You are on page 1of 4

LATIHAN TATABAHASA COVID-19 (3)

LATIHAN TATABAHASA 1
(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. [6 markah]

(i) atasan

(ii) warisan

(iii) imbasan

(iv) hantaran

(v) lompatan

(vi) halangan

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
[6 markah]

(i) Masalah stres dalam kalangan pekerja boleh diselesaikan oleh majikan sekiranya mereka
mengambil langkah pencegahan awal.

(ii) Kursus tentang kejuruteraan teknologi telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan
universiti di negara kita.

(iii) Isu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.

[6 markah]

1
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
[6 markah]

(i) Kesan kepanasan global telah menyebabkan berlakunya cuaca panas yang eksterem dan
musim kemarau yang tidak dapat dijangkakan.

(ii) Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat muhibbah, saling dipercayai
dan mengamalkan sikap toleransi sesama mereka.

(iii) Kakitangan awam dinasihati agar tidak mencampur-adukkan masalah peribadi dengan
masalah kerja semasa ditugaskan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula. [6 markah]

(i) Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami akan pulang di kampung pada hujung
minggu itu untuk melihat nenek.

(ii) Banyak lain-lain faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan sebelum mengizinkan
sesuatu projek pembangunan.

(iii) Sejak awal pagi lagi Mak Bedah telah bersiap siaga untuk menguruskan sawahnya
yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
berdasarkan situasi tersebut. [6 markah]

Walaupun Faten dan Nabila adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan
perwatakan yang sangat berbeza seperti peribahasa __________(i)_____________. Mereka sering
berselisih faham dan sering bertengkar bagai ___________(ii)____________dalam menegakkan
pendapat masing-masing. Ayah mereka selalu memberikan nasihat agar mereka berbaik-baik antara
satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu dapat diselesaikan apabila
mereka mula sedar akan kesilapan dan bermaaf-maafan seperti maksud peribahasa
___________(iii)______________.

[ 6 markah ]

2
SET 2

(a) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. [6 markah]

(i) dalam – dalaman

(ii) khayal – khayalan

(iv) sambut – sambutan

(b) Lengkapkan kata hubung yang paling tepat untuk dimasukkan dalam ayat majmuk
pancangan di bawah. [6 markah]

(i) Orang itu menafikan ______________ barang-barangnya telah hilang.

(ii) _______________ saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.

(iii) Lelaki _________________ berbaju biru itu ialah abang saya.

(iv) Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang __________________ mereka mendapat


sokongan rakyat.

(v) _________________ badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.

(vi) Kita mestilah bertolak ansur __________________ semua pihak berpuas hati.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
[6 markah]

(i) Beberapa pengembangan yang menarik dapat kita saksikan dalam teknoloji telefon
bimbit apabila pelbagai ciptaan baharu akan muncul.

3
(ii) Meskipun masyarakat orang asli di negara ini tinggal di kawasan pendalaman,
kebajikan mereka tetap tidak diabaikan kerana mereka juga penduduk pribumi.

(iii) Ibu memotongkan kek itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada
anak yatim itu.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula. [6 markah]

(i) Kedengaran samar-samar suara orang menjerit meminta pertolongan ketika saya duduk
bersendirian di petang itu.

(ii) Dalam dokumentasi tentang Pelabuhan Tanjung Pelepas pada pukul 8.00 malam tadi
terdapat video klip berkenaan dengan pengurusan pelabuhan tersebut..

(iii) Minat membaca di kalangan golongan muda yang semakin merosot telah menyebabkan
industri pembuatan buku dan bahan bacaan di negara ini terjejas.

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut. [6 markah]

Ayah : Adib, jagalah diri dan tingkah laku ketika bergaul dengan orang lain.
Jangan melakukan sesuatu yang negatif. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu
(i)__________________________________________________.

Adib : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar kolej nanti ayah berharap Adib belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak, ucaplah terima kasih kepada pensyarah dan semua guru di sekolah
yang pernah mendidik abang, janganlah seperti peribahasa
(ii)_____________________________________________________.

Adib : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika sudah bekerja, janganlah suka berhutang atau melakukan
sesuatu yang memudaratkan diri sendiri kerana (iii)__________________
__________________________________________________________.
[ 6 markah ]

You might also like