You are on page 1of 3

Lisan

Individu
kumpulan
2014

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PEMILIHAN TOKOH NILAM PRA NEGERI SABAH


PERINGKAT ZON KOTA KINABALU 2014
SEKOLAH MENENGAH

BAHASA MALAYSIA
LISAN INDIVIDU DAN KUMPULAN

SOALAN TERBUKA
1. Aspek-aspek yang dinilai dalam Penilaian Lisan Individu ialah:

i. Isi kandungan dan pengolahan. - 20 markah


ii. Bahasa - 15 markah
iii. Penyampaian/keupayaan berkomunikasi - 15 markah
iv. Ketokohan/Perwatakan - 10 markah

Markah Penuh = 60 markah

2. Aspek-aspek yang dinilai dalam Penilaian Lisan Kumpulan ialah:

i. Isi kandungan dan pengolahan. - 5 markah


ii. Bahasa - 5 markah
iii. Penyampaian/keupayaan berkomunikasi - 5 markah
iv. Interaksi dan kesepakatan dalam
komunikasi kumpulan - 5 markah

Markah Penuh = 20 markah


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA MALAYSIA

INDIVIDU

TEMA 1 : SUKAN
Apakah maksud 1M1S (1 Murid 1 Sukan ). Jelaskan.

TEMA 2 : KEMASYARAKATAN
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Bincangkan.

TEMA 3 : TEKNOLOGI
“Penggunaan Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan”. Adakah
anda bersetuju dengan penyataan ini?

TEMA 4 : MAKANAN DAN KESIHATAN


“Masyarakat Malaysia tidak endah bahaya Hepatitis B, C”. Kenapa ? Berikan pendapat
anda.

TEMA 5 : ALAM SEKITAR


Pembangunan yang tidak terancang boleh memusnahkan alam sekitar. Bincangkan.

TEMA 6 : PENDIDIKAN
Program Nilam ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan
semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca dalam
kalangan pelajar serta membantu meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berikan pendapat anda.

TEMA 7 : EKONOMI
Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan
pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan. Bincangkan.

TEMA 8 : PATRIOTISME
Semangat patriotisme mesti kita miliki demi masa depan negara. Bincangkan.

TEMA 9 : WARISAN NEGARA


Pewarisan Budaya Tradisional di kalangan remaja adalah penting untuk mengekalkan seni
budaya kita agar tidak hilang ditelan zaman. Berikan pendapat anda.

TEMA 10 : BAHASA DAN SASTERA


Sejak akhir-akhir ini Bahasa Malaysia mengalami pencemaran yang begitu hebat. Berikan
pendapat anda.
KUMPULAN

TEMA 1 : MASYARAKAT
Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan.
Bincang dan jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.

TEMA 2 : SENI DAN KEBUDAYAAN


Seni dan kebudayaan perlu diajar dan menjadi satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah
bagi memartabatkan lagi seni warisan negara. Nyatakan pendapat anda dan bincangkan.

TEMA 3 : TEKNOLOGI
Kempen kerajaan "satu rumah, satu komputer" adalah sejajar dengan perkembangan
teknologi masa kini. Namun, di sebalik kebaikan yang diperoleh daripada internet, terdapat
kesan buruk yang timbul. Bincangkan.

TEMA 4 : MAKANAN DAN KESIHATAN


Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah
menjadi pilihan masyarakat sekarang. Bincangkan pernyataan tadi dalam konteks kesihatan.

TEMA 5 : ALAM SEKITAR


Amalan kitar semula perlu dijadikan budaya hidup masyarakat Malaysia. Bincangkan.

TEMA 6 : PENDIDIKAN
Cuti sekolah sepatutnya dijadikan masa rehat kepada para pelajar, bukan dibebankan
dengan kelas tambahan dan kerja sekolah yang banyak. Bahaskan.

TEMA 7 : PENGANGKUTAN
Bayangkan anda Menteri Pengangkutan Malaysia. Apakah langkah-langkah yang anda
akan ambil untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

TEMA 8 : PATRIOTISME
“Bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara”. Bincangkan.

TEMA 9 : PERPADUAN
Perpaduan yang mantap antara kaum merupakan kunci utama kejayaan negara kita dalam
pelbagai bidang. Menyedari hakikat ini, maka pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
merealisasikan perpaduan kaum di negara kita. Bincangkan.

TEMA 10 : EKONOMI
“Malaysia wajar beralih kepada Industri Pertanian”. Berikan pendapat anda.

You might also like