You are on page 1of 8

2

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
3
SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membaiki kelemahan. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kaedah yang digunakan


untuk menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). [3 markah]

(iii) KBAT merupakan pelengkap pembentukan modal insan dalam sistem


pendidikan negara.

Pada pendapat anda, selain melahirkan generasi yang seimbang, apakah


ciri-ciri modal insan yang dapat dilahirkan apabila rakyat negara kita
menguasai KBAT? [4 markah]

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
4
SULIT 1103/2

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
5
SULIT 1103/2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada
bank?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan sektor pertanian kepada negara?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2(d) - Sajak

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
6
SULIT 1103/2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan gambaran suasana alam yang mewarnai kehidupan manusia dalam sajak
tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada rangkap terakhir, penyair turut berasa sedih atas kemunduran bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan untuk memantapkan lagi
kedaulatan bahasa Melayu?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
7
SULIT 1103/2

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) bentuk
(ii) bidang
(iii) gugus
(iv) kuntum
(v) ruas
(vi) sisir
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital
swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
(ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam
pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam
Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
(iii) Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru
bertugas, Puan Siti Zurairiyyah binti Alha.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sempena perayaan Hari Guru pada tahun ini sebuah syarikat koperat telah diberikan
kupon percuma sebagai tanda menghargai jasa guru-guru.

(ii) Hujan yang turun tercurah-curah sejak pagi tadi menyebabkan kampong itu dilanda banjir
sedalam dua meter.

(iii) Beberapa orang pelajar balik awal kerana terlibat dalam rapthai acara persembahan
sempena Perayaan Hari Kebangsaan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
8
SULIT 1103/2

satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi


setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sesetengah orang berasa mewah apabila mereka membeli barangan yang berjenama tanpa
memikirkan harga barangan itu sama ada berpatutan dan tidak.

(ii) Ayah merancang berangkat ke kampung di hujung minggu ini kerana memenuhi jemputan
majlis perkahwinan anak rakan baiknya.
[6 markah]

(iii) Peristiwa sebuah pesawat Air Asia yang terhumban di Laut Jawa telah dirakam oleh
seorang saksi menggunakan digital kamera.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.

(i) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(ii) Seperti air dalam kolam

(iii) Alah biasa tegal biasa.


[6 markah]

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT
9
SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut :
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin
(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iii) Pantai kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(i) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(ii) Selain persoalan, peristiwa yang digarap oleh pengarang juga mengandungi nilai
yang dapat diteladani oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang ada
hubung kait dengan nilai kesabaran dalam novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like