You are on page 1of 5

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) melarik

(ii) melirik

(iii) menjurus

(iv) menjirus

(v) menuntun

(vi) menonton

[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa
mengubah maksudnya.

Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara kerana mereka
ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang. Setiap golongan muda
perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan segala kemahiran.
Golongan muda perlu bersaing pada peringkat antarabangsa supaya mereka dapat
membina sahsiah dalam diri.

[6 markah]
3(b)
i. Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.
ii. Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
iii. Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan.
iv. Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala kemahiran.
v. Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
vi. Golongan muda dapat membina sahsiah dalam diri.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Sejak bersara Pak Ishak suka kebun dan melancung ke luar negara. (tiada pengganggu)

ii. Winnie memiliki sebuah cafeteria yang diurusi oleh suaminya Eddy. (tiada pengganggu)

iii. Masalah sosio ekonomi masyarakat bandar yang miskin masih sukar diatasi kerana
kebanyakan mereka kurang didikan.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijulang api dalam
kebakaran yang berlaku lewat malam tadi. (struktur ayat X)

(ii) Dari masa ke semasa, pihak polis meronda di kawasan perumahan itu kerana disangsi
menjadi tempat persembunyian penculik. (struktur ayat X)/disyaki/dipercayai/dikhuatiri

(iii) Kakak telah menerima hadiah sebuah komputer riba dari ayah kerana berjaya
memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai dengan petikan tersebut.

“Bersabarlah Husna,” pujuk Syafika kepada rakan karibnya yang bukan sahaja
emaknya dirawat di hospital pesakit jiwa, malah ayahnya juga ditahan di hospital kerana
mengalami keracunan makanan.
“Sampai hati Mak Pah buat begini. Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk
menyelamatkan anaknya, tetapi dia bukan sahaja tidak menghargai pertolongan saya,
malah menuduh saya pembunuh anaknya,” luah Husna dengan nada sedih.
“Jangan fikirkan sangat cakap Mak Pah itu. Perkara penting yang harus kamu
utamakan sekarang ialah teruskan usaha kamu supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat
Syafika. (tambah ayat)
[6 markah]
i) sudah jatuh ditimpa tangga [ 2 markah ]
ii) seperti kacang lupakan kulit [ 2 markah ]
iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya [ 2 markah ]

SKEMA JAWAPAN
Soalan 3 :
Markah penuh dibahagikan kepada
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b): 6 markah
Soalan 3© :6 markah
Soalan 3(d): 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)


i. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
ii. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
iii. Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
iv. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
v. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
vi. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak 1/2 markah
bagi setiap ayat.
vii. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
viii. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
ix. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.

(i) melarik – 1. menjadikan licin dan bulat. 2. mengorek atau melubangi, mengukir.
(ii) melirik – menjeling dengan tajam, mengerling
(iii) menjurus – mengarah, menuju (terus ke atau kepada), tertumpu
(iv) menjirus – menyiram dengan air
(v) menuntun – 1. menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin. 2.
menghela (basikal, kerbau)
(vi) Menonton – menengok (pertunjukan, wayang gambar)
[6 markah]

3(b)
vii. Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.
viii. Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
ix. Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan.
x. Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran.
xi. Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
xii. Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.

Soalan 3( c) – Kesalahan ejaan dan imbuhan


kesalahan Pembetulan
i) melancung melancong
kebun berkebun
ii) cafeteria kafeteria
diurusi diuruskan
iii) sosio ekonomi sosioekonomi
didikan pendidikan

[ 6 markah]

Soalan 3( d) – Kesalahan kata/istilah dan Tatabahasa


kesalahan Pembetulan
i) Lukisan-lukisan yang cantik-cantik Lukisan-lukisan yang cantik /Lukisan yang cantik-
cantik
dijulang dijilat
i) Dari masa ke semasa Dari masa ke masa / Dari semasa ke semasa
disangsi disyaki
ii) dari daripada
tinggi cemerlang

[ 6 markah]
Soalan 3( e) – Peribahasa
iv) sudah jatuh ditimpa tangga [ 2 markah ]
v) seperti kacang lupakan kulit [ 2 markah ]
vi) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya [ 2 markah ]

[ 6 markah]

You might also like