You are on page 1of 20

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 1

TARIKH : 2 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

1. KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

2. TATABAHASA

Soalan 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Bahasa Inggeris digunakan secara terang-terangan pada masa dan majlis yang tidak kena sedangkan majlis berkenaan dianjurkan oleh
jabatan kerajaan negeri dan dihadiri hanya beberapa orang warga asing. Penulis ini sengaja menyebut peristiwa berkenaan untuk
menggambarkan bahawa di sebalik pelbagai kempen untuk menyemai kecintaan terhadap Bahasa kebangsaan dan slogan “Bahasa Jiwa
Bangsa” yang kita semarakkan untuk sekian lama, kita masih jauh daripada mencapai impian untuk menyaksikan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang benar-benar menggambarkan maksud,dan semangat di sebalik slogan berkenaan.

Dipetik dan diubah suai daripada Bahas Jiwa Bangsa Oleh Jeniri Amir

Pelita Bahasa, Bil 10/2017 [6 markah]

1
2
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 2 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

Tatabahasa : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata bantu . Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari nanti. Kini,
banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun masih gagal mendapat
pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal ini berlaku demikian kerana
mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk memilih mereka selaku pekerja. Di samping
itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem Pendidikan Negara
oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)

Tatabahasa : Morfologi

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi empat ayat
yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup
sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang
seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia seharusnya
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam
diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar,
darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.

(Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)

[8 markah]

2
3
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 4 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

RUMUSAN KSSM 2020/21


1.PENDAHULUAN (1 AYAT)
i.Kenal pasti fokus 2 @ 3 bahan yang diberikan
ii. Menulis semua fokus soalan dalam 2 @ 3 bahan yang disertakan dalam perenggan pendahuluan
Punca-punca, Faktor-faktor, Sebab-sebab, Potensi-potensi Kepentingan, Faedah, Keistimewaan, Manfaat, Kebaikan, Kelebihan
Masalah, Kekangan, Halangan Peranan, Tugas, Tanggungjawab, Fungsi
Kesan negatif, Akibat, Implikasi, Impak, Keburukan, Sumbangan, Jasa, Bakti
Kelemahan, Masalah
Langkah-langkah, Cara-cara, Usaha-usaha, Tindakan, Ciri-ciri, Kriteria, Sifat
Strategi, Kaedah, Cadangan
Cara menulis pendahuluan 2 fokus

Rumusan membincangkan fokus 1 dan fokus 2. (2 markah)


Cara menulis pendahuluan 3 fokus

Rumusan membincangkan fokus 1, fokus 2 dan fokus 3. (2 markah)


2. ISI TERSURAT [8 ISI]
i. Cara untuk mengesan isi dalam 2 @ 3 bahan yang disertakan

Antara petua mengesan isi tersurat: rujuk perkataan berikut sebagai penanda isi tersurat
Penanda wacana Selain itu, di samping itu, seterusnya, tambahan pula, kemudian, dll
Langkah-langkah -Hendaklah, perlulah, haruslah -Menggunakan imbuhan meN-
Kepentingan-kepentingan -dapat, boleh -menggunakan imbuhan meN-
Kesan-kesan Kesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan
2 FOKUS
Bilangan isi calon Bilangan isi diterima
Bil. Isi BAHAN 1
Fokus 1: usaha (2 isi) 2 isi 2 isi
Fokus 2: peranan (6 isi) 6 isi 5 isi 3 FOKUS
Bil. Isi BAHAN 2 BILANGAN ISI CALON BILANGAN ISI DITERIMA
Fokus 1: usaha (4 isi) 2 isi 1 isi
Bil. Isi BAHAN 1
10 isi 8 isi
Fokus 1: langkah (6 isi) 6 isi 5 isi
Fokus 2: punca ( 2 isi) 1 isi 1 isi
Bil. Isi BAHAN 2
Fokus 1: langkah (2 isi) 1 isi 1 isi
Bil. Isi BAHAN 3
Fokus 3: kesan (3 isi) 2 isi 1 isi
10 isi 8 isi

3
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 4

TARIKH : 4 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

Cara menulis isi tersurat (8 isi) – 2 FOKUS

Usaha ............................. ialah....................................... isi 1 ........................ Selain itu,…........... isi 2 ...


Di samping itu, .........................................isi 3 ..........................
Peranan ........................... ialah ......................... isi 4 ...................... Selain itu, ..........isi 5 .......................

..................... Di samping itu, ............................... isi 6 ............................. Seterusnya, ...................... isi 7


........................................ Akhir sekali, ................................ isi 8 ................................
Cara menulis isi tersurat (8 isi) – 3 FOKUS

Langkah ........................... ialah ......................... isi 1 ...................... Selain itu, .......................... isi 2
........................................ Di samping itu, ............................... isi 3 ............................. Seterusnya, ...................... isi 4
................................................... Langkah seterusnya, ....................................... isi 5 ….......................... Akhir
sekali, ................................ isi 6 ................................
Punca ............................. ialah....................................... isi 7 ........................ Manakala, kesan .............
ialah .................... isi 8 ...................................................

3.PENUTUP [1 AYAT]

Mengandungi CADANGAN dan TEMA Kata HARAPAN


SOALAN hubung (Kesan
daripada
cadangan)

Kesimpulan- -kerajaan Isu / tema (+) Isu / tema (-)


nya, mengamalkan mengatasi
-rakyat hendaklah supaya …
memajukan menangani
-semua pihak perlulah menggalak- membanteras demi …
kan mengelakkan agar…
-setiap mestilah
meningkatkan menjauhi
individu haruslah memartabat-
-masyarakat sepatutnya kan
-pihak polis memperkasa-
kan
-ibu bapa
-pihak sekolah
-dll
1 2 3 4 5 6 7

Cara menulis penutup


Kesimpulannya ………………………………………………………agar …………………………………………………….
( ....... patah perkataan)
** Tidak melebihi 120 patah perkataan

4
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 5
TARIKH : 4 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

.LATIHAN RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan s menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara
teratas dari segi ketibaan pelancong. Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju di Malaysia.
Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut haruslah diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang
berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti
menggamit hati para pelancong. Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian
budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Di
Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat dalam hati para pelancong. Di
samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang
dan bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah
dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga tertarik oleh kemajuan ekonomi negara
yang pesat sehingga Lembah Klang menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi
tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan
perubatannya melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di
peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan
pelancong yang gemar menyertai perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini
memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan
kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan yang
baik menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa
Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan Negara" oleh Danilah Kamarul, Dewan Masyarakat 2018)

5
6
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 9 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

KARANGAN DOMAIN PERIBADI

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan

Media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini, jarak dan tempat tidak lagi menjadi
halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi social maya
membolehkan anda kekal berhubung dengan orang lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga
mengubah persekitaran perkembangan anak anda.
(Sumber : Sinar Harian, 12 Mei 2019)

Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi moden seperti peranti elektronik telah mengubah cara berinteraksi
manusia. Tulis karangan tentang kesan-kesan penggunaan peranti elektronik kepada remaja.

TATABAHASA : PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat empat kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa, Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Ada orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini tidak tepat kerana konsep diet yang
sebenarnya ialah amalan pemakanan yang seimbang dari segi mengambil zat makanan. Kebanyakkan individu mengamalkan
cara diet yang tidak betul untuk kurang berat badan, iaitu dengan cara menahan lapar dan mengurangkan pengambilan makanan.
Individu yang mengamalkan cara pemakanan yang demikian akan mengalami masalah akibat pengurangan berat badan yang
terlalu.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Lima,Halaman 198 KPM)

[4 markah]

Petikan 2

Karbohidrat dan lemak dalam makanan bekalan tenaga kepada manusia. Zat makanan ini boleh didapati dari makanan seperti
ubi kentang, nasi, dan seumpamanya. Protein boleh didapati daripada telur, ikan, susu dan daging. Zat makanan ini penting untuk
membesar. Mineral pula mudah diperolehi daripada makanan laut dan vitamin banyak terdapat dalam sayur dan buah. Mineral
penting kepada kesihatan kerana zat ini berperanan untuk menjaga kesihatan darah dan membantu tubuh meresap zat makanan
lain dengan lebih berkesan. Vitamin pula berperanan untuk menjaga kesihatan mata, kulit dan gusi serta mengekalkan
kecerdasan badan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima KBSM,
Halaman 197,KPM)

[5 markah]

6
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 7
TARIKH : 11 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Bahan 1

Kunci pemakanan sihat merangkumi tiga komponen utama, iaitu kepelbagaian, keseimbangan, dan kesederhanaan.
Kepelbagaian bermaksud makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada
satu pun jenis makanan dapat memberikan semua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlu. Komponen kedua adalah
keseimbangan, iaitu mengambil makanan yang seimbang daripada kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Kumpulan makanan ini ialah bijirin, buah-buahan, daging atau ayam, ikan serta kekacang dan susu atau produk tenusu.
Komponen terakhir ialah kesederhanaan, iaitu makan dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan mengikut saranan Pinggan Sihat
Malaysia dengan konsep ‘suku suku separuh’ kerana membolehkan kita makan pelbagai jenis kumpulan makanan dalam kuantiti yang
disarankan. Selain itu, masyarakat juga disarankan mengambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayuran setiap hari.

Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019

Bahan 2

Banyak kajian sudah dijalankan mendapati terdapat perkaitan secara langsung antara pengambilan gula dengan
peningkatan berat badan. Gula antara penyumbang utama kepada pertambahan kalori yang tidak perlu. Gula hanya membekalkan
tenaga dan tiada kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar
pengambilan gula seharusnya kurang daripada 10 peratus daripada jumlah pengambilan kalori (tenaga) sehari. Contohnya, jika
keperluan kalori sehari seseorang itu ialah 2000 kilokalori, pengambilan kalori daripada gula seharusnya tidak lebih 200 kilokalori,
iaitu bersamaan dengan 10 sudu teh gula sehari termasuklah gula yang ditambah dalam makanan dan minuman.

Walau bagaimanapun, pengambilan gula kurang lima peratus daripada jumlah pengambilan tenaga harian adalah lebih baik.
Masyarakat diingatkan sentiasa berwaspada dalam penggunaan krimer manis atau susu pekat untuk minuman panas seperti teh tarik,
kopi, mahupun kuih-muih. Oleh itu, pengguna disarankan memilih buah-buahan sebagai alternatif kepada makanan manis untuk
pemakanan yang lebih sihat.

Sumber: Harian Metro, Ahad, 2 Jun 2019

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud komponen utama. [2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara-cara menjaga pemakanan yang perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat.
[3 markah]

iii. Pemilihan makanan yang kurang baik dan tidak seimbang akan menyumbang kepada risiko kesihatan tubuh badan.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya kita tidak menitikberatkan penjagaan kesihatan?

[4 markah]

iv. Pengusaha kantin dilihat kurang menitikberatkan kepentingan pengambilan makanan berzat yang diperlukan dalam proses
pembesaran kanak-kanak, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan dan proses penyediaan yang mudah dan cepat. Jadi,
pelajar sekolah selesa menjadikan sirap, minuman berkarbonat, nuget, keropok dan gula-gula sebagai makanan rutin mereka
semasa rehat.

Sebagai guru yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu menyelesaikan masalah ini?

7
[4 markah]

8
8
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 11 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini.
Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta orang kakitangan tidak terkecuali daripada terlibat dalam transformasi sejajar
dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan. Semua penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk
merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan bertunjangkan keutamaan kepada rakyat.

Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara.Teguran sering dibuat terhadap
sikap negatif kakitangan awam yang kurang mesra di kaunter-kaunter apabila berurusan dengan pelanggan. Keadaan ini berlaku
disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan nama baik penjawat awam.
Kakitangan awam perlu membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam. Sementara itu, dalam usaha untuk memastikan setiap
ringgit yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat, amalan nilai untuk wang perlu
dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun hanya untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan awam.
Perkara paling penting ialah kakitangan awam sendiri perlu melakukan anjakan paradigma untuk menghadapi cabaran
pada masa depan. Pelbagai penyelesaian terbaik demi memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi perlu dilaksanakan. Mereka
hendaklah bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mereka
juga perlu meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan yang mahu
mewujudkan sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan mampu menutup ruang-ruang kosong dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam
di negara ini. Hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan daya saing negara di persada antarabangsa bakal menjadi kenyataan tidak lama
lagi. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang dilaksanakan demi mencapai sasaran yang
ditetapkan. Impaknya, pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan di samping mengurangkan kos pengurusan dan perbelanjaan
kerajaan. Dalam pada itu, keadaan politik negara juga stabil dan kukuh serta dapat meningkatkan imej negara di persada dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Transformasi Perkhidmatan Awam’ Oleh Abd. Kadir


Mohd. Ayub Dewan Masyarakat, Februari 2015

Bahan 2 – Grafik

KERJA KETERAMPILAN
BERPASUKAN BERKOMUNIKASI
PEKERJA
CEMERLANG
BERDISIPLIN BIJAK
MAHIR MENGGUNAKAN MENYELESAIKAN
TEKNOLOGI MASALAH

9
9
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 16 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

KARANGAN DOMAIN AWAM

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan

Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan akta khusus bagi melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas amat
bertepatan kerana jumlah mereka semakin bertambah setiap tahun. Dilaporkan antara lain, akta itu juga akan mewujudkan
system sokongan yang diperlukan warga emas. Di Malaysia, warga emas ditakrifkan mereka berusia 60 tahun ke atas
berpandukan takrifan dibuat di ‘World Assembly On Ageing 1982’ di Vienna.
(Sumber : BH Online, 1 Oktober 2019)

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kebajikan dan hak asasi warga emas perlu dijaga. Bincangkan punca-punca
pengabaian warga emas oleh anak kandung di negara ini.

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak melawan musuh tetapi tidak
memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan
kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk
mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, sebelum apa-
apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga
amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkkhasiat
dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin
tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang mendapat zat yang diperlukan.

Dipetik dan dibuah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’


Oleh Nur Amira Talib Dewan Siswa, November 2016
Bahan 2

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas.
Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol
tinggi dan osteoporosis.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemakanan yang Sihat’


Halaman 6, Buku Teks Tingkatan Satu Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [ 2 markah]


(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang
baik. [ 3 markah ]
(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga
kesihatan diri ? [ 3 markah ]
(iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala ini mengganggu pembelajarannya ketika di
sekolah. Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh rakan anda ketika berhadapan dengan masalahnya itu.
[ 4 markah ]

10
10
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 19 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

BAHAN 1 RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai
acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini
ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.

Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi. Khususnya
dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal
lagi. Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak,
memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

Banyak faedah yang diperoleh remaja sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat
mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang
tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi melahirkan remaja yang sihat,
sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan
menarik.

Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau
keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan
diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bukan itu sahaja, remaja juga dapat
menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini.

Walaupun terdapat segelintir remaja yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum, usaha
untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi aran g. Jadikan kegiatan
bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Aktif Bersukan, Norsuhaila Ibrahim’ Majalah Dewan Siswa, April 2017

11
BAHAN 2

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 11

TARIKH : 19 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

1. LATIHAN BAHASA STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih
Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


dalam Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
hal.27-28. Kementerian Pendidikan Malaysia)
(4 markah)

2. LATIHAN PERIBAHASA

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Farhah : Saya akan bertukar kerja tidak lama lagi. Saya harap saya dapat
menyesuaikan diri di tempat kerja baharu. Ini kali pertama saya bekerja dalam
bidang pemasaran. Saya bimbang saya akan berasa kekok.

12
Syima : Farhah, kamu harus bijak bercampur dan beramah mesra dengan rakan-rakan
sekerja yang baharu. Oleh itu, kamu tidak akan berasa tersisih.

Sasya : Usah risau, Farhah. Pada peringkat awal, mungkin kamu akan berasa
kekok namun, lama-kelamaan kamu pasti dapat membiasakan diri.

Farhah : Terima kasih, Syima dan Sasya. Baiklah, saya akan gigih berusaha untuk
menimba pengalaman dalam bidang pemasaran. Pada masa
yang sama, saya dapat menjana pendapatan dengan komisen yang
menguntungkan.

(6 markah)

13
12
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 23 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

KARANGAN DOMAIN AWAM

Pemian industri pelancongan perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu aktiviti harian untuk memulihkan semula
sector pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemic Covid-19. Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan
Kesejahteraan (FHPK)Universiti Malaysia Kelantan UMK, Profesor Dr Khairil Wahidin Awang, berkata Kerjasama
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia
(Tousrism Malaysia), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Tourism
Association (MITA), agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu bagi membangunkan semula industri9 ini.
(Sumber : Berita Harian, 9 Jun 2020)

Dengan berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meranccakkan sector
pelancongan negara dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

LATIHAN NOVEL

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

....Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Kubaca halaman yang kutandai:

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya dengan sumber utama vitamin
C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda
yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang,
dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan
yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman
turut pupus. Berikutan itu,ulam-ulaman sukar diperoleh di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani.

(Dipetik daripada Jendela Menghadap Jalan, hal.9-10, KPM)

i) Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman.


[4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel berikut :

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib

Berdasarkan sebuah novel yang ada pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu sehingga dapat menarik
minat pembaca.

[6 markah]

14
13
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 23 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

LATIHAN PEMAHAMAN SASTERA

Bahan 1

POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program
Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan
lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai program
macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja
program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari,
tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi..ha..ha..ha.
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit dan
makan
minum itu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak yang abang
nampak.
AIMAN : Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan positif yang
akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan
makan sahaja. Tapi selepas tamat program ini, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru
nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang
sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

(Dipetik daripada cerpen “Berkhidmat untuk Negara” antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, halaman 91-92)

Bahan 2

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka


bangkit dari persada luka
berdiri megah di pentas wira
inginku tebus maruah bangsa.

Aku anak merdeka


terjaga dari ranjang kecewa
berpaksi gagah di panggung perkasa
ingin kubela nasib bangsa.

Aku anak merdeka


harapan nusa dan bangsa
akan kutentang petualang negara
yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka


di hati semangat waja
di dada penuh satria
ini Tuah akan membela
untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir Wangsa Maju
15
14
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 23 MAC 2021 HARI : SELASA MASA : 11:00 – 1:00

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud kesan positif? [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif yang terdapat dalam bahan. [ 4 markah ]

(iii)Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa ini kerana mereka pewaris kepimpinan negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta akan negara?
Kemukakan cadangan anda. [ 4 markah ]

(iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama satu minggu di luar kawasan. Adik anda enggan
menyertai kem tersebut dengan minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan minggu di luar
kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan alasan jauh daripada keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya
kepada ibu bapa anda.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat


memujuknya untuk menyertai kem tersebut. [4 markah ]

TATABAHASA : PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam
menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai pengerak
utama pembangunan ekonomi negara.

Pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di
peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan
memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterusnya mendapat status
berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada Pendidikan Kita Bertaraf Dunia Oleh Abdul Ghoni Ahmad Majalah Pendidik, Feb 2018

[11 markah]

TATABAHASA : BAH ASA MELAYU ST ANDARD

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa
mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-
kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar
itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala
Sari datang itu.

16
Dipetik daripada

Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

17
15
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 25 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

KARANGAN BAHAGIAN A

Maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang alam
sekitar.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Hijau
BUANG SAMPAH
Zainal Abidin Mohamad
DI TEMPATNYA
Bumi yang tiada rimba
seumpama hamba
dia dicemar manusia
yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


bagai tiada nyawa
pasti hilang suatu hari
tanpa disedari

Pelbagai pendekatan harus dilaksanakan bagi mendidik masyarakat menghargai dan


peka terhadap alam sekitar. Pendidikan pada peringkat sekolah, kempen, ceramah,
pengedaran risalah, diskusi, wacana ilmu dan forum berkaitan dengan alam sekitar
harus ditingkatkan dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat.

Jika dirujuk negara maju, tahap kesedaran masyarakat mereka terhadap alam sekitar
adalah tinggi. Mereka sangat menghargainya. Namun, di Malaysia tahap kesedaran
dalam kalangan masyarakat masih rendah iaitu tidak mencapai 30 peratus.

Memperkasa alam sekitar perlu jadi agenda utama


Oleh Prof Madya Dr Haryati Shafii
bhrencana@bh.com.my

18
16
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TARIKH : 25 MAC 2021 HARI : KHAMIS MASA : 8:30 – 9:30/10:00-11:00

KARANGAN DOMAIN KERJAYA

Encik Hoo Kiew Meow, pengurus kolam udang harimau memaklumkan bahawa beliau bersama pekerja-pekerjanya
menguruskan 12 kolam udang setiap hari. Seterusnya, beliau memasarkan udang harimau tersebut bukan sahaja
untuk keperluan tempatan, malahan turut mengeksportnya ke luar negara seperti Korea, Singapura, dan China.
Biasanya, udang harimau dipasarkan dalam bentuk bungkusan dingin beku dan segar.

Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019

Bidang pertanian semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia di Malaysia hari ini kerana menghasilkan pulangan
yang lumayan. Huraikan ciri-ciri seorang petani yang berjaya.

Soalan 2 : SINT AKSIS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan tiga ayat majmuk kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.

Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding. Grafiti ialah suatu lakaran yang
dibuat pada dinding. Suatu ketika, grafiti ini dikaitkan dengan golongan muda yang mahu meluahkan perasaan yang
bergelojak. Oleh sebab itu, grafiti dipandang negatif dan dianggap sebagai vandalisme. Lukisan jalanan mural dan
grafiti merupakan salah satu seni yang sedang berkembang maju.

Dipetik dan diubah suai daripada Seni Jalanan: Mural dan Grafiti Buku Teks hal: 160

Soalan 3 : PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut.

Siswazah harus menjadi ejen perubahan pada masyarakat dengan memberi sumbangan yang bermakna kepada
pembangunan sosio ekonomi negaranya. Namun, ruang kerja bagi siswazah sastera, bahasa, sains sosial dan
pendidikan tidak sahaja terhad dan penuh dengan saingan yang hebat. Keadaan itu menjadi semakin buruk dengan

19
bilangan lepas universiti dan siswazah yang semakin bertambah daripada setahun ke tahun. Oleh itu, siswazah
perlu bersedia dengan berbagai kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran.

20

You might also like