You are on page 1of 2

PRAKTIS 1 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

jalan
sejalan
berjalan
menjalani
dijalankan
perjalanan
[6 markah]

(b)Kenal pasti jenis ayat-ayat di bawah. Tentukan sama ada ayat ayat tersebut ialah ayat penyata,
ayat perintah, ayat tanya atau ayat seruan.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Pokok kelapa di hadapan rumah nenek amat tinggi.


Buah durian di kebun ayah belum gugur?
Kita digalakkan berderma kepada anak-anak yatim untuk mendapat keberkatan hidup.
Tolong siapkan tugasan yang saya beri dan hantar sebelum hari Khamis.
Syabas, anda telah berjaya menjawab semua soalan dengan betul!
Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dansatu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
(ii)
(iii)

Dalam Bajet 2012, pemilik teksi bersendirian di negara ini bakal menerima perbagai bantuan
daripada kerajaan.
Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri membuktikan bahawa kerajaan Malaysia
memperjuang hak asasi manusia tanpa prajudis.
Pelbagai pihak mencadangkan kempen perpaduan dijalankan secara berkala agar sentemen
perkauman dapat dihapuskan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
(ii)
(iii)

(e)
(i)
(ii)

Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel ini ?, tanya peserta perlawanan
memasak itu.
Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang
dia buat.
Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta
api di kawasan landasan itu.
6 markah]
Berikan maksud bagi setiap peribahasa di bawah.
bagai menatang minyak yang penuh.
seperti pahat dengan penukul.

(iii)

seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.


[6 markah]

You might also like