You are on page 1of 2

SMK TASEK PERMAI, AMPANG

SOALAN KAJIAN KES 2022/2023


TINGKATAN 4

ARAHAN :
PILIH SALAH SATU tajuk di bawah dan laksanakan sebuah Kajian Kes untuk 5 muka
surat yang cemerlang.
Tarikh Penghantaran : 20 JANUARI 2023 ( JUMAAT )

Soalan 1
Salah satu kebijaksanaan tentera Jepun menduduki Tanah Melayu semasa perang dunia kedua adalah
dengan menggunakan slogan. Buktikan pernyataan ini.

a. Apakah maksud slogan dan huraikan 3 contoh slogan yang digunakan oleh tentera Jepun.
b. Mengapakah tentera Jepun menggunakan slogan tersebut.
c. Jelaskan 3 pengajaran yang dapat diambil daripada slogan tersebut dan hasilkan sebuah slogan
anti penjajah yang menarik
d. Cadangkan langkah-langkah untuk mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh kuasa
asing.

Soalan 2

Masyarakat berbilang kaum di negara kita mengalami kesengsaraan dan pengalaman pahit akibat
kekejaman tentera Jepun. Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza-beza
mengikut kaum berdasarkan kepentingannya.

a. Huraikan sebab-sebab perbezaan layanan.


b. Nyatakan kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat.
c. Kesengsaraan telah mencetuskan semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan
penduduk. Jelaskan.
d. Cadangakan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
remaja pada hari ini.

Format kajian kes


1. Tajuk ( penyataan masalah )
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian ( buat berdasarkan pernyataan masalah
4. Kaedah kajian ( sekurang-kurangnya 3 kaedah )
5. Hasil kajian
6. Kesimpulan
7. Lampiran ( bukti gambar, dialog )
8. Rujukan

You might also like