You are on page 1of 7

SOALAN 3 (d) : KESALAHAN PENGGUNAAN KATA/ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

SPM 2005

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen

Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.

(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin

itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.

(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

SPM 2006

(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik

mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

(ii) Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep

layan sendiri .

(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan

martabat mereka.

SPM 2007

(i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja

syarikat tersebut.

(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba

musim membajak padi.

(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi

tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.


SPM 2008

(i) Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa

dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

(ii) Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan

bakinya disimpan di dalam bank.

(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung

Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

SPM JUN 2009

(i) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk

menangkap ikan di sungai.

(ii) Pilih mana jurusan yang sesuai dengan kebolehan anda dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia semasa memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

(iii) Dalam konvokesyen itu telah dibentangkan kertas kerja-kertas kerja tentang usaha

usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.

SPM 2009

(i) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara

mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.

(ii) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang

berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam

menjalankan tugas.

SPM JUN 2010

(i) Masalah kekacauan moral dalam kalangan remaja telah mendapat perhatian kerajaan

sejak daripada dahulu lagi.

(ii) Sukan ialah satu wahana yang dapat mengeratkan penyatuan rakyat yang berbilang

bilang kaum di negara kita..

(iii) Di antara matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mengeluarkan

warganegara yang bersahsiah tinggi.


SPM 2010

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut.

Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang
sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan
lagi.

SPM JUN 2011

(i) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara

cara pencegahan penyakit demam denggi.

(ii) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga

menyukarkan para hakim memilih pemenangnya.

(iii) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap

perpaduan kaum.

SPM 2011

(i) Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti

dan diminati oleh orang ramai.

(ii) Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru

mereka tetapkan.

(iii) Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.

SPM JUN 2012

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Bumi umpama sebagai rumah besar bagi segala benda yang merangkumi manusia, haiwan

dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang dianugerahi akal dan

kebijaksanaan untuk menguruskan bumi ini. Namun begitu, akal dan kebijaksanaan itu
sering disalahertikan termasuklah tindakan manusia melupuskan alam dan melakukan
pembaziran dengan sewenangnya. Perkara ini jelas menunjukkan yang tindakan tersebut
dilakukan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.

SPM 2012

(i) Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada

murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.

(ii) Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid

murid istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.

(iii) Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan

seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.

SPM JUN 2013

(i) Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat

diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.

(ii) Pemilik kedai emas itu telah memberi bonus kepada penjaga keselamatan di kedainya

kerana berjaya menghalang perompak dari merompak kedai tersebut.

(iii) Makanan berlemak dan terlalu manis bukan baik untuk kesihatan kerana boleh

menyebabkan kita terbuka kepada risiko pelbagai penyakit.

SPM 2013

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan

lagi.

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka

pada guru semata-mata.

(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan

begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata..

SPM JUN 2014

(i) Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa agar sesuatu yang

dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.


(ii) Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada barang buangan industri

dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan tanah.

(iii) Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat sejagat

selain daripada berperanan sebagai kawasan teduhan hujan.

Latihan Tatabahasa

A.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. dilema 4. gendang

2. delima 5. sarat

3. bendang 6. surat [6 markah]

B.Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.

i.Malaysia mempamerkan aksi yang membanggakan apabila berjaya mengutip 17


emas dalam kejohanan sukan itu.

ii.Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa cuaca memainkan peranan penting
dalam hidup.

iii.Pihak berkuasa hendaklah menjalankan kempen keselamatan di jalan raya untuk


memastikan jumlah kemalangan berkurangan. [6 markah]

C.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan
dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Dalam usaha hendak melahirkan atlit setaraf dunia serta jenerasi yang berdaya
saing, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mewajibkan setiap pelajar sekolah
menyertai satu bidang sukan sebagai landasan untuk menyungkil bakat sukan pada
peringkat akar umbi yang berlaku secara kolektif, bersepadu dan konsistan.

[6 markah]

(D) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami akan pulang di kampung pada
hujung minggu itu untuk melihat nenek.

(ii) Setiap pekerjaan haruslah dilakukan mengikut produser supaya hasil yang
diperoleh memuaskan hati kepada semua pihak.

(iii) Kereta sampel terbaharu keluaran syarikat pengeluar kereta nasional itu
mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai orang. [6 markah ]

(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa yang


dikemukakan.

i. menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

ii air dicencang tiada akan putus

iii bagaimana acuan begitulah kuihnya [6 markah]


Fakta atau maklumat yang ditemui di internet berkaitan obesiti:-
Fakta 1.
Tahukah anda, masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang
membimbangkan pada setiap tahun dan ini menunjukkan bagaimana sikap dan
budaya masyarakat tempatan dalam menjaga kesihatan dan juga memandang
enteng akan permasalahan ini. Selain itu, pada masa yang sama obesti juga dapat
memberikan gambaran kepada kita bagaimana anggaran peningkatan penyakit
kronik dalam kalangan masyarakat tempatan.Antara punca masalah obesiti adalah
kerana bilangan ibu bapa bekerja sering menyediakan anak-anak mereka makanan
segera seperti “burger”, sosej, dan nuget.

Fakta 2.
Obesiti adalah suatu penyakit di mana lemak berlebihan berkumpul di dalam badan
seseorang. Ia bukan sahaja akan menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang
menjadi terhad, malah akan menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi pendek.
Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan kita
seterusnya dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Seseorang itu
dianggap menghidapi masalah obesiti apabila berat badannya adalah 45kg melebihi
berat badan ideal seseorang itu. 

Fakta 3.
Isu obesiti semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan
pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk
mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar
sekolah di negara kita. Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak,
makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi
dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih
berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak.

Fakta 4.
BERDASARKAN laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kira-
kira 8.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai
masalah berat badan berlebihan manakala 5.3 juta individu lagi disahkan obes.

Lebih membimbangkan, masalah obesiti di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari.
Hal ini terjadi kerana banyak makanan rakyat negara ini yang digoreng
menggunakan minyak masak dan mengandungi santan, sekali gus menyumbang
kepada pengumpulan lemak dalam badan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@-PUSAT TUISYEN AMEER-@@@@@@@

You might also like