You are on page 1of 1

SMK BANDAR BARU BANGI

SOALAN KAJIAN KES - JULAI/OGOS 2020


TINGKATAN 4

ARAHAN :
PILIH SALAH SATU tajuk di bawah dan laksanakan sebuah Kajian Kes
untuk 5 muka surat yang cemerlang.
Tarikh Penghantaran : 10 Ogos 2020 ( Isnin )

Soalan 1
Salah satu kebijaksanaan tentera Jepun menduduki Tanah Melayu semasa perang
dunia kedua adalah dengan menggunakan slogan. Buktikan pernyataan ini.
a. Apakah maksud slogan dan huraikan 3 contoh slogan yang digunakan oleh
tentera Jepun.
b. Mengapakah tentera Jepun menggunakan slogan tersebut.
c. Jelaskan 3 pengajaran yang dapat diambil daripada slogan tersebut.
d. Hasilkan sebuah slogan anti penjajah yang menarik.

Soalan 2
Masyarakat berbilang kaum di negara kita mengalami kesengsaraan dan
pengalaman pahit akibat kekejaman tentera Jepun. Pentadbiran tentera Jepun
memberikan layanan yang berbeza-beza mengikut kaum berdasarkan
kepentingannya.
a. Huraikan sebab-sebab perbezaan layanan.
b. Nyatakan kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan yang dialami oleh
rakyat.
c. Kesengsaraan telah mencetuskan semangat nasionalisme yang tinggi dalam
kalangan penduduk. Jelaskan.

KERTAS SOALAN
TAMAT

You might also like