berkenaan tampil ke hadapan.
8. Proses ini diulang sehingga murid menguasai huruf jawi
tunggal.
9. Murid diberi latihan mewarna huruf jawi tunggal.

Penilaian : Soal jawab / latih tubi

Rumusan : 1. Murid memberi tumpuan dan mengikut arahan


yang diberi dengan baik.
2. Murid dilatih akan sentiasa bekerjasama dan saling
hormat-menghormati antara rakan.

You might also like