You are on page 1of 9

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ​punca-punca
kelemahan pengangkutan awam ​dan ​langkah-langkah mengatasi kelemahan tersebut.
Panjangnya rumusan hendaklah​ ​tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesesakan lalu lintas di Lembah Klang semakin teruk. Hal ini berpunca daripada sistem
pengangkutan yang kurang cekap dan tidak mampu menampung jumlah pengguna yang semakin
meningkat. Pertambahan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
secara mendadak tanpa peningkatan taraf perkhidmatan awam menyebabkan kekecewaan pihak
pengguna. Lantas, mereka beralih kepada kenderaan persendirian untuk memudahkan urusan
harian.

Keadaan bertambah terhimpit ​ekoran daripada harga minyak petrol naik mendadak di
pasaran. Lebih merumitkan apabila Dasar Automobil Nasional menyarankan rakyat memiliki
kenderaan sendiri. Pengangkutan awam berfungsi sebagai jaringan pengangkutan kepada mereka
yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. Selain itu, pengangkutan awam merupakan jalan
penyelesaian kepada mereka yang ingin mengelak kesesakan dan ingin menjimatkan kos.

Pelbagai rungutan orang ramai berhubung dengan ketidakcekapan perkhidmatan sistem


pengangkutan awam di negara ini sering dilaporkan oleh media massa. Dalam tempoh 10 tahun
terakhir ini, barulah diwujudkan sistem kereta api aliran ringan di Kuala Lumpur. Malangnya,
sistem ini tidak menyeluruh di semua kawasan penduduk. Satu perkara yang merosakkan imej
pengangkutan awam ialah masalah gangguan seksual yang mudah berlaku kerana terpaksa
berhimpit-himpit di dalam bas atau komuter.

Kerajaan hanya membenarkan empat buah sistem pengangkutan diusahakan oleh syarikat
pengangkutan yang berbeza. Dalam hal ini, sepatutnya syarikat pengangkutan Sistem Transit
Aliran Ringan (STAR), Putra LRT, KL Monorail, dan KTM Komuter bekerjasama untuk
mengadakan sistem aliran pengangkutan awam yang bersepadu. Keadaan ini mendedahkan
betapa lemahnya sistem pengurusan pengangkutan awam.

Kesesakan jalan raya bukan sahaja menghantui pemilik kereta persendirian tetapi juga
turut menghantui pengguna perkhidmatan awam uang menggunakan jalan raya sebagai medium
perjalanan. Perkhidmatan bas Rapid KL ke LRT turut gagal memberikan perkhidmatan mengikut
masa yang ditetapkan berikutan terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya. Selain itu,
stesen-stesen minyak dan komuter juga turut dilaporkan menjadi tempat kegiatan jenayah seperti

1
peras ugut.

Tempoh masa untuk menunggu bas awam atau tren komuter sampai menyebabkan
pengguna berasa penat menunggu dan kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan. Ditambah
lagi dengan kesesakan dalam bas atau koc yang terpaksa dihadapi oleh pengguna akan
membuatkan pengguna semakin tertekan. Tahap kebersihan pengangkutan awam juga didapati
kurang memuaskan. Penyakit berjangkit juga mudah berlaku di dalam bas atau komuter
berikutan penggunaan alat pendingin hawa.

Baru-baru ini,terdapat cadangan untuk menambah laluan LRT sejauh 42 kilometer


dengan sejumlah 32 stesen disambungkan ke beberapa tempat seperti Kota Damansara, Bandar
Utama, Bangsar, dan beberapa tempat lagi. Walau apa-apa pun, penduduk Kuala Lumpur
menyambut baik cadangan ini dan mengharapkan sistem pengangkutan LRT ini dapat disediakan
dalam tempoh terdekat

Soalan 2: Pemahaman

[​ 35 markah ​]

Soalan 2 ​(a)​ ​- Petikan Umum

Berdasarkan petikan ​Soalan 1​​, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ​keadaan bertambah terhimpit​. [ 2 ​markah​ ]

(ii) Apakah peranan pengangkutan awam? [ 3 ​markah​ ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah – langkah yang sesuai untuk menambah baik mutu
pengangkutan awam di negara ini? [ 4​ markah ​]

2
Soalan 2 ​(​b​)-​ Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan perkara yang dipelajari oleh Ahmad Mutawakkil di

banglo Orang Putih itu. [2 ​markah​]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara daripada

3
dijajah

oleh kuasa asing? [3 ​markah​]

(iii) Huraikan ​satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan
cerpen di

atas dan ​satu​​ perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [​4 markah​]

Soalan 2 (C)- Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan – soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

4
(i) Apakah tujuan Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari? [2
markah​]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan sebab-sebab Kertala Sari tidak mahu menjadi
penggawa agung. [3 ​markah​]
(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara bagi menggelakkan sesebuah negara
daripada
dijajah oleh negara lain? [3​ markah​]

Soalan 2 ​(d)​ Sajak

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

5
(i) Berikan maksud pandai-pandailah kau terbang berdasarkan rangkap keempat
sajak tersebut? [2 ​markah​]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh
seseorang pelajar untuk berjaya dalam pelajaran mereka? [3 ​markah​]
(iii) Huraikan ​dua​​ pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. [4 ​markah​]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[​30 markah​]

Jawab ​semua​​ soalan

(a) Tulis s​ atu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) angkat kaki


(ii) cari gali
(iii) hak milik
(iv) kuat kuasa
(v) reka bentuk
(vi) suai kenal [6​ markah​]

(b) ​Nyatakan jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan, ayat perintah atau ayat pasif.

(i) Wah, cantik betul gelang tangan awak!


(ii) Jangan pergi ke Jepun, terutamanya kawasan yang dilanda tsunami.
(iii) Sarang tebuan itu telah dibakar oleh ayah saya petang semalam. [6
markah​]

6
(c) ​Dalam setiap petikan di bawah ini, terdapat t​ iga kesalahan ejaan​​ dan t​ iga kesalahan dari
segi imbuhan​​. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada t​ iga kesalahan ejaan​​ dan t​ iga kesalahan imbuhan​​.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Pengguna bukan sahaja mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,


masyarakat, dan alam sekitar, malah mereka turut bertanggungjawab terhadap pelangsungan
keperluan jenerasi akan datang. Tanggungjawab itu harus dilaksanakan dengan sebaik
mungkin demi kebaikan semua pihak. Sebaliknya, sikap individulistik seperti terlalu
mementing jenama dan status hanya membinasakan diri. Yang perlu mengutamakan oleh
pengguna adalah koaliti, bukannya kuantiti.
[6 ​markah​]
(d) ​Dalam setiap ayat di bawah, terdapat s​ atu kesalahan penggunaan kata atau istilah​​ dan
satu kesalahan tatabahasa​​. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Upacara pelantikan Yang di-Pertuan Agong diadakan dengan gilang-gemilang


pada Istana Negara.
(ii) Demi untuk menjaga keselamatan anaknya daripada usikan orang jahat, jutawan
itu sanggup mengupah seorang pengawal keselamatan untuk melindungi anaknya.
(iii) Hasil titik peluh akan digunakan oleh saya dengan berhemah. [ 6 ​markah​ ]

(e) Baca dialog dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong dalam dialog tersebut.

Haziq : Kita hendaklah berhati-hati semasa berada di atas jalan raya kerana
kemalangan berlaku pada bila-bila masa, iaitu (i)____________________.
Azif : Memang betul kata engkau, itu pesanan yang amat berguna.
Haziq : Setiap pemandu sepatutnya memandu kenderaan masing-masing dengan
cermat dan tidak memandu kenderaan terlalu laju kerana

7
(ii)___________________________________________.
Azif : Ya, kata orang, (iii)___________________________________.
Haziq : Sekiranya semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya,
sudah tentulah kemalangan maut dapat dielakkan kerana kita tidak mahu
nyawa yang tidak berdosa menerima padahnya. [6 ​markah​]

Soalan 4: Novel

[​15 markah​]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan​ karya Ruhaini Matdarin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa​ karya Abdul Talib Samad
(iii) Pantai Kasih ​karya Azmah Nordin
(iv) Di sebalik Dinara​ karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas​ karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani​ karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari​ karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina​ karya Md Nizar Parman

(a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan contoh latar masyarakat yang
bertanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [7 ​markah​]

8
(b) Nyatakan ​satu nilai kebijaksanaan pada watak utama yang terdapat dalam ​dua buah
novel yang anda pelajari. [8 ​markah​]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like