You are on page 1of 7

Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa

BAHASA Jiwa Bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, bahasa juga mampu menyatukan semua. Tanpa
bahasa kita akan hidup berpecah-belah. Namun, sejauh manakah bahasa kebangsaan kita berfungsi
menyatukan rakyat?

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di negara kita ialah bahasa
Melayu. Adakah bahasa kebangsaan kita semakin dipinggirkan mengikut arus pemodenan? Adakah
bahasa kebangsaan akan terus tenggelam, selepas kita mencapai negara maju? Jika semua pihak alpa,
tidak mustahil bahasa kita akan hilang ditelan zaman dan tidak lagi dihormati.

Tanggungjawab memulihara dan memartabatkan bahasa sebenarnya terletak di bahu semua pihak.
Adalah tidak adil tanggungjawab itu diletakkan seratus peratus kepada kerajaan, malah ibu bapa,
organisasi, agensi, pihak sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan bahasa
Melayu tidak terus ditelan zaman.

Tanggungjawab memartabatkan bahasa juga tidak hanya perlu digalas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
yang menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun sahaja. Semangat mencintai
bahasa kebangsaan perlu dipupuk pada setiap masa, bukan setakat pada bulan tertentu.

Langkah murni DBP patut diteruskan kesinambungannya oleh pelbagai pihak untuk menyemarakkan lagi
fungsi bahasa berkenaan. Pengalaman saya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen Radio
Televisyen Malaysia (RTM) 15 tahun lalu, mendidik wartawan mengutamakan bahasa Melayu.

Bersesuaian fungsinya sebagai saluran penyiaran kerajaan dan menjunjung bahasa kebangsaan, kami
yang bertugas di bilik berita TV diminta untuk mendapatkan menteri atau orang ramai menggunakan
bahasa Melayu ketika ditemuramah.

Peranan semua pihak

Ini adalah antara contoh bagaimana sesuatu agensi dapat berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Sebagai individu juga kita boleh memartabatkan bahasa kita dengan sentiasa menjadikan bahasa Melayu
sebagai pilihan utama setiap kali berurusan dengan pelbagai pihak, sama ada urusan rasmi atau tidak.

Secara tak langsung pihak yang kita berkomunikasi turut menggunakan bahasa Melayu. Banyak lagi cara
boleh dilakukan semua pihak. Tepuk dada tanya selera. Rakyat patut mengutamakan bahasa kebangsaan
sama seperti bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris.

Jika dahulu kita tidak bimbang dengan pencapaian bahasa Melayu kerana yakin mampu menguasainya
dengan baik, sekarang tidak lagi kerana ada ibu bapa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
percakapan di rumah kerana mahu anak mereka mahir berbahasa Inggeris sehingga hilang keutamaan
terhadap bahasa sendiri.

Tidak salah jika kita menguasai bahasa asing, malah amat digalakkan, tetapi bahasa sendiri janganlah
terus dipinggirkan kerana bahasa melambangkan jati diri setiap rakyat Malaysia. Pepatah ada
mengatakan ‘meletur buluh biarlah dari rebungnya’.

Semangat cintakan bahasa Melayu patut diterapkan kepada generasi muda kerana mereka bakal
meneruskan agenda negara dan memulihara warisan bangsa. Hiburan seperti muzik yang amat rapat
dengan jiwa generasi muda. Jika generasi muda terus dihidangkan dengan lagu bercorak ‘rojak’, agaknya
apakah akan jadi kepada bahasa Melayu kita?

Sejak akhir-akhir ini, banyak lagu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Pihak DBP dan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu tegas melaksanakan langkah bersesuaian seperti tidak
membenarkan lagu ‘rojak’ disiarkan di stesen radio mahupun di kaca televisyen.

Semua pihak sebenarnya mampu melakukan sesuatu atau merancang pelbagai program bagi
memartabatkan bahasa Melayu, terutama dalam kalangan pemimpin dalam sesebuah jabatan atau
syarikat.

Pihak sekolah juga boleh melaksanakan pelbagai program berkaitan bahasa Melayu. Jika bukan kita
siapalah lagi yang boleh mengangkat bahasa kebangsaan agar tidak hilang ditelan zaman, jangan sampai
hilang identiti negara serta jati diri rakyat Malaysia.
Usaha memartabatkan bahasa Melayu
Perbincangan merangkumi isu strategik seperti peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya,
langkah-langkah untuk mempromosikannya sebagai bahasa perantaraan di rantau Nusantara, serta
usaha memperkuatkan kedudukan sebagai sumber rujukan utama bersama bahasa-bahasa
antarabangsa.

Sementara itu, Dekan FBMK UPM, Prof Madya Dr Hazlina Abdul Halim berkata, pihaknya sentiasa
menjalankan usaha memartabatkan bahasa Melayu agar relevan sepanjang masa, seiring dengan
perubahan zaman.

"Usaha memperkukuh dan memartabatkan bahasa Melayu bukanlah tindakan bermusim atau dilakukan
pada waktu tertentu, sehinggakan menjadikan darjah pasang surut terhadap bahasa Melayu tidak stabil
dan tidak menentu.

"Usaha murni memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran berbahasa Melayu juga menjadi keutamaan
UPM. Hal ini terbukti dengan mewajibkan semua pelajar UPM untuk menduduki Ujian Komunikasi dalam
bahasa Melayu atau UKOM, sebagai syarat bergraduat.

"Dalam kalangan pentadbir, semua urusan mesyuarat, surat-menyurat, komunikasi secara e-mel
dilakukan dalam bahasa Melayu," katanya.

Beliau berkata, bahasa Melayu memiliki ciri kecendekiaan dan kesempurnaan yang dapat digunakan
sebagai peradaban tinggi bahasa ilmu yang mantap dan perkembangan ilmu.

Disiarkan pada: Ogos 24, 2023


KARYA SASTERA KURANG DIMINATI OLEH MASYARAKAT PADA HARI INI

Masyarakat hari ini tidak mengendahkan khazanah kesusasteraan bangsa yang menjadi warisan turun-
temurun akibat terlalu ghairah memburu kejayaan. Karya sastera sebenarnya sarat dengan unsur-unsur
pengajaran dan nilai-nilai yang wajar dijadikan teladan dan iktibar oleh masyarakat. Oleh yang demikian,
karya-karya sastera ini wajar diterapkan dalam diri setiap individu dan seterusnya mencorakkan sahsiah
masyarakat. Sungguhpun begitu, masyarakat hari ini, kurang meminati karya sastera.

Masyarakat hari menganggap bahawa bidang sastera tiada nilai komersial. Hal ini demikian kerana dasar
kerajaan yang lebih menitikberatkan bidang sains dan teknologi dalam bidang pendidikan. Ibu bapa juga
tidak menggalakkan anak-anak memilih bidang kesusasteraan malah menggalakkan anak-anak memilih
bidang sains dan teknologi walaupun terbukti anak-anak mereka tidak berkelayakan. Mereka mempunyai
persepsi bahawa bidang sastera tidak menjanjikan peluang kerjaya. Pelajar sendiri tidak nampak
kepentingan mempelajari sastera untuk kelangsungan masa depan mereka. Semenjak tahun 2000,
Kementerian Pelajaran menggalakkan semua sekolah membuat pembahagian iaitu 60 peratus pelajar
untuk aliran sains dan teknologi manakala hanya 40 peratus pelajar dalam aliran sastera. Sehubungan
itu, terdapat banyak sekolah yang tidak menawarkan aliran kesusasteraan melayu sebagai salah satu
mata pelajaran elektif. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dasar kerajaan telah menyebabkan
tanggapan masyarakat terhadap karya sastera sangat rendah.

Bahasa yang digunakan dalam karya sastera sukar difahami oleh masyarakat. Bahasa yang digunakan
oleh penulis karya-karya sastera mengandungi gaya bahasa yang tinggi nilai estetikanya. Terdapat juga
penulis yang menggunakan bahasa yang terlalu puitis dan berbunga-bunga sehingga menenggelamkan
mesej yang ingin disampaikan. Impilikasinya, pembaca akan berasa bosan kerana tidak memahami dan
menghayati karya sastera tersebut. Mereka akan menolak karya sastera sebagai bahan bacaan mereka
pada masa hadapan. Contohnya penggunaan bahasa dalam prosa tradisional “Kepahlawanan Tun
Berahim Bapa” yang menggunakan bahasa melayu klasik. Pembaca sukar memahami karya sastera. Oleh
itu, jelaslah bahawa, bahasa yang sukar difahami telah menyebabkan karya sastera kurang diminati.

Kurangnya publisiti dan promosi secara besar-besaran terhadap karya sastera oleh pihak yang
bertanggungjawab juga merupakan salah satu faktor karya sastera ini kurang diminati. Masyarakat
kurang didedahkan dengan perkembangan dunia

kesusasteraan, misalnya karya-karya sastera yang baru dihasilkan, sayembara-

sayembara puisi dan sebagainya. Pendedahan terhadap karya sastera tidak dilakukan secara
komprehensif oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Pihak swasta misalnya lebih berminat kepada
bidang yang lebih mendatangkan keuntungan yang lumayan.Oleh itu, ternyata bahawa kurangnya
publisiti dan promosi besar-besaran terhadap karya sastera telah menyebabkan karya tersebut kurang
diminati.

juga menjadi salah satu sebab karya sastera kurang diminati.Statistik menunjukkan bahawa rakyat
Malaysia membaca dua buah buku setahun. Masyarakat Malaysia khususnya generasi muda lebih gemar
membaca bahan-bahan bacaan ringan dan berbentuk hiburan. Mereka tidak cenderung memikirkan
persoalan-persoalan berat yang dikemukakan oleh penulis karya sastera. Mereka menganggap bahawa
membaca karya sastera tidak akan mendatangkan faedah. Di samping itu, kos bahan bacaan karya
sastera tinggi dan tidak mampu dimiliki. Tambahan pula, perpustakaan awam juga kurang menyediakan
bahan bacaan yang menjurus kepada bidang sastera. Implikasinya, masyarakat kurang minat membaca
karya sastera dan akhirnya karya sastera semakin terpinggir.

Tuntasnya, untuk memupuk minat masyarakat terhadap karya sastera , pihak kerajaan dan pihak swasta
haruslah berganding bahu mengubah pendekatan yang lebih menarik dan sistematik. Selain itu, usaha
yang lebih komprehensif perlu dilakukan untuk mendekatkan karya sastera kepada masyarakat. Bantuan
boleh dihulurkan oleh

sasterawan dan persatuan penulis untuk mengetengahkan karya-karya sastera ke pangkuan masyarakat.
Usaha sama daripada semua pihak haruslah digembleng agar karya sastera dapat dimartabatkan, bak
kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
TULISAN Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini. Ia antara testimoni kedatangan Islam di
alam Melayu dan menjadi nadi penting penyebaran ilmu di rantau ini.

Jawi digunakan bukan sahaja sebagai medium berkongsi ilmu, terutama agama dan kesusasteraan,
malah ia turut digunakan dalam urusan rasmi misalnya surat menyurat antara Sultan di alam Melayu
dengan penguasa Eropah.

Jawi adalah sistem tulisan kepada bahasa Melayu dan menjadi identiti, juga lambang jati diri serta
warisan peradaban.

Bagaimanapun kedudukan Jawi mula tergugat apabila sistem tulisan rumi diterima pakai dalam sistem
pentadbiran dan pendidikan di Malaysia secara rasmi sekitar 1960-an. Tindakan itu meskipun tidak
mematikan Jawi sepenuhnya, tetapi menyebabkan ia terpinggir secara perlahan-lahan.

Selari dengan arus peredaran zaman, hari ini tulisan Jawi semakin dipinggirkan dan seakan-akan tidak
dipelihara dengan baik. Keadaan ini memungkinkan suatu hari nanti, sistem tulisan Jawi akan pupus
sama sekali.

Bagaimanapun terdapat beberapa usaha dibuat oleh pelbagai pihak kebelakangan ini untuk
mempopularkan kembali Jawi. Misalnya, menerusi slot Klinik Jawi di Radio Institusi Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), kita didedahkan dengan pengetahuan mengenainya. Inisiatif oleh IKIM amat dialu-
alukan.

Malah, IKIM turut memuat naik cara penggunaan tulisan Jawi di laman Facebook rasminya, misalnya
mengenai kesepadanan penggunaan istilah dan ejaan dalam bidang profesional.

Melalui usaha itu secara tidak langsung masyarakat dapat manfaat daripadanya dan perlahan-lahan mula
memahami kaedah yang betul untuk mempraktiskan tulisan Jawi.

Begitu juga dengan kempen 'Hari Jumaat Hari Jawi' yang diperkenalkan Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) pada 2020.

Namun, usaha itu tidak mencukupi. Sebaliknya untuk memastikan Jawi, tetap bertahan atau mungkin
kembali berkembang adalah dengan memberi pendedahan dan pendidikan mengenainya di tahap awal.

Misalnya, ia perlu diajar sejak peringkat sekolah rendah seterusnya dikembangkan serta diperkukuhkan
lagi pada peringkat menengah dan juga universiti. Usaha ini perlu dipergiatkan dan diperluaskan, bukan
semata-mata bergantung kepada subjek Pendidikan Islam sahaja.

Bantu umat Islam baca al-Quran

Mempelajari tulisan Jawi sebenarnya dapat membantu umat Islam membaca al-Quran dengan lebih
baik. Di samping itu, sekolah juga perlu mengadakan aktiviti pembacaan prosa atau puisi dalam tulisan
Jawi sebagai bahan bacaan wajib dengan memperkenalkan penilaian peperiksaan. Melalui usaha ini, ia
akan menjadikan orang awam, terutama masyarakat Melayu lebih cakna dan berusaha untuk
mempelajari warisan ketamadunan silam.

Secara tuntas, dalam usaha mengangkat memartabatkan tulisan Jawi yang semakin terpinggir bukan
kerja mudah. Namun, ia juga seharusnya dianggap sebagai cabaran untuk diatasi bagi memastikan
tulisan Jawi tidak pupus.
Legasi tulisan Jawi perlu terus terpelihara dan kedudukannya juga perlu dipulihkan di negaranya sendiri.

You might also like