You are on page 1of 6

SET 3-SKEMA JAWAPAN

Bahasa Melayu SPM Kertas 2

SOALAN 1 - RUMUSAN - [30 Markah ]

Markah penuh 30 iaitu 20 markah (Isi) +10 markah ( bahasa )

Isi

Pendahuluan = 2 markah

Tersurat + Tersirat = 16 markah

Kesimpulan/penutup = 2 markah

Pendahuluan

1. Petikan membincangkan cara-cara/usaha/ikhtiar untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam


kalangan masyarakat/ di Malaysia. [2m]
2. Rumusan ini membincangkan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan
kekangan penggunaannya di Malaysia. [ 2m ]

Isi Tersurat : - Cara-caranya ialah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran, dan kemampuan
perlu melaksanakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu tanpa membataskan sasaran terhad kepada
sekolah kerajaan semata-mata. [ 2m ]

Sekolah-sekolah persendirian, sekolah Cina, dan sekolah Tamil yang mempunyai silibus bahasa
kebangsaan yng berbeza dengan sekolah kerajaan sepatutnya diberi perhatian yang lebih dalam
memantapkan penggunaan bahasa Melayu. [ 2m ]

adunan bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa perlu diacu serentak memandangkan usaha
memartabatkan bahasa Melayu harus melalui satu anjakan paradigma. [ 2m ]

DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi


di segenap lapisan masyarakat. [ 2m ]

penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi
menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua kaum. [ 2m ]

usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu perlu
diperhebatkan. [ 2m ]

menangani 20% daripada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi. [ 2m ]

82
Satu Bahasa, Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dilihat sebagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai
generasi dunia. [ 2m ]

Isi Tersirat : - Kekangannya ialah

masyarakat memandang rendah terhadap mutu bahasa Melayu/lebih memandang tinggi


kepada orang yang tahu berbahasa Ingggeris. [ 2m ]

banyak agensi swasta lebih mengutamakan pekerja yang mahir dalam bahasa Inggeris. [ 2m ]

kedudukan bahasa Melayu itu sendiri yang kurang mantap. [ 2m ]

kurang pakar/tenaga/kurang usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. [ 2m ]

Kesimpulan

Kesimpulan, masyarakat /orang ramai perlulah menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa
Melayu agar bahasa ibunda itu tidak hilang/pupus begitu sahaja. [ 2m ]

SOALAN 2 PEMAHAMAN

Soalan 2 ( a) PETIKAN UMUM

i. Maksud mengembalikan peranan Asia ialah menghidupkan semula maruah/jati diri/kepentingan


masyarakat di benua Asia. [2 M]

ii. Faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan ialah tuntutan ekonomi kapitalisme yang
menghanyutkan perjuangan nasionalisme, bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa
lain terutamanya bahasaa Inggeris, serta aplikasi dan dasar liberalisasi sejak 1980-an telah
menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas manakala bahasa Melayu seolah-olah
telah terkubur. [3M ]

iii. Dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah ialah
menempatkan guru pakar bahasa Melayu untuk setiap sekolah agar dapat memberi pendedahan
yang betul kepada murid dan guru baru serta mengadakan aktiviti terancang yang menarik serta
melibatkan penggunaan bahasa Melayu seratus peratus agar murid dapat belajar sambil menghayati
bahasa tersebut dalam suasana yang gembira. [ 4M]

Soalan 2 ( b ) - PETIKAN DRAMA

(i) Dua nilai yang terdapat dalam petikan drama diatas ialah nilai kasih sayang.Contohnya, Khir
Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya Aiman dapat mengisi cuti sekolah dengan
perkara yang berfaedah. Selain itu, nilai rendah diri. Contohnya, Khir Ghazali tidak
mahumenggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mengecualikan nama anaknya,Aiman
daripada senarai pelatih baharu PLKN
[ 4M ]

83
(ii) Pada pendapat saya , faedah-faedah menyertai PLKN selain dapat mengisi masa lapang ialah
para pelatih dapat dilatih sifat kepimpinan melalui Modul Pembinaan Karektor. Selain itu,
melalui modul Kenegaraan pula dapat melahirkan sifat cinta akan tanah air. Akhir sekali,
program ini juga dapat menyihatkan tubuh badan melalui Modul Fizikal

[ 5M]

Soalan 2 ( c ) PROSA TRADISIONAL

(i) - memaklumkan bahawa dirinya dihukum

(ii) - seorang pemimpin yang diberi amanah, telah diberi kepercayaan dan akan
menjaganya dengan baik
- Jika hendak dihina,pecatlah daripada jawatan
- Setiap orang peliharalah amanah masing-masing

(iii) Keistimewaan Tun Perak :


Bijak memberi jawapan yang bernas
Rasional tidak melatah dengan soalan SeriAmerta dan menjawab dengan tenang
Amanah Tun Perak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemerintah

Soalan 2 (d ) - PUISI TRADISONAL

(i) Dua gaya bahasa


- hiperbola - contoh, datang menyambar suara bahana
- repitisi - contoh, beberapa bulan beberapa hari
- simile-contoh, mendengar gempar seperti perang

( pilih 2 sahaja )

(ii) Bantuan yang patut diberikan


kewangan
ubat-ubatan,makanan dan pakaian
sokongan moral, iaitu khidmat kaunseling danmemberi semangat
perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana

( jawapan lain yang relevan ) 4 isi + huraian cukup [ 5 markah ]

84
SOALAN 3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3( a) Bina Ayat

(i) teras Perpaduan kaum menjadi teras keharmonian sesebuah negara kerana
semua rakyatnya hidup tanpa perselisihan faham.
terap - Sikap ingin maju dalam segala lapangan perlu kita terap dalam diri kita
untuk menjadi seorang yang serba boleh.

(ii) keras - Buku berkulit keras itu harganya lebih mahal kerana kulitnya berkualiti
dan tahan lebih lama.
kebas - Kaki saya menjadi kebas setelah duduk bersila selama satu jam di tapak
perhimpunan.

(iii) salut - Udang yang telah dibuang kulitnya itu perlu kita salut dengan tepung
sebelum digoreng dengan minyak yang banyak.
Selut - Kasut sekolahnya menjadi kotor kerana dia terpijak selut di tepi paya.

Soalan 3(b) - Sintaksis

(i) Orang ramai tidak mandi di sungai tersebut


Arus sungai tersebut deras

(ii) Saya berbasikal ke sekolah setiap hari.


Adik berbasikal ke sekolah setiap hari.

(iii) Badannya bersaiz besar


Dia cergas melakukan aktiviti hariannya

Soalan 3 ( c ) - Ejaan dan Imbuhan

(i) Kesah - Kisah


mengikutkan - mengikut

(ii) Ramadhan - Ramadan


menjalankan - menjalani

(iii) Cendikiawan - Cendekiawan


bincang - membincangkan
[ 6
markah ]

85
Soalan 3 ( d ) Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) dalam - di dalam


kabur - keruh

(ii) masa ke semasa - semasa ke semasa


bencana - kemalangan

(iii) Setengah - Sesetengah


Modal syarikat - keuntungan syarikat

[ 6 markah ]

Soalan 3 (e) - Peribahasa

i. Malang tidak berbau

ii. Bagai pahat dengan penukul

iii. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong


[ 6 markah ]

SOALAN 4 NOVEL

Soalan 4 (a )

Nilai tanggungjawab Peristiwa contoh dalam novel


Tirani Leftenan Adnan
tanggungjawab terhadap Fadhil dan Raidah Pak Saidi bertanggungjawab
anak-anak bertanggungjawab menghantar menghantar anak-anak mereka
Waheeda ke hospital bagi belajar ke sekolah aliran Inggeris
mendapatkan rawatan walaupun dicemuh oleh penduduk
sejurus digigit oleh monyet kampung kerana beliau sedar
putih bahwa anak-anaknya akan banyak
memperleh ilmu pengetahuan di
sana
Tanggungjawab terhadap Waheeda cekap menguruskan Leftenan Adnan berkhidmat
tugas syarikat keluarganya. sebagai askar dengan penuh
tanggungjawab dan bukannya
Waheeda cekap menguruskan mengejar pangkat atau jawatan
tugasnya bagi menarik
pelancong ke Flamingo de La
Rossa seperti yang disuruh oleh
Pengurus Halloway.
Tanggungjawab seorang Bazilah tekun menyiapkan Leftenan Adnan sentiasa
pelajar tesisnya sehingga tiada masa menunjukkan prestasi yang
untukmelayan cemerlang semasa belajar di
tunangnya, Dr.Zahari yang sekolah Inggeris.

86
datang ke rumah.

Soalan 4 (b )

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib dan
novel Tirani,karya Beb Sabariah. Terdapat persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel
ini. Watak utama Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan manakala novel Tirani ialah
Waheeda.

Kedua-dua watak ini seorang yang tabah. Misalnya Leftenan Adnan tabah menghadapi
perpisahan dengan isterinya, Sophia Haji Pakih dan anak-anaknya kerana terpaksa menghantar mereka ke
Tanah Melayu apabila mendapat tahu Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Manakala Waheeda tabah
menghadapi kegoyahan rumah tangganya dengan Zahid yang menuduhnya mempunyai teman lelaki yang
ramai dan menjaga kecantikan untuk memikat lelaki lain.

Selain itu, kedua-dua watak ini seorang yang bijak. Misalnya Leftenan Adnan bijakmenghidu
penyamaran askar Jepun yang memakai serban dan menyerupai tentera Sikh. Manakala Waheeda pula
bijak merebut peluang dengan membeli chalet Iwana-Iwani yang mempunyai potensi untuk dimajukan.

87

You might also like