You are on page 1of 13

SEKOLAH ANTARABANGSA SRI KUALA LUMPUR

SUBANG JAYA
_________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2023

BAHASA MELAYU
Kertas 2 2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA bahagian dengan SEMBILAN soalan.

2. Bahagian A - Sistem dan Aplikasi Bahasa.

Bahagian B - Pemahaman

Bahagian C – Rumusan.

3. Jawab semua soalan pada kertas kajang ( test pad).

_________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
SULIT 2
1103/2

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa


[35 markah]

Soalan 1- Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata terbitan bagi setiap kategori iaitu
kata terbitan awalan, kata terbitan apitan dan kata terbitan akhiran. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar
imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sebelum meneruskan pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksud perkataan yang
menjadi mauduk pidato saya. Bilik darjah bermaksud bilik atau tempat untuk belajar, manakala
masa hadapan pula merujuk gambaran tentang kehidupan kita pada masa akan datang. Pengajaran
berkesan pula bermaksud proses terancang yang menyediakan dan mewujudkan suasana yang sihat
bagi menggalakkan murid untuk terus belajar. Ringkasnya, bilik darjah masa hadapan ialah bilik
darjah yang memenuhi keperluan generasi masa hadapan. Terdapat beberapa kelebihan bilik darjah
masa hadapan yang membolehkan pengajaran yang berkesan dijalankan.

( Dipetik dan diubah suai daripada Petikan Bilik Darjah Masa Hadapan,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
DBP 2019)

[ 6 markah ]

Soalan 2 – Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti tiga Frasa Kerja dan tiga Frasa Sendi.

Impian untuk menjelajahi Pulau Tasmania, sebuah negeri di Australia, akhirnya tercapai. Tasmania
menjadi pilihan kerana alam semula jadinya yang indah dan masih dipertahankan oleh penduduk
setempat. Setiap satunya menawarkan keindahan dan keistimewaan yang tersendiri termasuk
peluang untuk bertemu dengan mergastua di habitat semula jadinya. Untuk ke Tasmania, saya dan
rakan-rakan mengambil penerbangan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Melbourne. Kemudian,
perjalanan diteruskan ke Hobart. Di Hobart, kami menginap di rumah inap milik pasangan suami
isteri Melayu yang telah bermastautin di Tasmania sejak sekian lama.

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 3
1103/2
( Dipetik dan diubah suai daripada Petikan Menyusuri Pulau Inspirasi,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
DBP 2019 )

[ 6 markah ]

Soalan 3 – Penyuntingan

Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa. Dalam petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan -petikan tersebut.

Petikan 1
Remaja hendaklah selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambahan pula, remaja mudah
berpeluh. Sabun tidak dimudaratkan kulit dan jika digunakan secara berlebihan dapat menyebabkan
kulit menjadi kering. Sabun yang bersesuaian hendaklah dipilih jika mempunyai kulit yang kering.
Bahan pelembap kulit perlu disapu kepada kulit selepas mandi. Pelembap membantu mengekalkan
kelembapan kulit. Minyak bayi pula boleh digunakan untuk disapukan pada kulit yang kering.
Remaja yang kulitnya berminyak pula bukan perlu menggunakan sembarang pelembap.

Petikan 2
Zaman dahulu robot hanyalah sekadar mesin. Pada masa kini, kita menyaksikan robot dapat
bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem yang membolehkannya berfungsi
dengan robot lain. Lebih betul lagi, penggunaannya bersangkut paut dengan keupayaan internet.
Pengeluaran barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap apabila semua urusan dilakukan melalui
Internet. Sebagai contoh, penggunaan robot sebagai pengesan di dalam pertanian bukan sahaja
mampu mengetahui keadaan cuaca, malahan berupaya memaklumkan jumlah air yang diperlukan
oleh tanaman.

[11 markah]

( Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
DBP 2019 )

Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; Maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah
gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya,
sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 4
1103/2
Setelah sudah ia berfikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan
tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada
tempat singgah itu, maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik
menaruh harta. [6 markah]

( Dipetik dan diubah suai daripada


Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul )

Soalan 5 – Peribahasa

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja,


kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Dahlia : Tolonglah papa, mama. Lia kata tak mahu, tak mahulah! Papa dan
mama janganlah paksa-paksa Lia.

Puan Ros : Papa dan mama tak paksa pun. Alang-alang mandi biarlah basah. Kami
cuma tak mahu Lia buat kerja separuh jalan. Lagipun, Lia sudah besar
panjang.Takkanlah cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

Encik Aris : Dulu, Lia yang beria-ia hendak mewakili sekolah dalam permainan
tenis. Bagai orang haus diberikan air,orang lapar diberikan nasi.
Sekarang sudah terpilih hingga peringkat kebangsaan, kenapa menolak?

Dahlia : Peperiksaan sudah dekatlah, papa. Lia tak mahu tertinggal pelajaran.

Puan Ros : Bukankah Cikgu Arman kata, kelas tambahan untuk Lia?

Puan Ros : Hairan betul mama. Lia berubah 360 darjah, janganlah jadi seperti air di
daun keladi. Semasa pujuk mama dulu, Lia juga yang kata, banyak
atlet wanita kita yang berjaya dalam sukan mahupun pelajaran. Di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekarang apa sudah jadi?

( Dipetik dan diubah suai daripada Petikan Bukan Halangan,


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
DBP 2019 )

[6 markah]

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 5
1103/2

Bahagian B : Pemahaman
[ 35 markah ]
Jawab semua soalan
SOALAN 6 : Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Apakah aktiviti berbahasa Melayu yang
Soal Jawab dijalankan?
dengan Banyak aktiviti bahasa yang dijalankan seperti
pertunjukan sandiwara dan pertandingan
Profesor pidato bahasa Melayu
Dr. Kyoko Funada
Mengapakah pelajar suka mempelajari
bahasa Melayu? Apakah pula kesannya?
Di manakah program bahasa Melayu Pelajar sangat suka belajar bahasa Melayu
ditawarkan di negara Jepun? Berapakah kerana mereka ingin tahu tentang Malaysia.
bilangan institusi yang terlibat? Kesannya, hubungan antara Jepun dengan
Setsunan University di Osaka dan Tokyo Malaysia menjadi lebih dekat dan akrab.
University of Foreign Studies di Tokyo adaSelain itu, pengetahuan tentang Malaysia
menawarkan jurusan Bahasa Melayu. Selain diperdalam. Mereka juga mendapat rakan
itu, terdapat kira-kira 20 universiti lainyang berbangsa Melayu.
mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa
asing untuk mata pelajaran pilihan. Lebih Apakah harapan Dr. tentang pengajaran
kurang 10 buah sekolah juga mempunyai bahasa Melayu di Jepun?
mata pelajaran bahasa Melayu. Sampai sekarang tidak begitu ramai orang
Jepun yang mempelajari bahasa Melayu.
Sejak bilakah program bahasa Melayu Semoga institusi yang mengajarkan bahasa
dijalankan? Melayu di Jepun akan bertambah, dan makin
Program bahasa Melayu telah bermula sejak ramai orang Jepun mempelajarinya supaya
tahun 1908, iaitu di sekolah bahasa asing, hubungan persahabatan antara Jepun dengan
Tokyo Gaikoku-Go Gakko. Malaysia menjadi lebih erat dan akrab.
Saya berkata demikian kerana bilangan
1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 6
1103/2
Apakah yang dipelajari oleh mereka pelajar yang mempelajari bahasa Melayu
berkaitan dengan bahasa Melayu? sebelum Perang Dunia Kedua ramai tetapi
Pelajar di sini mempelajari pelbagai aspek jumlahnya merosot selepas itu. Buat masa ini
bahasa. Antaranya termasuklah tatabahasa, di Kanda University of International Studies
membaca, mendengar, dan berbicara. terdapat sekitar 140 pelajar mempelajari
Mereka juga belajar tentang budaya, bahasa Melayu pada setiap tahun. Saya
kesenian, sosial, politik, ekonomi, berharap jumlah ini akan bertambah.
antropologi, dan geografi Malaysia.
( Dipetik dan diubah suai daripada
Soal Jawab dengan Profesor Dr. Kyoto Funada,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
DBP 2019)

Bahan 2

Terdapat beberapa persamaan antara


bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek,
terutamanya bagi kata pinjaman daripada
bahasa Arab dan bahasa Parsi. Selain itu,
saya juga tertarik untuk mendalami
bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
belum terkenal di rantau Asia Tenggara
Nama penuh saya ialah Erkin Bekkulov jika dibandingkan bahasa Asia yang lain.
Raimovich dan saya berbangsa Uzbek. Saya Antaranya termasuklah bahasa Korea,
berasal dari Uzbekistan. Saya mengikuti bahasa Cina dan bahasa Jepun.
pengajian pada peringkat sarjana muda pada
tahun 208 hingga 2013 dan sarjana pada tahun Saya berpendapat bahawa bahasa Melayu
2013 hingga 2015 di Tashkent State Institute of ialah bahasa yang menarik. Sebagai
Oriental Studies (TSIOS) contoh dalam tatabahasa bahasa Melayu,
penggunaan kata kerjanya tidak berubah
Sejak tahun 2013, saya mula menjadi guru mengikut masa. Kata kerja yang sama
bahasa Melayu di Uzbeskistan State University boleh digunakan tanpa mengira masa
of World Language. Perkhidmatan saya tamat lalu, masa sekarang, atau masa hadapan.
di universiti tersebut pada tahun 2018. Para pelajar saya kadang-kadang terkejut
Mengapakah saya berminat mempelajari kerana ada perkataan dalam bahasa
bahasa Melayu? Sejujurnya bahasa ini lebih Melayu sama degan bahasa Uzbek.
mudah dipelajari berbanding dengan bahasa Antaranya seperti perkataan dunia, sabun,
yang lain. dan alam.
( Dipetik dan diubah suai daripada
Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan,
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
DBP 2019)
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa tertarik untuk mendalami.
[ 2 markah ]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca bahasa Melayu telah berjaya menarik
orang luar untuk mempelajarinya.
1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 7
1103/2
[ 3 markah ]

iii. Banyak usaha yang boleh diambil untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan terutamanya kepada generasi muda.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi
menjayakannya? [ 3 markah ]

iv. Anda telah menyertai Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan
Bahasa dan Pustaka. Anda diminta untuk membentangkan kertas kerja bertemakan
“Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Diplomasi”.
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu
dalam kalangan penuntut-penuntut berbangsa asing?
[ 4 markah ]

Soalan 7 : Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Fajar sudah menyingsing. Cahaya matahari sudah
menyingkap tabir subuh memancarkan sinaran paginya ke arah Bukit Kepong. Bukit Kepong mulai
terang. Tembakan kedua-dua pihak terus hebat. Pasukan Sarjan Jamil Mohd Shah masih kuat
bertahan, pasukan komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks polis.
Tiba-tiba Sarjan Jamil Mohd Shah dan anak buahnya mendengar bunyi bugle ditiupkan buat kali
kedua. Bunyi tembakan musuh mula mereda, kemudian terus senyap. Tiba-tiba suara parau
berkumandang di udara melalui satu corong pembesar suara.
“Polis, ooii polis, menyerah!” jerit Madera.
“Polis, baik menyerah! Awak semua sudah terkepung!” jerit Madera sekali lagi.
“Polis tidak menyerah, kami tidak akan menyerah!” jerit Othman Yusuf penuh semangat. Jeritan
Othman Yusuf menaikkan bulu roma rakan-rakannya. Sarjan Jamil Mohd. Shah dan anak buahnya
akur sahaja dengan jawapan Othman Yusuf tadi.
“Kita ke sini bukan untuk menyerah, kita menjalankan amanah dan tanggungjawab!” kata Sarjan
Jamil Mohd. Shah kuat, memberikan semangat kepada anak buahnya.
“Polis tidak akan menyerah, kami akan lawan!” jerit kuat Sarjan Jamil Mohd Shah. Anak
buahnya sedang bertahan di dalam kubu masing-masing mematikan diri sambil bersiap sedia
dengan senjata dihalakan ke arah musuh.

( Dipetik dan disunting daripada Novel Bukit Kepong


Ismail Johari,1999
Dewan Bahasa dan Pustaka )

Bahan 2

Pahlawan dan Tanah Air

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 8
1103/2
Pahlawan sejati,
Dalam hatinya bernyanyi,
Tanah air dan bangsa,
Di mana terpaut cinta mulia,
Untukmu darah ini mengalir,
Padanya jasad ini cair.

( Dipetik dan disunting daripada


Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara, Usman Awang 1991
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berdasarkan bahan 2, apakah maksud rangkai kata fajar sudah menyingsing ?


[ 2 markah ]

ii. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah persamaan yang terdapat dalam petikan 1 dan
petikan 2?
[ 3 markah ]

iii. Dewasa ini, ramai remaja yang tidak lagi tahu cara untuk menunjukkan bahawa mereka
mempunyai semangat patriotik dalam diri mereka. Mereka belum lagi memahami erti
sebuah pengorbanan dan cinta akan negara.

Pada pendapat anda, wajarkah Sarjan Jamil Mohd. Shah tetap bertahan walaupun mereka
telah dikepung? Jelaskan pendapat anda?
[ 3 markah ]

iv. Ketidakstabilan kerajaan dan pergolakan politik dalam negara akan memberi ruang kepada


pihak musuh untuk memporakperandakan negara kita.

Sekiranya musuh negara mengancam kita, apakah tindakan yang akan anda lakukan?
[ 4 markah ]

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 9
1103/2

Soalan 8: Novel

( i ) Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bagi Mak Milah itu bukanlah kali pertama melihat suaminya bercakap mengenai Kesultanan
Melayu Melaka yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu itu. Sudah banyak kali
diperkatakannya. Suaminya bagaikan sengaja mengulang-ulang cerita itu supaya tidak luput
daripada ingatannya. Bukan di rumah sahaja dia bercerita, malah apabila ada kesempatan, dia selalu
menceritakannya kepada penduduk kampung itu terutama anak-anak muda.
Menurut Pak Saidi, punca keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah kerana orang Melayu
tidak lagi bersatu. Para pemimpin pula berebut kuasa. Fitnah dan adu domba berleluasa. Pahlawan
Hang Tuah difitnah. Bendahara Tun Mutahir dihukum bunuh dan akhirnya Sultan Mahmud hilang
takhta dan menjadi pelarian.
( Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
karya Abdul Latip bin Talip,
Kementerian Pendidikan Malaysia )

(i) Nyatakan punca-punca keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu.
[ 4 markah ]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 10
1103/2
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

b)   Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor


c)   Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kepentingan peristiwa pada permulaan
cerita yang menyebabkan anda meneruskan pembacaan.

[ 6 markah ]

Bahagian C : Rumusan
[ 30 markah ]

Bahan 1 – Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Sejak tahun 1985 sehingga kini, Malaysia telah menjadi  buah mulut bukan sahaja pelancong asing
malahan pelancong tempatan juga. Saban tahun kehadiran pelancong dari luar negara sentiasa
bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan pihak swasta sentiasa giat mempromosikan
Malaysia di seluruh dunia untuk merancakkan lagi perkembangannya. Hal ini menjelaskan bahawa,
usaha memperkembangkan industri pelancongan banyak membawa faedah kepada sesebuah negara.
Pelancongan dapat menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pelancongan menjadi
penggerak utama tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancong asing, dapatlah sesebuah
negara memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.  Seterusnya,
wang yang diperoleh oleh kerajaan dapat digunakan  untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-
kemudahan pelancongan dan pembangunan fizikal negara.
Selain itu, pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor
tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti
pekerja hotel, pemandu pelancong,  pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraf tangan.
Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.
1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 11
1103/2
Perkembangan industri ini menjadi nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti sektor
pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan, pertanian dan penternakan.
Seterusnya, pelancongan dapat memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah
negara yang memberi seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang
telah diwarisi sejak zaman-berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pengekalan bahan-
bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para pelancong dari dalam atau luar negara untuk
melihat sendiri tentang keunikan seni bina ciptaan  masyarakat Oleh itu, pemeliharaan warisan
negara membolehkan pelancong mempelajari dan mengenali sejarah asal usul sesebuah negara dan
melahirkan generasi yang berjiwa patriotik.
Pelancongan juga dapat dijadikan agen perpaduan antarabangsa. Manusia di dunia ini
disekat oleh sempadan politik. Dalam setiap negara pula mereka dikumpulkan mengikut bangsa,
agama dan warisan etnik. Dengan cara itu, sudah pasti para pemimpin tersebut akan
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diplomatik antara negara mereka
termasuk Malaysia
Kesimpulannya, semua pihak perlu bahu-membahu bagi memastikan impian negara untuk
menjadi destinasi pelancongan utama di dunia dan rantau ini terus subur. Pihak kerajaan
terutamanya haruslah sentiasa melipatgandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap  agar
negara Malaysia akan lebih dikenali.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


Pembangunan Pelancongan dan Impaknya Terhadap Negara
Alynne Nessie
Academia Education )

Bahan 2

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 12
1103/2

Bahan 3 – Grafik
Sebagai pelancong, kita memiliki tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam apa-apa jua
keadaan sekalipun seperti tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar. Kini pelancongan hijau
yang menyebarkan mesej melestarikan alam sekitar semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

CIRI-CIRI PELANCONG HIJAU

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT
SULIT 13
1103/2

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

( Pn Fazilah MZin ) ( Ketua panitia BM ) ( En. Tan Sun Seng )

&

( Cik Siti Zati Muhadi )

1103/2
[Lihat halaman sebelah

SULIT

You might also like