You are on page 1of 4

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Lebuh Sultan Abdul Samad,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

TAJUK AKTIVITI : PELANCARAN PROGRAM HAN1S DAN PEMBUGARAN


NILAM / DELIMA SECARA DALAM TALIAN
PEGAWAI MEJA : ALIZA ABD AZIS
KOD : 2021/ PROGRAM PSS & NILAM/ 01

TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :

a. Mengadakan Pelancaran Program HAN1S DAN PEMBUGARAN NILAM / DELIMA


2021 secara dalam talian
b. Anggaran perbelanjaan hadiah sebanyak RM 150

LATAR BELAKANG
a. Aktiviti NILAM adalah untuk menyuburkan sikap suka membaca dalam kalangan
warga sekolah. Oleh itu, PSS bersama-sama unit NILAM akan melaksanakan
Pelancaran Program HAN1S DAN PEMBUGARAN NILAM / DELIMA 2021 secara
dalam talian.
b. Pihak PSS SMK Bandar Baru Sultan Suleiman bersama-sama unit NILAM telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan majlis pelancaran
tersebut.

OBJEKTIF
a. Menjadikan budaya merekod bacaan buku sebagai amalan rutin murid-murid SMK
Bandar Baru Sultan Suleiman.
b. Murid menyedari bahawa terdapat variasi medium untuk membaca iaitu menerusi
bacaan buku fizikal, bahan bukan buku dan juga bahan bacaan dalam talian.
c. Menggalakkan murid-murid terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca.
d. Menggalakkan murid-murid dan warga sekolah menggunakan platform DELIMA
dalam proses PdPR dan PdPC.

ASAS PERTIMBANGAN
a. Melatih murid untuk lebih berdisplin merekod bacaan mereka menerusi platform yang
telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
b. Menyediakan aktiviti sepanjang PKP 2 dan sepanjang cuti pertengahan penggal
supaya masa senggang murid dipenuhi dengan tabiat membaca.
c. Menggalakkan murid berani tampil ke hadapan untuk mengemukakan idea yang kritis
dan bernas menerusi aktiviti yang disediakan.
d. Memaksimumkan penggunaan platform DELIMA dalam kalangan warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid dan warga SMK Bandar Baru Sultan Suleiman.

a. IMPLIKASI KEWANGAN
Kos
Jumlah
JENIS PERBELANJAAN Kuantiti Seunit Keterangan
(RM)
(RM)
Hadiah Aktiviti
a. Pertandingan Hadiah untuk 6 peserta
6 6.00 36.00
Resensi Buku terbaik
Hadiah 6 peserta
b. Pengunjung Kreatif 6 6.00 36.00
terbaik

1
Hadiah 6 peserta
c. Kuiz Dalam talian 6 6.00 36.00
terbaik
Peserta yang menyertai
ketiga-tiga
pertandingan dan
d. Penyertaan
3 10.00 sekurang-kurangnya 30.00
Terbaik Tertinggi
menduduki 3 tempat
terbaik dalam setiap
pertandingan
e. Pengurusan 6 2.00 Sampul hadiah 12
Jumlah Besar
300.00

1. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Puan Nurul ‘Ain Binti Muhammad Zain (Pengetua)
Pengerusi : Puan Puziah Binti Tuban (Penolong Kanan Pentadbiran )
Penyelaras 1 : Azliana bt Adnan
Penyelaras 2 : Zubaidah bt Halim
Setiausaha : Aliza Abd Azis

Penyelaras / Ketua
a. Hebahan Aktiviti Sepanjang Tahun :
i. Azliana bt Adnan
ii. Zubaidah bt Halim
iii. Semua Guru Tingkatan
b. Buku Program/ Dokumentasi / Paparan Data :
i. Aliza Abd Azis
c. Hadiah :
i. Pushpah a/p Manickam
ii. Sumie Shazleen bt Abd Suki
d. Sijil :
i. Norazrin bt Hawari
ii. Norshella bt Khairi

2. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 12 Mac 2021 – 1 April 2021
Masa : Sepanjang masa
Tempat : Kediaman masing-masing
Program ini dilaksanakan melalui 2 strategi iaitu Pelancaran Program HAN1S DAN
PEMBUGARAN NILAM / DELIMA 2021 secara dalam talian dan penyertaan pertandingan
secara dalam talian di rumah masing-masing.

a. Pelancaran Program HAN1S DAN PEMBUGARAN NILAM / DELIMA 2021 secara


dalam talian menerusi channel Youtube PSS SMKBBSS
b. Pertandingan di warwarkan di dalam group whatsapp kelas dan setiap guru tingkatan
serta guru NILAM mempromosikan pertandingan dari semasa ke semasa.

2
3
3. PELAN PENGURUSAN RISIKO
Tarikh : 12 Mac 2021 – 1 April 2021
Masa : Waktu PdPR guru
Tempat : Kediaman masing-masing

4. KAEDAH PEMANTAUAN

a. Pemerhatian
b. Pengumpulan data
c. Laporan Jawatankuasa

5. PENUTUP

Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Anak Aangkat IQ NILAM dikemukakan untuk
pertimbangan dan keluluasan.

6. SYOR

Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;

a. Mengadakan Pelancaran Program HAN1S DAN PEMBUGARAN NILAM / DELIMA


2021 secara dalam talian
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 150.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………….
(ALIZA ABD AZIS) (PUZIAH BT TUBAN)
SU NILAM Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………………………..….
(NURUL ‘AIN BINTI MUHAMMAD ZAIN)
Pengetua

You might also like