You are on page 1of 1

Menu

Karangan

Cara Dan Langkah Memartabatkan Bahasa


Malaysia

 Share " # $ %

Ipendidikan » Karangan » Cara Dan Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia


Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:06 pm, 30 Mac 2021

Variasi tema dan tajuk yang berpotensi menjadi soalan karangan dalam kertas peperiksaan
Bahasa Melayu. Sebagai pelajar, anda perlu bersikap proaktif dan rajin dalam mencari contoh-
contoh karangan yang menggunakan pelbagai jenis tema sebelum menduduki peperiksaan.
Berikut dikongsikan contoh karangan langkah-langkah memartabatkan Bahasa Malaysia untuk
rujukan semua.

Tajuk soalan ini sepatutnya mudah untuk dihuraikan oleh para pelajar kerana ia bertemakan
bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa percakapan majoriti pelajar di Malaysia. Tetapi
anda perlu meneliti dan memberikan isi-isi penting yang tepat dan memenuhi kehendak soalan
yang diberikan. Huraian dalam penulisan karangan yang menyertakan frasa-frasa menarik
seperti peribahasa dan penanda wacana pasti akan menarik minat pembaca dan menjamin
markah yang cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia (Bahasa Kebangsaan)


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa
Kebangsaan

Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia


(Bahasa Kebangsaan)
Isi-isi penting
Memastikan urusan rasmi negara menggunakan Bahasa Malaysia
Memansuhkan sekolah vernakular
Menerbitkan buku, seni dan kandungan dalam Bahasa Malaysia
Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka
Melibatkan syarikat korporat dalam aktiviti kebahasaan
Menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam penyiaran dan pengiklanan

Baca juga: Senarai Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa


Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan
Pendahuluan

Iklan oleh Dungarees to Throw-On-


Hantar maklum balas and-Go. Ideal
Mengapa iklan ini?for Petite to
Tall Girls. Shop…
Iklan Girl's Monday

Shop Now

Bahasa Malaysia adalah sebuah bentuk standard bahasa Melayu yang dipiawaikan mengikut
tetapan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia.
Pada tahun 2007, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan
penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi menanam semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jika ditelusuri sejarah terdahulu,
Bahasa Malaysia pernah menjadi “Lingua Franca” iaitu bahasa perantaraan pedagang-
pedagang dunia pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kini, dimanakah
letaknya martabat bahasa yang dahulunya dituturkan hampir kebanyakan penduduk dunia
yang berdagang di Melaka? Kita sewajarnya mengkaji dan menyelidik langkah-langkah yang
perlu diambil bagi memartabatkan semula Bahasa Malaysia di persada negara.

Isi 1
Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia adalah
dengan memastikan urusan rasmi negara seperti surat-menyurat menggunakan Bahasa
Malaysia. Tindakan ini sewajarnya diimplementasi di setiap peringkat daripada jabatan
kerajaan, agensi, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan hingga ke jawatankuasa
kemajuan dan keselamatan kampung. Hal ini demikian kerana, ia menunjukkan bahawa
Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan yang melibatkan
pentadbiran di negara ini. Terdapat sebahagian daripada jabatan kerajaan dan agensi yang
lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi dan juga penjenamaan kempen
dan sebagainya. Sifat nafsi ini boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana tindakan
tersebut seolah-oleh mengenepikan bahasa yang membentuk pemikiran dan diri mereka pada
asalnya. Maka, setiap kakitangan awam dan sesiapa yang berkerja di bawah payung Kerajaan
Malaysia sewajarnya menggunakan Bahasa Malaysia dalam kebanyakan perkara khususnya
perkara rasmi sebagai tauladan kepada masyarakat untuk mempraktikkan ia dalam kalangan
diri mereka sendiri.

Isi 2
Di samping itu, Bahasa Malaysia boleh dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi dengan
menghapuskan sekolah vernakular. Kita boleh lihat kesan penubuhan sekolah vernakular pada
hari ini di mana terdapat warganegara Malaysia yang tidak fasih malah tidak mampu bertutur
dalam Bahasa Malaysia. Situasi ini adalah tidak sihat untuk negara kita yang telah lama
merdeka dan hidup dalam kalangan masyarakat majmuk. Bayangkan jika anak-anak kita tidak
boleh berkomunikasi dengan masyarakat daripada kaum Cina dan India kerana terdapat
batasan bahasa dan bagaimana mereka ingin mengenali dan menghormati antara satu sama
lain? Bahasa merupakan agen perpaduan yang asas dan sewajarnya dipupuk dan
diperkukuhkan sejak kecil. Persis peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Intihannya, perpaduan antara kaum dan bangsa dalam negara masih lagi utuh tetapi isu-isu
rasisme masih menjadi polemik sehingga hari ini dan dengan menyatukan institusi
persekolahan rendah, ia pasti dapat merencana perpaduan yang lebih kukuh.

Isi 3
Selain itu, penerbitan buku, bahan bacaan, seni lagu serta kandungan digital yang
menggunakan Bahasa Malaysia seharusnya digalakkan. Kerancakan bidang penerbitan dilihat
semakin perlahan kerana revolusi teknologi hari ini dan ia perlu diadaptasi dengan segera.
Masyarakat terdahulu disajikan dengan bait-bait sajak dan syair daripada karyawan-karyawan
yang mampu menyuntik semangat diri dan negara. Namun perkara tersebut sudah tenggelam
dek kemajuan zaman. Masyarakat hari ini tidak lagi mempunyai wadah-wadah yang berilmu
yang mampu melahirkan semangat cinta akan negara serta nilai-nilai murni yang lain.
Sebaliknya kita disajikan dengan drama dan hiburan yang hanya mengeluarkan tawa dan tidak
membentuk minda masyarakat ke arah yang lebih baik. Persepsi dan budaya ini seharusnya
disedari oleh semua pihak dan mula bertindak untuk mengubah kepada perkara yang lebih
bermanfaat. Misalnya, masyarakat terdahulu di kawasan pantai timur mempunyai seni wayang
kulit yang mengetengahkan isu-isu semasa dan memberikan pengajaran kepada penonton
yang menikmati seni warisan tersebut. Deduksinya, karya dan terbitan kreatif yang
menggunakan bahasa ibunda kita akan lebih bermakna jika masyarakat mula menghargai dan
menyokong karyawan-karyawan untuk terus menghasilkan wadah kepada masyarakat.

Isi 4
Akhir sekali, langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Malaysia adalah
dengan memperkasa Dewan Bahasa Dan Pustaka. Badan berkanun ini ditubuhkan dengan
objektif untuk membina dan memperkaya bahasa Malaysia dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi. Oleh itu, insentif daripada pihak berkuasa yang konsisten dan jumlah yang
besar diperlukan supaya inisiatif-inisiatif yang dirancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dapat dilaksanakan. Seterusnya, badan tersebut harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang
menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Sebagai contoh, aktiviti
Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan
Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat
sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di
peringkat dunia. Ia telah berjaya menarik penyertaan peserta daripada serata dunia seperti
Korea Selatan, Rusia dan Kanada. Kesannya, keunikan dan keindahan Bahasa Malaysia akan
menjadi buah mulut dan disebarkan ke masyarakat dunia yang duduk beribu jauhnya daripada
tanah nusantara.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai langkah yang boleh digarap untuk meningkatkan martabat Bahasa
Malaysia. Jelas bahawa semua pihak perlu memanifestasikan fikiran dan sinergi untuk mencari
inisiatif terbaik dalam meningkatkan darjat Bahasa Malaysia bukan sahaja dalam kalangan
rakyat Malaysia tetapi di persada dunia. Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu
hanya tercapai apabila semua bidang yang penting diberi perhatian yang sama beratnya,
termasuklah bidang bahasa dan budaya. Kita seharusnya mengelak daripada menjadi
manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing
dan menidakkan kebolehan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Bak kata pepatah
Melayu, yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Related : menjaga bahasa kebangsaan cina dan bahasa tamil bahasa malaysia dalam
kalangan usaha memartabatkan bahasa malaysia kepentingan bahasa

 Share " # $ %

INFORMASI BERKAITAN

Cara-Cara Untuk Menghargai Warga Tua Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai


Bahasa Asing

Contoh Karangan Punca Pencemaran Alam Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pertanian


Sekitar Di Malaysia

Faktor-faktor Pemilihan Kerjaya Bagi Seseorang Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan Kepada
Remaja Persekitaran

TERKINI

Login SPdPR KPM & Panduan Pendaftaran Kelas PdPR

Cara-Cara Mengelakkan Penipuan Internet

Novel Justeru Impian Di Jaring : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran

INFO BERKAITAN

Cara-Cara Mengelakkan Penipuan Internet

Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara Dalam Kalangan Rakyat

Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah (Karangan)

TRENDING

Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan Untuk Remaja Atau Graduan

Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pertanian Di Malaysia

Semakan UKCG 2021 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru PISMP)

Ipendidikan.MY Copyright 2021 | Hakcipta Terpelihara.

You might also like