You are on page 1of 3

SKEMA JAWAPAN

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan .penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) destinasi - tempat
(ii) definisi -maksud
(iii) defisit - penurunan
(iv) subversive bertujuan memusnahkan sesuatu system politik/ cth:- kerajaan sentiasa
mengawasi Negara daripada ancaman subersif
(v) vandalisme merosakkan harta benda
(vi) zuriat - anak /kelahiran
[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat
dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:
Subjek :______________________________________________________________
Predikat :______________________________________________________________

SUBJEK
1.
2.

Seseorang juruterbang
Kerjaya ini

3.

Kemahiran memandu kapal terbang

4.

Mereka

5.

Juruterbang yang berkemahiran

6.

Kecekapan

PREDIKAT
sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.
menuntut keberanian juruterbang memandu
pesawat.
lebih sukar daripada memandu kenderaan
lain.
perlu menjalani latihan khas di pusat latihan
penerbangan.
mampu menerbangkan pesawat tanpa
mengira sama ada perjalanan itu jauh atau
dekat
amat penting dalam meneruskan kerjaya
sebagai juruterbang
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana
kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.
(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat
penting untuk jaminan keamanan negeri.
[6 markah]
Jawapan 3(c)
(i) pelusuk
- pelosok
penceroboh - pencerobohan
(ii) bandaraya - bandar raya
padatan
- kepadatan
(iii) hulu balang - hulubalang
jaminan
- menjamin

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)

Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat
video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah
mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di
negara ini.
(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
[6 markah]
Jawapan 3(d)
(i) dokumentasi
- dokumentari
video klip
- klip video
(ii) Yang Berhormat
- Yang Amat Berhormat
ke
- kepada
(iii) hadiah
- bintang / pingat
dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan

(e) Baca ayat berikut kemudian nyatakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam ayat-ayat ini
(i)

Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir,semua pihak yang

bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala BIDUK LALU


KIAMBANG BERTAUT
(ii)
Salina sering berpegang pada prinsip bahawa setiap manusia mempunyai sikap atau
tingkah laku berbeza antara satu sama lain.RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAINLAIN
(iii)
Encik Suren meminta pelajarnya yang bernama Jia Chin membaiki komputernya
tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama
sekali. BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU
[6 markah]

You might also like