Professional Documents
Culture Documents
i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari
Contoh jawapan:
i. Cecair.
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan
penyubur pokok.
ii. Kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.
iii. Dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.
iv. Jejari.
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .
Kata ganda berentak
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di hujung)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan
dan maksudnya.
i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.
Contoh jawapan:
i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.
ii. Kuih-muih.
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.
iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya
menjadi cerai-berai.
iv. Karut-marut.
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di pangkal)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan
dan maksudnya.
i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang
Contoh jawapan:
i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.
ii. Bolak-balik.
Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah kata Ali kepada
adiknya.
iii. Mandi-manda.
Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana kata hulubalang
kepada baginda sultan.
iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.
2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan
maksud.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
perbezaan maksud.
i. deklarasi - deklamasi
ii. suram - suam
Contoh jawapan:
i. (a). Deklarasi.
Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur
oleh ketua-ketua negara ASEAN.
(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
Segamat telah diadakan pada bulan lepas.
ii. (a). Suram.
Kabus yang tebal menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu kelihatan suram.
(b). Suam.
Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalam periuk itu.
3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataan
berganda.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.
i. tupai - tupai-tupai
ii. senang - senang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Tupai.
Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokok
durian di dusun Pak Leman.
(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.
ii. (a). Senang.
Asmah, bukan senang aku nak dapat kebenaran daripada ayah kata Aminah kepada adiknya.
(b). Senang-senang.
Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya, kata ibu kepada rakannya.
rasanya.
ii. (a) Penamaan.
Penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kawasan Sepinang akan dilakukan pada
hari esok.
(b) Kenamaan.
Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan
Contoh jawapan:
i. Ada.
Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.
ii. Berada.
Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.
iii. Mengadakan.
Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.
iv. Keadaan.
Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.
7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan perkataan berganda.
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.
i. mengharapkan - harap-harap
ii. menyenangkan - bersenang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Mengharapkan.
Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran ke
Institut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.
(b). Harap-haap.
Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna kata
pengetua kepada penolong kanannya.
ii. (a). Menyenangkan.
Para guru hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu dan menyenangkan
mereka mengajar.
(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahun
mata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senang
belaka.
Latihan 2
Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata itu dan
betulkan imbuhannya.
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini berkait rapat
dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan.
Jawapan:
Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masalah ini berkait
rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya perkilangan dan perkhidmatan.
Latihan 3
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.
Jawapan:
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin
meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin
tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya.
Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka
sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.
Latihan 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat
tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai
program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang
pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program
latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan
diri di kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.
Jawapan:
1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan
tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi
masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera,
pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.
Latihan 5
Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,
1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.
Jawapan:
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.
Soalan 3 (c) (d)
KESALAHAN TATABAHASA
Peringatan kepada pelajar,
1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.
2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan
4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.
Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan
1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.
Contoh;
Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)
Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).
Pergi melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahan
penggunaan perkataan)
Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo
(betul)
6. Ayat tergantung.
Contoh;
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)
7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.
Contoh;
Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)
8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek).
Contoh;
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)
Contohnya;
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)
Contoh-Contoh
Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat
Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)
Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul)
Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah)
Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)
Di antara mereka yang hadir. (salah)
Antara mereka yang hadir. (betul)
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura (salah)
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura (betul)
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim (salah)
Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim (betul)
Bangunan itu adalah Daya Bumi (salah)
Bangunan itu Daya Bumi. (betul)
Banyak orang datang. (salah)
Banyak orang yang datang. (betul)
Berbincang masalah. (salah)
Berbincang tentang masalah itu. (betul)
Berdasarkan kepada perkara itu. (salah)
Berdasarkan perkara itu. (betul)
Bergantung kepada. (salah)
Bergantung pada. (betul)
Berhubung itu. (salah)
Berhubung dengan itu. (betul)
Berkait itu. (salah)
Berkait dengan itu. (betul)
Berkaitan itu. (salah)
Berkaitan dengan itu. (betul)
Bersama. (salah)
Bersama-sama. (betul)
Beda. (salah)
Beza. (betul)
Bola itu Ali tendang. (salah)
Bola itu ditendang (oleh) Ali. (betul)
Bola itu ditendang oleh saya. (salah)
Bola itu saya menendang. (betul)
Bola itu saya tendang. (betul)
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. (salah)
Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. (betul)
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. .(salah)
Buku itu dihantar ke perpustakaan. ( betul )
Buku itu dimasukkan dalam laci. (salah)
Buku itu dimasukkan di dalam laci. (betul)
Buku itu disimpan dalam laci. (salah)
Buku itu disimpan di dalam laci. (betul)
Di dalam hal itu. (salah)
Dalam hal itu. (betul)
Di dalam peperiksaan itu. (salah)
Dalam peperiksaan itu. (betul)
Dari Kedah hingga Sabah. (salah)
Dari Kedah ke Sabah. (betul)
Dari masa ke semasa. (salah)
Dari masa ke masa. (betul)
Dari semasa ke masa. (salah)
Dari semasa ke semasa. (betul)
Daripada segi. (salah)
Dari segi. (betul)
Dato Sri. (salah)
Dato Seri. (betul)
Datuk Sri. (salah)
Datuk Seri. (betul)
Dengan lain perkataan. (salah)
Dengan perkataan lain (betul)
Dalam bilik itu. (salah)
Jawapan,
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksanaannya dapat
berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negara yang berbilang
kaum.
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana
kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan,
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khas kerana
kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan,
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura,
Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang
di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuan
ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman
tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugastugas tersebut.
Jawapan
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,
Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan bayi
yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," kata pensyarah
tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepada
ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik dan
perfileman tanah air.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada lelaki
itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
Soalan 3e (Peribahasa)
Peribahasa
Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa
Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau penggunaannya
Empat jenis peribahasa
Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan
kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan
keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun
sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar
hutang piutang kepada pihak bank.
1. lupa daratan / lupa diri
2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.